:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, February 21, 2011

- Ovarian Cyst -

1Ummi dah lama nak tulis pasal ni, tapi takut+belum bersedia+ragu-ragu. Macam-macam yang ummi fikir sejak ummi jumpa doktor minggu lepas. Macam biasa, kalau sakit ummi akan pergi Klinik Mardhiah di Kubang Kerian. Minggu lepas ummi kerap sakit kepala+sakit perut. Ummi ingat migrain (macam selalu) dan sakit perut senggugut. Ummi fikir sakit sebab rahim ummi bengkak sikit (mengikut apa yang bidan cakap....)

Bila doktor scan sebelah kiri, nampaklah ketulan hitam. Dalam 25x31 gitulah. Masa doktor tekan, memang sakit sangat. Doktor suspek ummi kena "Ovarian Cyst". Eh, ovarian cyst tu apa menda? Ummi memang tak tahu pun. Doktor pun terangkanlah serba ringkas pasal cyst ni. Cyst ni macam ketumbuhan lah...tapi bukan kanser. Cecair + darah kotor + lemak + lendir dalam kantung yang ada di ovari kita kalau tak silap ikut pemahaman ummi. Cyst ni boleh menyebabkan period tak teratur, payah nak mengandung...

Doktor pun buat temujanji dengan doktor pakar di HUSM. Cuma tarikh ummi masih belum tahu bila. Masalahnya, cyst ni memang takde ubat. Pembedahan je. Menurut doktor, biasanya cyst ni dibuang bila dah 5cm ke atas. Ummi tak tahulah macam mana. Sekarang ni ummi guna terapi Al-Quran je. Sakit memang sakit, lagi-lagi sejak dua menjak ni. Memang ummi selalu rasa sakit macam senggugut, tapi tak pernah pun tahu yang ummi ada cyst.

Kawan abah yang doktor pun syorkan ummi jumpa doktor pakar O&G dulu. Untuk pastikan cyst jenis mana, tahap apa, cara penyelesaian dan sebagainya. Dia kata kalau sakit sangat/yang melampau, boleh menyebabkan kanser juga. Itu yang ummi risau. Sebab, menurut Doktor Asliza (Klinik Mardhiah) tadi...biasanya cyst ni tak menyakitkan. Tapi kes ummi lain. Sebab ummi selalu sangat sakit. Minta-minta takde apa-apa masalah....

Sekarang ni ummi cuma makan ubat hormon yang doktor bagi.

4 comments:

  1. mak cik nani ade yg kena cyst...ade dua lagi lam rahim dia.. tapi tak sempat operate..coz ayah suruh makcik makan supplement SNE.. so cyst tu dah mengecut b4 hari septotnya makcik operate,,,

    ReplyDelete
  2. muge baik2 semue..insyaAllah takde ape tu ;)

    ReplyDelete
  3. masyaAllah..
    Sy doakan smoga smuanya baik2 jer.

    Jgn fikir yg bkn2.. kuatkn smangat!
    Dh rmai yg alami keadaan ni.. Alhamdulillah..kputusannya baik slps operation.

    Kbtulan iklil kt dewan bdah skg. klau brkbtulan ada kes.. dpt tgok dia operate mcm mane..

    ReplyDelete
  4. kawan saya pun ada mcm ni jugak dulu..last2 sudah operate...baik..harap2 ummi tak apa2 ya.

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...