:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, August 28, 2010

- Kebetulan -

28.08.2010
6.46pagi
Rumah Kubang Kerian

Alhamdulillah....
Hari ni dah 18 hari kita berpuasa :) Semalam 17 Ramadhan 1431h, Nuzul Al-Quran. Tempat lain cuti, Kelantan pun cuti juga. Rasa macam dah lama ummi tak update blog ni. Sebabnya, Ummi Na sakit kepala sangat-sangat. Dalam minggu ni, dah berapa kali sakit macam ni. Tak boleh duduk @ berdiri lama sangat. Bila bangun @ duduk tu...memang dunia ni akan jadi berpusing dan kepala berat sangat. Mujur tak pernah tumbang sorang2 lagi. Semalaman tak boleh bangun. Abah Yie lah yang kemas rumah dan jaga Auni. Alhamdulillah, pagi ni rasa lega sikit.

Malam semalam, lepas solat terawih kami pulang ke Kubang Kerian. Cadangnya pagi ni nak pergi Mydin cari buaian Auni dan barang-barang lain. Payah rasanya nak bawa buai dia ke sana-sini (ulang alik K.K - P.M). Agak-agak berapa harga buaian ye? Ummi belum survey lagi. Sebenarnya ummi tak tahu nak beli buaian ke tak...lagipun Auni sekarang ni kalau tak tidur dalam buaian pun takpe. Dia boleh je tidur kat bawah. Dekat nurseri pun dia memang tak tidur dalam buaian, sebabnya buaian pun takde kat sana (^_^).

Auni pun, dah ada baju raya. Tok Sue dia belikan. Warna coklat :) Kebetulan tahun ni tema kami coklat + ungu hehe. Minggu lepas pun ummi dah belikan Auni baju warna ungu. Masa pergi Dataran Ilmu tu, ummi nampak baju ungu tu comel sangat. Harganya pun sangatlah berpatutan untuk orang yang bergaji kecil macam ummi ni. Beli satu je dulu. Lain kali beli lagi hehe.

Alhamdulillah sangat. Sebelum raya ni kakitangan awam akan diberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. Kebetulan gaji baru ni ummi dah dapat gaji yang tertunggak selama setahun tu. Bolehlah bayar duit kuih-kuih dan buat raya balik Shah Alam tahun ni :) Alhamdulillah.......Lega sikit rasanya. Kalau nak guna duit gaji bulanan semata-mata, memang tak cukup rasanya. Minyak pun naik sekarang ni. Duit tol lagi. Kan ke best kalau tol ni takde....

Okey, ini je cerita ummi kali ni. Nak siapkan basuh baju dulu sebelum ke Mydin. Auni tinggal dengan Tokmi ye? Tata...ummi ngan abah tak boleh bawa Auni. Nanti nak beli barang pun susah...Auni bukannya boleh duduk lama hihi. Hingga jumpa lagi....


No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...