:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, April 29, 2010

- Dah 8 bulan -

ciuman untuk our little princess

Alhamdulillah, 29/04/2010 ini genap umur Auni 8 bulan. Princess yang comel lagi manja ni semakin lasak, aktif dan manja sangat-sangat. Mengensot pun dah semakin laju. Pantang nampak barang/mainan/makanan depan mata, laju je mengensot nak capai barang tu. Menangis pun kuat, lagi-lagi kalau lapar.

Eh, cantiknya keronsang ummi ni...(suka benor tengok keronsang ummi, pantang nampak je mesti tangan dia terus pegang keronsang tu)

Auni anak yang baik, tolong ummi betulkan letak duduk keronsang ni (^_^)


Auni ni suka sangat kalau abah agah dia. Ketawa berdekah-dekah. Ummi Na dah tahu sangat, kalau dia garu telinga dia tu maknanya nak tidurlah. Auni suka sangat nak hisap ibu jari kaki orang lain. Dah tak cukup jari kaki dia hisap, kaki sape-sape yang duk kat sebelah Auni mesti dia capai (^_^)

Alhamdulillah, berat Auni dah 6.7kg, namun belum dapat kalahkan berat Nafi 7.6kg hihihi. Takpe2, anak ummi makan banyak pasni, mesti berat tu naik, kan?? Berselera betul kalau makan nasi campur kentang, lobak merah dan ikan bilis hehehe. Kadang-kadang Ummi Na bagi dia makan buah betik, pisang, tembikai dan mangga.

Semoga anak ummi dan abah menjadi anak yang solehah (^_^)

- sakit -

Alhamdulillah...masih mampu mencoret sepatah dua dalam blog ni walaupun batuk yang teramat sangat. Sebenarnya dah 3 hari Ummi Na batuk tanpa henti. Sakitnya ya Allah, sesak dada sekejap. Pedih rasanya bila batuk tak lepas. Auni pun, demamnya dah pulih cuma batuk masih sama macam dulu. Risau betul ummi :(

Ingat lagi, masa dalam kereta baru-baru ni. Ummi minta pada Allah, agar Auni cepat baik, biar Ummi Na pulak yang demam. Kasihan sangat dekat Auni, dahlah kecik sangat nak sakit-sakit ni. Tak sanggup Ummi Na tengok dia demam. Tup-tup keesokan harinya, memang betul Auni dah baik, umminya pula yang demam. Allahu Akbar...!!!

Hari ni ambik MC. Kalau ikutkan, dari semalam nak ambik MC, tapi macam sayang sangat nak ambik MC selalu huhu (nampaklah sangat saya ni suka ambil MC hehehe...dah memang sakit, nak buat camana kan?). Semalam masa kat opis pun, Ummi Na tak ceria macam selalu. Dahlah opis pakai air-cond, sejuk sangat rasanya...baju panas tak bawak pula tu. Rasakanlah kesejukan yang melanda tu hahaha.

Malam-malam batuk tak henti-henti. Auni pun sama :( Malas rasanya Ummi Na nak pergi klinik. Minum air suam/panas, lega sikit tekak ni. Tapi, kesian juga Auni tu. Batuk macam orang dewasa, minum ubat pun masih belum pulih lagi. Selsema pula dah datang kat Auni. Ya Allah, sembuhkanlah ummi dan auni...!

~ kesian kat abang, ina merajuk malam tadi. Maafkan ina ye :)

Saturday, April 24, 2010

- Mydin @ Kubang Kerian -

(gambar waktu malam...tak berapa cantiklah sebab guna kamera hanset)


Tak cukup pergi Mydin siang tu, kami pergi lagi waktu malam hehe. Kebetulan, adik ipar Ummi Na nak cari barang-barang untuk menghias biliknya, jadi Ummi Na pun ambil kesempatan lah ikut. Konon-konon nak cari barang opis, tapi banyak juga barang yang bukan barang opis dibeli hihihi. Malam tu, pertama kali kami bawa Auni ke Mydin. Jom tengok gambar-gambar menarik ni...

Auni ngan Cik Ewa, Auni tu tak nak pandang kamera pon sekarang ni...

Abang tengah betulkan kedudukan Auni...

Uii...garangnya anak ummi ni. Takut ummi...grrrrrrr!!!!

duduk dalam troli ni syok jugaklah....

si manja ummi ni sebenarnya demam, tu yang masam mencuka ni..

~ camanalah nak berjimat ni kalau suka sangat gi Mydin? huhuhu

Friday, April 23, 2010

- Iman @ Alifah -



Sekalung tahniah kepada sahabat Ummi Na semasa di UIA dulu, Siti Alifah dan suaminya, Zainal Abidin di atas kehadiran puteri sulung mereka pada 21/04/2010 yang dilahirkan jam 9.28 pagi. Nama baby ni Iman Batrisyia. Comel sungguh baby sulung Siti ni (^_^)

Selamat datang ke dunia 'PaMa' yang amat menyeronokkan. Jadual padat 24 jam, tanpa rehat hehe. Semoga Iman menjadi anak yang solehah, penyejuk mata penawar hati ummi dan abinya.


~ barulah auni ada kawan baru...girl :)


Thursday, April 22, 2010

- MERIAH nye -


Waah, meriahnya!

Apa yang meriah tu? Ha, inilah dia yang MERIAH nye.. KAD MERIAH MYDIN :) hehehe. Petang semalam, balik dari opis Ummi Na singgah Mydin Kubang Kerian buat kad ni. Yelah, sebabnya kami ni kan selalu membeli-belah kat Mydin tu. Jadinya dengan ada kad ni, kiranya bolehlah dapat laaagi murah hihihi. Pastu dapatlah mata, mata tu nanti bila dah sampai masanya bolehlah kita tukar/dapat hadiah lain...ye ke? Iye lah kot hehehe.

Buat kad ni memang sekejap sangat. Dia minta IC, pastu kita isi borang, terus dapat kad tu. Cumanya kena bayar RM12 je lah untuk buat kad ni. Apalagi, dah guna pon kad ni. Petang tadi keluarkan duit gaji, pergilah shopping jap. Cari barang-barang Auni dan barangan dapur, semua sekali habis dalam RM125 lebih kurang gitulah. Pampers Auni sahaja, beli 2. Saiz M 80 keping, jenama Fitti. Lain-lain barang Auni termasuklah nestum, susu dan biskut. Alang-alang dah ke Mydin, belilah terus banyak sikit. Lepas ni dah tak perlu beli lagi, insyaAllah cukup untuk sebulan. Cuma susu tu, memang tak cukup kalau 2 paket yg 1kg tu huhuhu.


~ syoknya gi Mydin.

Wednesday, April 21, 2010

- Madu Krus -

Madu Krus
Haa, inilah madu yang Ummi Na baru cuba dan baru beli hehehe. Madu Krus ni kawan Ummi Na promote kat Ummi Na semalam. Harganay RM29.50, tapi disebabkan tengah buat promosi, kalau beli 3 botol jadi RM15 sahaja sebotol. Huhu, memang betul-betul murah. Madu Krus ni lain dari yang lain sebabnya madu tu dicampur bersama cuka kesihatan (buah epal). Apa kebaikannya?

- Memelihara kesihatan, awet muda, mencantikkan kulit dan mengukuhkan sistem ketahanan badan.
- menolong sistem penghadaman dan mencegah sembelit.
- menghilangkan masalah susah tidur seperti tidur tidak lena dan masalah cepat lupa.
- menghilangkan bau mulut (Halitosis)
- menurunkan berat badan dengan berkesan dan menghapuskan lemak badan yang tersimpan.

Madu ni dikeluarkan oleh :
TMF Master Sdn. Bhd.
No. 9 & 11, Jalan SP2,
Tmn Seri Pandan, Lorong Pandan,
75250 Melaka.

Haa...memang bagus sangat untuk seisi keluarga makan madu ni. Juga sangat bagus untuk menjaga kesihatan terutama mereka yang nak mengurangkan berat badan hahaha (termasuklah ummi ni...). Pagi semalam Ummi Na makan madu ni, tapi dicampur dengan 1/2 gelas air suam. Ah, sedappppp sangat. Rasa masam-masam manis gitu. Lepas tu, dalam pukul 10-11 malam, sakit perut la pula. Masuk toilet, 'melabur' lah dulu sebelum mandi. Najis tu lain macam sikit. Mungkin lemak tu dah keluar kot? Hehehe. Mana tahu, dengan izin Allah...Ummi Na minum madu ni boleh kurus macam dulu juga?

~ minum madu + senaman + diet = kurang berat badan. Okey tak formula ni? kui..kui..kui


~~ berapa berat Ummi Na sekarang?

Monday, April 19, 2010

- Pantai Timur -

Salam bertemu kembali...

Nak tahu Ummi Na pergi mana baru-baru ni? Alah, tempat yang Ummi Na rahsia sangat tu hehehe. Inilah tempatnya...Pantai Timur yang terletak di Pasir Mas. Memang dekat sangat dengan opis Ummi Na. Walaupun harganya tak semurah di Mydin, tapi tempat ni lah yang selalu Ummi Na pergi bila mana nak mendapatkan barang-barang keperluan harian. Sebabnya, dekat je ngan opis. Malas juga nak pergi Mydin, sebabnya Mydin raaamai sangat orang. Pagi hingga malam memang sesak jalan area bangunan dia tu.

Antara barangan yang Ummi Na beli adalah seperti dalam gambar di bawah ni (^_^)

- nestum BARU untuk Auni. Saje nak cuba perasa baru ni...beras+ayam. Macam sedap je..nyum-nyum
- air kotak jambu batu...memang sedap sangat2
- biskut "wheat crackers" yang tak boleh lupa....
- gula-gula...yang ni baru nak cuba. bolehlaaa....

Selain tu, ummi na beli tisu, coklat, nestum 3 in 1 dan air kotak milo. Hehehe, banyaknye beli...konon kata nak diet. Makanan/minuman ni semua untuk dimakan kat opis masa waktu senggang dan tengahari.....sebabnya tengahari Ummi Na tak makan nasi dah. Kiranya stok untuk 2 minggu (^_^)

gambar selepas jogging petang semalam
~ sekadar hiasan ~

Sunday, April 18, 2010

- jom, ke sana -

Assalamu'alaikum semua

Lagi 15 minit yeyeye. Eh, kenapalah ummi ni seronok sangat ye? Haa, dah lama ummi tak pergi tempat ni. Kangen banget sih..!! Mana ummi nak pergi agaknya? Hehehe. Rahsialah.. Dulu, ummi selalu juga pergi tempat ni. Biasanya ummi pergi waktu rehatlah...mana boleh pergi waktu kerja. DILARANG sama sekali hehehe.

Selalunya, antara barang yang ummi beli adalah :
- Keperluan dapur
- keperluan peribadi
- barangan Auni

Ha, dapat teka ke? Hehe, tekalah lagi. Dah ada klu tu...mesti boleh teka punya. JOM kita serbu itu tempat................


~ yeyeye, petang ni jogging. semalam tak dapat jogging huhuhu

Saturday, April 17, 2010

- tahniah -

Salam hujung minggu (^_^)
Tak sempat ummi nak update blog dua hari ni. Auni meragam, agaknya tak sedap badanlah tu. Eh, siapa baby comel ni ye? Hehe, kami di Teratak Mawaddah nak ucapkan selamat datang kepada adik-adik comel ni. Tahniah kepada pasangan Azreen & Asiyah, serta Huda & Hafifi di atas kehadiran permata hati mereka. Semoga dengan kehadiran baby comel ni akan menambahkan seri dalam hidup kalian.

Nidaaul Awatif binti Mohd Azreen

Nor Afiq bin Norhafifi
~ bila agaknya Auni boleh jadi kakak ni??

Thursday, April 15, 2010

- TERmuntah -

Haiyya, hari ini sangat sibuk dengan tugasan opis yang tak pernah 'kurang sibuknya' huhu. Time rehat ni, bolehlah duk rehat kejap, sambil buka internet lalala. Kan dah ada kebenaran bos....Nak cerita apa? Oh ya, semalam pi jogging lagi kat Taman Tengku Anis. Hahaha, yang lucunya Ummi Na nak TERmuntah pas 3 pusingan jogging huhu. Bukan apa, sebab tak makan nasi lah tu. Pagi hingga petang tu hanya alas perut dengan roti. Huh, ni takde kena mengena dengan nak diet sampai tak nak makan nasi (^_^). Kan kerja banyak, itu yang tak sempat nak pi beli nasi.(banyak sangatlah tu kononnya...)

Nanti insyaAllah nak update blog Auni pula. Lama sangat rasanya tak kemas-kemas blog si adik manja ni hehehe. Jumpa lagi.


~ run..run..run

Tuesday, April 13, 2010

- dating berdua -

...seperti yang dijanjikan, Ummi Na nak story lah pasal dua orang yang pi dating baru-baru ni. Jeng..jeng..jeng...alah, tengok gambar ni pon dah tahu siapa yang dating tu (^_^) tak surprise pon hehehe. Okey, sebenarnya kamilah yang dating hari tu. Seronok sangat rasanya, dah lama tak berdua-duaan macam ni.
Petang 14/03/2010 baru-baru ni, kami jogging kat Taman Tengku Anis. Taman ni memang popular lah bagi orang klate ni, sebagai taman keluarga. Memang ramai yang datang jogging kat sini. Seronok tengok se-family pi jogging sama-sama. Cadangnya nak bawa Auni datang sini sekali, tapi si comel manja tu dah tidur. Tak jadilah nak bawa dia datang.
Letih juga jogging, maklumlah ummi ni dah lama sangat tak jogging. Kali terakhir dulu, masa dengan abah dan mak Ummi Na (of course masa ni belum kahwin) hihihi. Semput-semput juga masa tu huhu. Jom tengok gambar-gambar ni....

Bunga ni TERlalu harum sampaikan ummi pejam mata hehehehe

Tak sempat nak senyum, abang dah snap photo ni huhu. Tak kasi can ina nak senyum dulu....

Love you my hero....

Nampak tu, ada rusa. Memang Ummi Na takut-takut juga nak pegang rusa ni hehehe
Ada 'taman air' kat sini. Nak masuk kena bayar RM2, tapi khas untuk kanak-kanak je rasanya. Tak merasalah Ummi Na nak main air tu huhuhu


~ Dah janji, sekurang-kurangnya kami nak jogging kat sini 3 kali seminggu (^_^)

- rahsia -


Psst, nak tahu RAHSIA tak? Haa, semalam ada sepasang suami isteri tu pi 'dating' kat sebuah taman. Amboi-amboi, diorang ni pi dating tak bawa anak pulak tu. Ada ke patut si comel tu letak kat rumah mertua, suruh mertua jaga. Ish..ish..ish....Kesian anak kecil yang tak bersalah tu.

Tapi, diorang ni pi dating kat mana ye?? Nak tahu, nanti Ummi Na cerita. Sekarang tengah sibuk buat kerja opis (^_^) Hehehe, sambil menyelam kita minum air.


~ Dah lama sangat tak dating berdua....

Monday, April 12, 2010

- auni nak susu -

gambar baru lepas nangis, ummi lambat bagi susu

Laju je minum tu...lapar sangat heheh

kesian anak ummi ye...

~ saje nak masukkan gambar2 ni, Ummi Na suka tengok! So sweet (^_^)

- dapat jugak akhirnya -

Alhamdulillah. Dapat juga mencari baju untuk Pesta Sukan RISDA. Lewat petang baru-baru ni, lebih kurang dalam pukul 6.00 petang kami ke KB Mall. Rupa-rupanya waktu tu ada PC Fair kat sana. Sesak lah jugak dengan orang ramai. Sampai-sampai je, kami terus ke tingkat bawah. Mujur ada baju yang sama 'kaler' dengan baju sukan yang diberi. Harganya pun dalam RM35.00 Okeylah tu, daripada tak ada. Malas nak tawar menawar, Ummi Na capai baju tu dan terus bayar. Saiz? Hehehe, besarlah jugak...berbanding sebelum mengandung dulu huhuhu.


~ tak dapat jugak nak makan RCH hari tu huhu. Bilalah nak gi makan RCH ni?
(macam kenal je baju kaler maroon tu...abang dapat kat mana? hehehe)

(selit jugak gambar ni...seksilah auni ni)

Auni pon, ragamnya masih tak henti-henti sekarang ni. Malam-malam, mujur ada mak mertua tolong gilir jaga Auni. Ummi dah letih seharian layan kerenah Auni, malam giliran abah pula yang layan kerenah Auni sekarang ni. Moga-moga, ummi dan abah semakin sabar dalam menjaga Auni...terutamanya UMMI ni lah...


Tidurlah Auni, jangan menagis
Tidurlah sayang, ummi dah letih
Auni kan comel, lagilah baik,
Tidurlah sayang, jangan menangis

Saturday, April 10, 2010

- auni meragam -

Anak ummi meragam! Huhu, sejak jatuh dari katil tempohari...keadaan Auni tak menentu. Senang cakap, tak macam selalu. Sekarang ni kejap tidur, kejap bangun. Asyik nangis je. Menangis macam sakit lah...bagi susu, tak nak. Angkat, didodoi pun menangis. Sampaikan ummi pon tak tahu nak buat apa.
Selalunya, auni suka bila diagah. Pandai ajak orang bercerita, bermain. Menangis pun kalau lambat bagi susu/nestum, takpun lambat ditukarkan pampers dia. Ummi rindukan Auni yang mudah senyum kalau ummi agah (V_V) huhuhu. Cepatlah sembuh anak ummi...
~ jadi ke tak nak gi cari barang ni? Huhuhu....abang?

~ Jalan-jalan ~

Ha, hari ni Ummi Na cadang nak pi kedai buku, kedai baju, Mydin, RCH (Radix Chicken House). Wow, banyaknya tempat hehehe.

1) Kedai Buku
Nak cari novel Cinta Sufi. Novel terbaru RAM (Ramlee Awang Murshid). Hari tu, pergi dua kedai buku. Tapi novel RAM tak ada lagi huhu. Walhal novel tu dah keluar pon. Memang best baca novel ni. Erm, boleh tak kalau nak beli novel Ustaz Ubai jugak? Antara Cinta dan Wahyu...?

2) Kedai Baju
Nak beli baju kaler maroon. Esok ada Sukan RISDA Kelantan. Ummi Na masuk permainan Batu Seremban. Alamak, baju yang diorang bagi ni lengan pendek. Jadinya, Ummi Na kenalah cari baju lain untuk dipakai bersama. Kaler baju tu maroon. Nak cari kat mana ek?

3) Mydin
Hehe, Mydin ni saje je nak window shopping (^_^) Itupon kalau Abah Yie nak pergi huhu. Duit dah takde, ada hati nak jalan-jalan Mydin hehehe.

4) RCH
Haa, ni memang dah janji ngan adik ipar nak gi sana. Ummi Na dah pergi hari tu. Kali ni nak bawa adik-adik ipar makan sana. Tapi bila agaknya? Petang kot huhu. Nak makan apa ye? Nasi ayam lagi..? Atau Chicken Chop...? Satey...? Semua-semua sedaaap sangat!! Aiyooo, bertambahlah kolestrol dalam badan ni huhuhu...Oh, tidakkkk!!!!!!!!!

Thursday, April 08, 2010

~ percutian singkat (4) ~

Hari keempat...
20/03/2010
Sayonara...huhu, sedihnya nak balik. Tapi TERPAKSA lah balik Kelantan, esoknya dah mula kerja. Cuti pun tak bolehlah nak ambik lama-lama kan? Hehehe. Kalau tak silap Ummi Na, pagi ni kami sarapan nasi goreng. Sambil sarapan tu, sempatlah adik-adik yang lain dukung Auni puas-puas. Tengoklah gambar ni...

Auni bersama Acik Eriz, Acik Ocob, Acik Dana dan Acik Efiq

Macam selalu, ambil gambar ramai-ramai sebelum balik (^_^)


Sebenarnya, kami balik sekali dengan mak dan abah. Kebetulan abah nak ke Kuala Lipis, ada Hari Wilayah Luar Bandar. Najib Tun Razak tu merasmikan majlis berkenaan. Sempatlah menjamu mata tengok gerai-gerai kat sana. Banyak sangat yang dibeli hahaha


Letih betul perjalanan balik Shah Alam kali ni sebab banyak sangat tempat yang kami pergi. Naik Myvi ni agak jimat, memang jimat sangat-sangat pun. Minyak dan tol semua sekali kira-kira RM270. Kalau dari Kelantan terus ke Shah Alam, dan tak singgah mana-mana, rasanya LAGI JIMAT (^_^). Kiranya save budget sangatlah......


** Sayonara Shah Alam. Insya Allah ketemu lagi bulan 8 ni (^_^)

- jatuh katil -

Khamis (08/05/10)
3.01 pagi

...mencelah kejap (sebelum sambung cerita percutian singkat)
Ya Allah, tadi Ummi Na rasa takut + terkejut + sedih tengok Auni huhuhu. Kenapa? Si comel tu jatuh katil. Memang tak sangka pun. Abah Yie dodoikan dia dalam bilik. Ummi dah letih sangat, tengah buat kerja ofis yang BANYAK sekali ni...Ummi buat kat luar. Dari luar tu dengarlah dodoian Abah Yie. Tiba-tiba senyap. Ummi Na ingatkan dua beranak tu dah tidurlah.
Tup-tup, ada bunyi 'bedebuk'. Bunyi jatuhlah tu. Auni pun nangislah...huhu. Kesian anak ummi. Ummi Na dengar je, dengan terkejut yang amat sangat menjeritlah 'abang!'. Tengok2 auni dah kat atas karpet bilik. Tak nampaklah dia jatuh macam mana. Kesian anak ummi. Auni nangis, tapi beransur diam bila Ummi Na angkat, peluk, pujuk dan dodoikan.
Anak ummi...anak ummi (^_^). Moga-moga tak ada apa-apa yang berlaku. Tengok kepala dan badan dia, takde bengkak-bengkak dan lebam-lebam ke. Mujurlah. Cuma risau kalau dia demam esok pagi. Apa pun, anak ummi KUAT!!

Saturday, April 03, 2010

- percutian singkat (3) -

Hari ketiga : Jumaat (19/03/10)
Pagi ni arah tujuan kami adalah ke rumah Cik Dah (mak sedare) untuk mengambil barang-barang Cik Mah. Namun sebelum tu, kami sempat meluangkan masa singgah ke rumah Ateh. Ateh ni makcik yang kami selalu datang rumahnya semasa kami di UIA dulu. Memang dah lama sangat kami tak ke rumah ateh. Sejak Ummi Na sakit dulu, berkahwin, hinggalah mempunyai seorang permata hati, baru inilah dapat berjumpa ateh semula.


Rupa-rupanya ateh akan duduk di rumah kebajikan di Kuala Kubu Baru hujung minggu tu. Sedihnya, sebab tak ada sesiapa dapat jaga ateh. Mama (adik ateh) pun kerap sakit, jenguk ateh hanya waktu malam sahaja. Pak Long (abang ateh) dah meninggal, jadi tinggal ateh seorang diri di rumah.

Kami singgah rumah Cik Dah dah tengahari. Makan tengahari dan solat di situ. Dapatlah rehat-rehat sekejap, mandikan Auni pula tu. Cuaca panas, peluh pula Auni. Ingatkan nak singgah PWTC (Pesta Buku Antarabangsa) jumpa Ayah Lah (suami Cik Dah), tapi bila kami tengok jalan jem teruk, tak jadilah nak singgah. Lagipun susah nak dapat parking, huhuhu.
Balik rumah, siap-siap pula nak pergi Tanjong Karang. Sepupu mak kahwin (sebaya Ummi Na). Balik pun, sekejap sangat, tak sempat nak singgah rumah nenek. Namun, dapatlah melepaskan rindu kat nenek dan pakcik-pakcik Ummi Na yang ada tu...

Balik daripada Tanjong Karang, kami singgah kat tepi jalan. MAKAN DURIAN. Waahhh, sedapnya. Buah kegemaran Ummi Na. Hahaha, banyak sungguh makan durian malam tu. Abah Yie, mula-mula tak nak makan...kenyang sangat katanya. Namun, setelah DIPAKSA oleh abah dan Ummi Na, dia pun makanlah juga walaupun tak sebanyak kami berdua hehehe.
Sampai rumah, dah lewat malam. Apa lagi...zzzzzzzzzzzzzzz lah kami. Esok pagi nak bertolak balik Kelantan...


~ durian memang kegemaran Ummi Na dan abah. Mujur yang lain kurang minat, dapatlah kami makan banyak hehehe

Thursday, April 01, 2010

~ percutian singkat (2) ~

Episod 2
Masa hari kedua kami di Shah Alam, pagi tu kami mendapat khabar bahawa adik arwah atok (Atok Mamat) telah kembali menghadap Ilahi. Selesai sarapan (bihun dan nasi goreng), kami bertolak ke Felda Sertik bersama keluarga pakcik dan makcik saudara Ummi Na. Maka, lihatlah gambar-gambar ni....
aksi auni sebelum kami bertolak

dalam perjalanan ke Felda Sertik

di masjid...
~ Al-Fatihah untuk Atok Mamat

singgah sebentar di RnR


Perjalanan hari ni terasa letih sangat. Balik dari Felda Sertik, sampai rumah dah Maghrib. Memang letih yang teramat sangat, tak terungkap dengan kata-kata. Hari ni perjalanan kira-kira 9 jam juga (samalah macam dari Kelantan ke Shah Alam huhuhu).
~ pengembaraan seterusnya...lebih menarik........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...