:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, February 06, 2011

- tahniahlah...dah bertunang -

Hari ni (Ahad) ummi cuti ... sebab ummi ambik cuti.
Abah pergi sekolah macam biasa.
Auni duduk rumah dengan ummi (sekarang tengah tidur).
Okey...mari kita lihat gambar2 di bawah ni.
Gambar-gambar ni diambil sepanjang hari Khamis - Sabtu yang lepas ya.
InshaAllah...tak lama lagi ummi akan dapat adik ipar.
Bakal adik ipar ummi orang Bachok.

Kesian auni...demam panas masa ni. Ummi dan abah lap badan auni dengan air asam jawa yang pekat. Pastu kami rendamkan auni dalam besen dengan air sejuk nak bagi panas badan tu turun. Alhamdulillah, panas pun dah takde sekarang ni (^_^)

mestilah ada gambar kami satu keluarga :)
Tapi gambar abah memang tak banyak. Adalah dalam 3-4 keping je sebab abah masa ni sangat2 busy mengalahkan menteri hehe...

(nampak tak tangan sebelah kiri tu tunjuk mana?)
auni : maa...maa...(panggil ummi). nu..nu...(itu - tunjuk buah). Nop!! (nak)
ummi : gelengkan kepala (tak boleh). adik punya ada kat dapur...
auni : nop..nop (nak..nak...)
last-last ambil sebiji epal bagi dia makan..puas hati terus diam hehe

alamak, froggy auni ni nak dijadikan hantaran juga untuk Acik Ayu ke?
Auni sayang sangat dengan froggy ni. Pergi mana-mana mesti bawa froggy ni...

sebelum berangkat.
Abadikan kenangan di halaman rumah dulu.
Tengok auni tu, dia marah sebab ummi pegang tak bagi dia lepas.

merenung jauh masa hadapan :)

sebahagian hadiah dari pihak perempuan
~ gambar blur sebab orang yang tangkap gambar ni terketar tangannya ~

eh...ada pula burung sebelah cincin ni.
Apa agaknya simbolik di sebalik burung dan cincin ni??

coklat kesukaan ummi.
Kalau ada kawan2 pergi Langkawi, ummi memang tempah coklat ni :)

inilah bakal adik ipar ummi (yang tengah tu semestinya)
Yang tudung kuning tu adik ummi. Kami 2 beradik pompuan je.

ambil kesempatan masa orang bersalam nak balik hehe.

** auni dah baik demam ... alhamdulillah
** Tahniahlah untuk adik ummi yang dah selamat bertunang. Tunggu aqad nikah pula hujung tahun ni...inshaAllah



5 comments:

  1. auni demam ye..??takpe cakap kat ummi Allah nak bagi pahale lebih kat ummi tu..jage aunikan..nanti auni doa mintak Allah masukkan ummi ke syurga sebab kasihankan auni...;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    x lama lg brtmbh kluarga bru... ^_^

    ReplyDelete
  3. salam, come nyer bakal adik ipar ummi.semoga auni cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. semoga auni cepat sihat...

    tahniah.. bertambah la keluarga nanti.. comel bakal adik iparnya.. ;)

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua :)

    insyaAllah...tak lama lagi bertambah lah ahli keluarga ummi ni...hihi.

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...