:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, August 28, 2010

- Kebetulan -

28.08.2010
6.46pagi
Rumah Kubang Kerian

Alhamdulillah....
Hari ni dah 18 hari kita berpuasa :) Semalam 17 Ramadhan 1431h, Nuzul Al-Quran. Tempat lain cuti, Kelantan pun cuti juga. Rasa macam dah lama ummi tak update blog ni. Sebabnya, Ummi Na sakit kepala sangat-sangat. Dalam minggu ni, dah berapa kali sakit macam ni. Tak boleh duduk @ berdiri lama sangat. Bila bangun @ duduk tu...memang dunia ni akan jadi berpusing dan kepala berat sangat. Mujur tak pernah tumbang sorang2 lagi. Semalaman tak boleh bangun. Abah Yie lah yang kemas rumah dan jaga Auni. Alhamdulillah, pagi ni rasa lega sikit.

Malam semalam, lepas solat terawih kami pulang ke Kubang Kerian. Cadangnya pagi ni nak pergi Mydin cari buaian Auni dan barang-barang lain. Payah rasanya nak bawa buai dia ke sana-sini (ulang alik K.K - P.M). Agak-agak berapa harga buaian ye? Ummi belum survey lagi. Sebenarnya ummi tak tahu nak beli buaian ke tak...lagipun Auni sekarang ni kalau tak tidur dalam buaian pun takpe. Dia boleh je tidur kat bawah. Dekat nurseri pun dia memang tak tidur dalam buaian, sebabnya buaian pun takde kat sana (^_^).

Auni pun, dah ada baju raya. Tok Sue dia belikan. Warna coklat :) Kebetulan tahun ni tema kami coklat + ungu hehe. Minggu lepas pun ummi dah belikan Auni baju warna ungu. Masa pergi Dataran Ilmu tu, ummi nampak baju ungu tu comel sangat. Harganya pun sangatlah berpatutan untuk orang yang bergaji kecil macam ummi ni. Beli satu je dulu. Lain kali beli lagi hehe.

Alhamdulillah sangat. Sebelum raya ni kakitangan awam akan diberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. Kebetulan gaji baru ni ummi dah dapat gaji yang tertunggak selama setahun tu. Bolehlah bayar duit kuih-kuih dan buat raya balik Shah Alam tahun ni :) Alhamdulillah.......Lega sikit rasanya. Kalau nak guna duit gaji bulanan semata-mata, memang tak cukup rasanya. Minyak pun naik sekarang ni. Duit tol lagi. Kan ke best kalau tol ni takde....

Okey, ini je cerita ummi kali ni. Nak siapkan basuh baju dulu sebelum ke Mydin. Auni tinggal dengan Tokmi ye? Tata...ummi ngan abah tak boleh bawa Auni. Nanti nak beli barang pun susah...Auni bukannya boleh duduk lama hihi. Hingga jumpa lagi....


Monday, August 23, 2010

- Ayam Kasih Mesra -

Salam Ramadhan kembali...

Hari ni macam banyak sikit entri nak tulis hihi...Tadi kat opis, masing2 sibuk bertanya masak apa petang ni? Ada yang nak masak singgang ikan, ayam percik, kek batik, rasam telur dan macam2 lagilah. Bila diorang tanya kat Ummi Na, tak tahu nak jawab apa. Sebabnya tak dan nak pikir nak masak apa petang ni. Dalam kepala masa tu, cuma ada telur itik 5 biji yang Ummi Na beli kelmarin. Konon2 nak buat rasam telur itik pula, ataupun telur itik masak lemak cili api. Sayur pun cuma ada lobak merah dan kobis.

Terliur juga bila dengar percik, singgang, kukus, sambal...sup...huhu. Akhirnya, Ummi Na masak

*

*

*

*

*

*

"Ayam Kasih Mesra"
(resepi yang diolah semula)

AYAM KASIH MESRA

- ½ ekor ayam dipotong kecil2 (jangan terlalu kecil. Lagi sedap ambil bahagian isi sahaja)

Bahan A

- 2 sudu besar sos tiram

- 1 sudu besar kicap cair

- 1 sudu besar pes tom yam

Bahan B

- 1 labu bawang besar (potong bulan)

- 3 ulas bawang putih (dimayang)

- 2 inci halia (diricih)

- 1 biji cili merah (diricih)

- Sebiji limau kasturi/limau nipis (diperah)

- 2 helai daun limau purut

- 2 sudu besar madu

- 1 sudu besar serbuk lada hitam

- 1 biji tomato dipotong 6

- Garam/gula/serbuk perasa secukupnya

- ½ sudu tepung gandum (pekatkan kuah)

Cara memasak :

1. Perap isi ayam dengan bahan A lebih kurang 2 jam

2. Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit planta/minyak. Apabila naik bau, masukkan isi ayam yang telah diperap tadi. Masukkan SEDIKIT air, kacau dan tutup agar cepat empuk.

3. Bila ayam hampir empuk, masukkan daun limau purut, perahan limau, madu, serbuk lada hitam, cili merah, bawang besar, garam gula secukupnya.

4. Sebelum tutup api, masukkan air bancuhan tepung gandum, gaul mesra, masukkan tomato dan tutup api.

- happy belated besday -

.: dedikasi untuk adinda Mohd Safwan bin Mohamed :.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-22
20.08.1988 - 20.08.2010

Semoga panjang umur dalam ketaatan, sihat dan ceria sokmo.
Terima kasih kami ucapkan kerana menjadi pakcik,
peneman dan pengasuh Auni yang baik (^_^)


~ pasni giliran Ayah Chik jadi pengasuh Auni bila dia balik Malaysia hehehe

Sunday, August 22, 2010

- 12 hari sudah berlalu -

Bismillahi walhamdulillahi..

Pejam-celik, pejam-celik rupanya dah 12 hari kita berpuasa kan? Sekejap sangat masa berlalu. Banyak sangat perkara berlaku sepanjang 12 hari berpuasa ni. Teringat lirik lagu nasyid kumpulan UNIC ni...
"Puasa sempurna, menahan rohani dan rasa...
Puasa Sederhana, menahan indera dan juga anggota...
Puasa biasa, hanya menahan lapar dan dahaga...
Lalu di manakah puasa kita? Adakah masih di tahap lama?"

Erm, tadi ummi baru je isi borang cuti hari raya. Hehe, last minute pon masih belum buat keputusan nak cuti bila. Pikir 3-4 kali, minta pendapat Abah Yie, akhirnya cuti raya ni ummi ambil 3 hari je. 13 hingga 15 September. Sambung pula dengan 16/09 tu (Hari 1 Malaysia). Jadi lamalah sikit kami balik Shah Alam. Ummi Na nak kena telefon klinik lah, sebabnya 14/09 tu Auni check-up. Pasni telefon awal2 sikit, minta tarikh tu diawalkan atau dilewatkan. Okey tak?

Pastu, kami bertolak balik Shah Alam pagi raya lepas Solat I'dulfitri. InsyaAllah kalau takde apa2 halangan. Ni first time Ummi Na berjalan jauh nak balik kampung...ulang sekali lagi..nak balik KAMPUNG...shah alam...hehehe. Mesti seronok kan, sambil dengar lagu2 raya masa balik ni hihihi. Auni pun mesti tak sabar nak balik kampung macam umminya ni (^_^)

** menghitung hari...


Friday, August 20, 2010

- moment with newborn baby contest -

Salam semua..

Moment with newborn baby contest.....closing date : 31.08.2010 @ 0000 hrs
dari blog : Allyani (klik untuk maklumat lanjut)

Ummi terbaca dari blog Auntie Min pasal contest ni. Jom ramai2 kita join contest ni (^_^)
Ummi masuk pun sebab nak imbau kembali detik awal kelahiran Auni Nafeesa
melalui gambar ni...

*

*

*

Nama bayi : Auni Nafeesa binti Mohd Fikry
Tarikh Lahir : 29 Ogos 2009 @ 8 Ramadhan 1430h
Berat masa lahir : 2.1kg
Umur masa gambar diambil : 3 hari
Nama ibu : Saida Marlina binti Mohd Mohtar
Alamat e-mail : wardah_comel@yahoo.com
Cerita di sebalik gambar : gambar ni diambil masa umur Auni 3 hari...
so sweet gambar ni kan?
Baru lahir, tapi Auni pandai bagi pose yang menarik.
Masa ni Auni sedu, halus sangat suara Auni, sempatlah abah snap gambar ni.
Tengok jari jemari halus milik Auni yang seolah-olah menahan sedunya tu (^_^).
Tenang melihat wajahnya memberikan gambaran sebenar nama
Auni Nafeesa (ketenanganku yang berharga)


** harap2 kami menepati syarat kelayakan ye :)

Thursday, August 19, 2010

- air tangan isteri -

Sejak duk umah sewa ni, semua benda KENDIRI (kena buat sendiri). Alhamdulillah, setakat ni Ummi Na dan Abah Yie belum pernah beli juadah berbuka di Bazar Ramadhan. Kadang2 memanglah terINGIN nak makan itu ini (ayam percik, daging salai masak cili api, A.B.C, kebab, popia basah...dsb). Tapi, alhamdulillah sangat abah auni ni jenis tak suka nak singgah sangat kat bazar2 tu. Dia lagi suka kalau masak sendiri. Sebab, makanan2 kat bazar ni adakala mahal dan belum terjamin kebersihannya. Memang dari satu segi menjimatkan masa memasak (terutama bagi wanita berkerjaya). Balik kerja = letih. Senang kira = tunjuk2 je (beli itu ini).

Tapi bagi Ummi Na, lagi puas kalau dapat masak untuk keluarga sendiri. Bukan ke, nak ikat hati suami ni melalui air tangan isteri? Lagipula, dengan lafaz bismillah + ikhlas + zikir + doa = menambahkan lagi kasih-sayang antara suami isteri dan anak2. Rencah utama masakan ni sedap adalah lafaz Bismillah. Tak kisahlah kita tak pandai masak pun, tapi kalau dimulakan dengan bismillah je, PASTI yang keluar dari mulut suami adalah "erm, pandainya isteri abang ni masak. Bau aja pun dah sedap, belum makan lagi ni".

Alhamdulillah, rasa seronok sangat bila memasak ni. Ummi Na banyak belajar masak melalui emak & umi (mertua). Bila tahu makanan kegemaran suami ni, lagilah rasa nak masak 24jam (^_^). Lauk-pauh, kek, biskut, roti...semua2 rasa nak masak hihi.

Semalam, sempena hari lahir tuan puteri Ummi Na masak "Nasi Tomato Kasih" + "Daging Cinta Kita" khas untuk auni (walaupon Auni tak makan) hihi. Sedap kan? Tengok gambar bawah ni....

*

*

*

*

*

*

Daging Cinta Kita
- rasanya masam2 pedas sikit -


Dua hari sebelum tu ummi masak....

Rasam Telur

DAN

*
*
*
*

Sayur Campur bersos Tiram


** kalau ada permintaan, nanti ummi tulis resipinya hehehe.....


- Akram Majdi -

Alhamdulillah, TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH!

Salam. Alhamdulillah seorang putera telah selamat dilahirkan pada 11.45 pagi tadi. Terima kasih kepada semua sahabat2 yang mendoakan - Zulfadeli

Slm, alhamdulillah. Bersalin normal. Berat baby 3.59kg. Nama dia Muhamad Akram Majdi - Wan Nor Baizura

Sekalung tahniah kepada Ummi Nor & suami atas kelahiran permata yang dinanti. Semoga putera sulung ini bakal menjadi pejuang agama & anak soleh. InsyaAllah kami akan datang ziarah baby ni raya tahun ni (^_^)

** rasanya, ummi pun nak tambah bilangan ahli keluarga lah,...


Wednesday, August 18, 2010

- Sweet 1 -

8 Ramadhan 1430h yang lalu...

Telah lahir permata hati yang dinanti...
Seorang puteri pengikat 2 hati...
Anak kesayangan abah dan ummi...
Lahirnya, rumahtangga semakin berseri...

Auni Nafeesa nama diberi...
Cucu pertama sebelah isteri...
Seisi keluarga gembira sekali...
Dengan kelahiran tuan puteri...

Alhamdulillah. Allahumma faqqihha fiddin, wa'allimha ta'wil
- Nik Mohd Haikal (kawan)

Mubarakah ya umma jadidah. La'allaki tahta ri'ayatillah abadan
- Nurul Hanilah (kawan)

InsyaAllah Auni akan jadi cucu yang solehah dan pintar. Tok bah dan Tok mi selalu doakan
- Mohamed bin Hj Ismail & Wan Norma bt Wan Abdurahman (abah + umi)

Happy birthday to Auni. Atok dan nenek Shah Alam doakan Auni jadi anak solehah
- Mohd Mohtar bin Hanan & Siti Saadah bt Sabilan (abah + emak)

Alhamdulillah, moga akan menjadi pendokong ummah suatu hari nanti
- Khairul Amri bin Marhalim (kawan)

Sanah Helwah ya Auni Gamilah. Walaupun tak pernah berjumpa ngan Auni,
tapi ayah chik tetap sayang Auni
- Mohd Taufiq bin Mohamed (adik)

Selamat hari jadi buat Auni. semoga sihat sokmo
- Mohd Safwan bin Mohamed (adik)

Happy birthday to Auni. Moga sihat2 sokmo, hebat2 sokmo, pious girl!
- Aishah bt Husian (makcik)

Permata pada ayah bonda
Sinaran bahagia membawa ke Syurga
Bersyukur kepada Yang Esa
Atas anugerah, nikmat dan rahmatNya...

ketenanganku yang berharga

8 Ramadhan 1430h - 8 Ramadhan 1431h

.: dedikasi untuk anakanda Auni Nafeesa :.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Pertama

Semoga panjang umur dalam ketaatan, menjadi anak solehah, sihat-sihat selalu,
cerdik pandai dan semoga Auni dalam rahmat dan kasih-sayang Allah selalu.

**Abah dan ummi sayangkan Auni...ingat ye sayang.

Tuesday, August 17, 2010

- Alhamdulillah -

16.08.2010

Alhamdulillah...

1) Kami sudah 4 hari duduk di rumah Pasir Mas.

2) Ummi sempat masak bubur lambuk, ikan lolong rebus+goreng, tom yam, sayur campur, ayam goreng berempah untuk juadah berbuka+sahur

3) Auni dan ummi sama-sama batuk, selsema + sakit tekak sejak duduk rumah baru ni.

4) Broaband kami dah ada semula, so dapatlah kami nak update cerita terbaru :)

5) Tahniah Kak Long, mengandung anak ke-3 (^_^) -setahun sorang, kami ni baru seorang Kak Long dah masuk 3....

6) Auni tak menangis duduk di nurseri :) satu perkembangan yang baik...bagus anak ummi dan abah ni tak menangis kat sana. (cuma banyak main, kurang tidur di sana)



** balik opis jam 5.15 tadi ummi selaku chef terus menanak nasi, rebus ikan lolong + goreng sambil buat tom yam. Hari ni kami berbuka di Kubang Kerian :)

Friday, August 13, 2010

- gambar Teratak Mawaddah -

Maaf baru nak update gambar2 masa angkut barang2 gi umah sewa baru2 ni...Jom kita tengok beberapa keping gambar ni....Ops, lupa nak bagitahu, rumah kami ni namanya "Teratak Mawaddah" :)

barang2 yang nak dibawa ke rumah sewa
- angkut naiki van abah hehehe

tengok auni tu...demam2 pun masih aktif juga bermain masa kat sini...

sesi punggah barang dari van..
- bagus2...abah memang bagus dalam punggah2 barang ni

1- ruang dapur
2- ruang makan dekat dengan bilik tamu
3- bilik utama (hehe..pandai2 letak sendiri nama ni..)
4- bilik mandi sebelum nak ke ruang makan

anak abah ni memang suka tolong abah dia mengemas....
- besar nanti jadi seorang yang pengemas ye, dik!

** next...gambar2 kami duk di rumah sewa................akan datang!

Thursday, August 12, 2010

- Cerita Ramadhan 1431h -

gambar budak baru baik muntah2 dan ci-bi


Alhamdulillah, dah 2 hari kita berpuasa. Esok masuk hari ke-3 umat Islam berpuasa. Setakat ni masih segar-bugar lagi. Kami bersahur dan berbuka pun ala kadar je. Cuma memang kurang tidur sangat-sangat. Si cilik Auni tu asyik nak main terutama waktu malam menjelang pagi tu. Aduh! Pening + letih layan kerenah Auni ni. Patutlah dia masa dalam perut ummi dulu kerap sangat 'berjaga' sampai pukul 3-4 pagi. Pastu baru tidur. Ummi nak tido tak boleh sebab dia sanagt2 aktif lah waktu malam tu. Siang memang tak aktif sangat. Ingatkan masa dalam perut ummi je dia aktif, sudahnya masa dah keluar pun turut sama aktif. Auni...Auni...

Pagi tadi dia tidur pukul 3 pagi. Letih ummi nak kejar-kejar dia. Satu rumah dia tawaf. Tak larat nak kejar, masukkan dalam 'kurungan' dia. (kurungan = katil hadiah dari Tok Mah dia....). Letak dalam tu dia pulak jerit-jerit tak nak. Kadang2 dia nak kita dukung dia. Letak aja mulalah nak menangis. - semalam abah tido, ummi yang jaga dia hehehehe. Syyy!!

Aha, insyaAllah esok kami secara rasminya akan naik rumah baru = rumah sewa aja pun :) Sape2 yang kenal kami ni, mailah datang rumah kami kat Pasir Mas. Dekat sangat dengan opis Ummi Na, RISDA Kelantan Utara (Pasir Mas). Rakan2 opis dah rammai juga yang tanya 'bila nak buat kenduri, duk umah baru ni?' hehehe. Itu kena tanya bos besar dulu lah, sebabnya kami cadang nak buat solat hajat dan bacaan Yaasin bersama ahli keluarga terdekat aja.

Tuan rumah kami ni memang sangat baik orangnya. Siap pasangkan langsir dan tikar getah lagi dalam rumah tu. Walaupun rumah papan, tapi memang sangat cantik dan selesa lah. Sewa pun okey, RM200 je :) Bilik ada dua...bilik mandi dan tandas pula diasingkan. Ada juga sudut ruang makan sebelum nak ke bilik air tu. Bagus2...

Okey, kita akan mula mengemas sebentar lagi.

** Jom tarawih (Ummi Na solat di rumah aja bersama Auni...)



Monday, August 09, 2010

- Ramadhan yang dinanti -


Pejam-celik pejam-celik, Ramadhan datang lagi. Ahlan wasahlan ya Ramadhan...kehadiranmu memang dinanti :) Rasanya bagai baru semalam Ummi Na menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri dan ummi hihi. Rupanya dah masuk 2 tahun ye. Kejap je masa berlalu. Apapun, tahun lepas memang Ramadhan yang sungguh bermakna kerana pertama kali Ummi Na dan Abah Yie sambut dengan gelaran suami+isteri merangkap abah+ummi (^_^).

Tahun ini, insyaAllah jika diizinkan kami akan menyambut Ramadhan bertiga untuk kali yang kedua. Alhamdulillah, dapatlah kami berpuasa di rumah sewa. (ops,lupa nak upload gambar rumah....). Tunggu ye! Apa azam Ramadhan kali ni ye? Agak2nye.....? InsyaAllah kami nak perbanyakkan lagi amal ibadah, habiskan tadarus Al-Quran, fahamkan isi kandungannya, nak bertarawih setiap malam, juga nak berbuka dengan ala kadar sahaja (^_^) Banyak lagi azam tahun ni...tapi tak dapat nak detailkan...

8 Ramadhan ni juga merupakan ulangtahun kelahiran anakanda kami yang dikasihi, Auni Nafeesa (^_^) Dah nak setahun usia anak ummi dan abah ni rupanya. Seronok melihat si puteri membesar di depan mata. Terima kasih ya Allah, atas anugerah yang terindah ini.....

** ummi dan abah ada surprise untuk tuan puteri. Tunggu ya....!!!

Saturday, August 07, 2010

- muntah & ci-bi -

Kesian princess ummi dan abah ni. Dah masuk 4 hari muntah2 dan ci-bi (cirit-birit) :). Auni makin kurus pula tu. Ummi perasan najis auni cair dalam minggu ni. Kadang-kadang sampai tembus di seluar. Lepas minum susu mesti Auni muntah semula. Makan nasi pun dah tak nak sangat. Asyik muntah semula. Dalam sehari berapa kali entah Auni buang air besar. Muka pun nampak pucat sangat. Beza sungguh dengan muka masa sihat dan segar-bugar ni.

- gambar Auni masa sihat -
nak gi umah Tok

masa ni dah lemah-longlai
tak berdaya nak angkat badan

after bangun tidur...lemah sangat2

Malam kelmarin ummi dan abah bawa Auni ke klinik. Risau juga, asyik muntah2 dan ci-bi. Demam Auni dah kebah jugalah. Malam tu doktor favourite kami takde hehe. Sape lagi kalau bukan Dr. Asliza. Doktor lain yang ganti dia, tak apalah.

Dah malas nak tengok kamera tu...

hehe...gaya apa ni dik?

manja dengan abah...

tu kenapa pulak tu...?

Punyalah susah nak bagi dia makan ubat. Air garam tu kena minum 3x sehari. Perasa oren, sedapnya. Ummi sumbat dalam mulut auni guna picagari hehehe. Kejam tak? Paksa juga dia makan ubat. Pastu ubat tahan sakit perut tu, ummi bagi sama juga caranya. Dia kalau nampak picagari tu, terus tutup mulut kuat-kuat. Tak nak makan hehehe...Pandai anak ummi.


** auni ada 3 batang gigi rupanya..............

Thursday, August 05, 2010

- rumah sewa -

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, Ummi Na dan Abah Yie dah mula packing barang-barang. Ingatkan sikit, banyaklah pula barang ni rupanya. Jenuh cari kotak kat opis huhu. Ops, lupa nak beritahu. InsyaAllah kami akan menyewa di Pasir Mas. Dekat dengan opis Ummi Na. Lama dah sebenarnya kami cari rumah sewa area sana, tapi baru kali ni dapat. Alhamdulillah...

Semoga dengan adanya rumah ni, memudahkan sikit urusan kami sekeluarga. Kesian abang, ulang alik dari Kubang Kerian ke Tanah Merah. Kami bertolak awal pagi 6.45pg. Abah Yie habis sekolah pukul 2.00 petang, duduk buat kerja di surau sekolah kalau tiada aktiviti kokurikulum. Pukul 4.00 petang bertolak balik ke Kubang Kerian, tapi singgah di Pasir Mas nak ambik ummi pula. Sekitar pukul 5.00 petang, kami bertolak pulang ke Kubang Kerian. Sampai rumah dalam pukul 5.45 petang-6.00 petang (jalan jem). Kadang-kadang balik rumah tu, ummi ni sakit kepala. (sekarang ni memang kerap sangat sakit kepala...). Balik terus zzz dulu, rehatkan badan.
Begitulah rutin harian kami. Belum termasuk kalau ummi sakit di luar kawalan hihi...

InsyaAllah sabtu ni kami nak ambil kunci rumah, angkut barang sikit-sikit (barang memang tak banyak pun...) dan kemas-kemas rumah P.Mas tu. Tapi, belum nak duduk lagi. Maybe kami duduk sepenuhnya minggu depan. Alamak, lupa pula nama kawasan rumah ni apa dia? Hehe, takpe...lain kali ummi ambil alamatnya (^_^). Setakat ni cadangan kami, Khamis malam balik rumah K.K, pastu Sabtu malam balik semula ke P.M. Okey tak? Lagipun Abah Yie ada kelas hujung minggu.


** InsyaAllah, lain kali ummi tepek gambar rumah sewa kami.




Sunday, August 01, 2010

- creamy mushroom soup -

- cendawan auni -

Ahaa, comel kan cendawan bermata dua atas ni? Hehe, tetiba pulak ummi letak gambar cendawan ni kan? Ada apa agaknya? Eheee, alhamdulillah petang semalam ummi try buat creamy mushroom soup. Ummi ambil resepi ni dari Ibu Damia :) memang sedap dan mudah serta ringkas je nak buat creamy mushroom soup ni.

Balik opis semalam, ummi singgah Pantai Timur beli bahan2 nak masak. Dalam pukul 6.30 ummi masak. Roti tu ummi bakar lepas maghrib. Mushroom tu ummi letak separuh tin je, tapi ummi lebihkan kuah. Semua cakap memang sedap, bak kata ibu damia macam tapau dari Pizza Hutr je heheh. Jomlah cuba masakan ni. Memang berbaloi-baloi (^_^)

*


*



*



*



*



*



*


masakan ummi sedia dinikmati :)


a) Mushroom Soup
250 ml susu segar
3 cawan air
2 kiub pati ayam
1 tin cendawan butang, potong kecil2
1 sudu besar marjerin
1sudu kecil lada hitam
1/2 cawan tepung gandum (larutkan dengan 1 cawan air)

Arahan -
1.Susu segar + Air. Masuk dalam Periuk. Panaskan dengan api perlahan.
2. + Kiub pati ayam, cendawan, marjerin, serbuk lada. Kacau perlahan2 sampai mendidih.
3. Kecilkan api. Guna penapis, masukkan larutan tepung gandum.
4. Kacau sampai sebati. Masukkan garam/ gula secukup rasa.

b) Garlic bread

Roti Perancis aka France Loaf (Kami guna roti gardenia yang sedia ada je)
7 ulas bawang putih - kisar
Air
125gm butter (separuh saiz biasa)
Daun parsley kering
Lada hitam
Arahan -
1.Bawang putih + air. Kisar halus.
2. Tapis bahan yang dikisar. Buang air yang berlebihan.
3.+ butter + daun parsley + lada hitam. Gaul semuanya bagi rata. Letak sedikit garam, jika perlu.
4. Tadaaa! Jadila garlic spread =)

** ummi copy paste je cara nak masak ni dari blog ibu damia ye!!

- bestday Mak Long -


.: dedikasi untuk Kakanda Fatimah Az-Zahra bt Abdul Rahman :.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-28

* semoga bertambah amal ibadat seiring peningkatan usia ini
* semoga sihat selalu di samping suami dan anak-anak
* semoga redha Allah mengiringimu selalu

- salam sayang dari Ina, Yie dan Auni (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...