:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, November 23, 2009

- kesian anak ummi -

Salam semua...

Kesian Auni. Auni dah beberapa hari demam panas dan kembung perut (v_v) Sakitnye. Badan Auni panas sangat. Auni asyik nangis je. Kesian kat abah dan ummi jaga Auni. Tapi Auni nak buat camana? Auni kan kecik sangat lagi. Mana pandai cakap yang Auni sakit, kan? (tapi menaip pandai pulak...kan?) hehehe.

Kelmarin abah dengan ummi bawak Auni jumpa Doktor Asliza kat Klinik Mardhiah tu. Doktor cakap Auni demam dan kembung perut. Doktor pun bagi ubat demam dan kembung. Ummi suap, tapi Auni muntahkan semula ubat-ubat tu (^_^) Nak tahu macam mana ummi bagi Auni makan ubat? Ummi masukkan ubat tu dalam botol susu Auni. Pastu ummi susukan Auni pakai botol tu. Barulah Auni boleh makan ubat, sebab ubat tu dah bercampur dengan susu hehehe. Pandai ummi.

Semalam Auni tak dapat ikut ummi dan abah pergi rumah Mokteh. Mokteh dan Pokteh dah nikah. Mula-mula ummi dan abah memang nak bawa Auni sekali, tapi kebetulan Auni demam. Lagipun hari tu hujan. Kan Kelantan dilanda banjir sekarang ni. Jadinya Auni duduk kat rumah aja dengan Tok Mi.

Lepas beberapa kali makan ubat, badan Auni rasa lega sikit. Panas badan pon tiada (^_^) Auni dapatlah tidur dengan lenanya. Cuma sesekali Auni nangislah jugak. Nak bermanja dengan ummi dan abah.

Jom kita tengok gambar-gambar Auni demam...

kawan-kawan, Auni demam tapi sempat lagi nak senyum-senyum
pandang kamera (^_^)

Tok Mi selimutkan Auni supaya Auni tak kesejukan...grr..grr

Menangis nak minta susu...tiba-tiba diam bila nampak kamera ummi

Auni lena...dah makan ubat hehehe

Auni dah boleh senyum..tengok ni

(v_v)

(^_^)

2 comments:

  1. cucu tokmah sbnr nya sgt baik..bjurus org nya..cucunda skdr nk biar ummi na + abah yie rasa cmana dua2 tokbah dan tokmie kelate+s'gor rasa masa ummi na dan abah yie kecik2 dulu..ok lah tu..budak baik nk bg pahla kat mak ayah byk2..skiranya mak ayah dia bsabar lah..baiknya cucu tokmah..

    -TokMah Cun

    ReplyDelete
  2. btol tu tokmah :) tq atas peringatan you pada I eheh (^_^)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...