Salam semua...
Hari ini hari Jumaat. Di luar hujan sedang turun dengan lebatnya. Kami berdua kesejukan di dalam rumah. Di dalam rumah ini hanya ada Ummi Na dan Auni. (hehe, skema betul ayat kali ni...apa daa) Erm, sejuknyalah. Hujan memang turun tak henti-henti dari kelmarin lagi. Mujur kawasan rumah kami tak banjir.
Auni baru lena. Memang hanya tinggal Ummi Na dan Auni sahaja kali ni. Abah Yie ada program luar dari malam semalam. Pagi tadi pula, mertua pergi hantar adik ipar Ummi Na ke Pasir Puteh. Juga ada program. Makanya, tinggallah kami berdua dalam kesejukan ni hehe.
Sebelum-sebelum ni Auni dah cerita pasal kawan baru dia lah...pasal barangan kesayangan umminya (sayalah tu...)...kali ni Ummi Na pula nak cerita. Apa dia? Mai baca seterusnya...

Haa, ini apa? Cermin mata. Bagus...inilah cermin mata Ummi Na. Dah setahun Ummi Na pakai. Masuk ni, dah berapa cermin mata yang Ummi Na pakai sebenarnya. Paling lama pun, setahun aja. Kalau tak Ummi Na yang terpijak, adik-adiklah yang pijak. Hehehe...
Power? Kali terakhir Ummi Na check, 1xx. Kalau tak silap, Ummi Na silau sebelah kiri. Kali pertama Ummi Na mula pakai cermin mata ni masa tingkatan dua dulu. Dah bermacam-macam jenis bingkai Ummi Na pakai. Ingatkan kali ni bolehlah bertahan lama. Rupa-rupanya...

Tadaaaaa...
Cermin mata ni minta tukar yang baru pulak! Adoilaa...duit lagi. Nampak tak cermin mata Ummi Na ni dah rosak. Ummi Na terpijak masa kat surau opis minggu lepas. Memanglah susah sangat kalau cermin mata ni rosak. Dahlah penglihatan tak jelas, susahlah lagi nak buat kerja. Huhuhu. Camana ni? Nampaknya nak kena tunggu bonus bulan depan baru boleh buat cermin mata. Gaji bulan ni nak digunakan untuk aqiqah Auni...
Okey, ni je yang Ummi Na nak cerita. Bersambung di lain masa....

** Pasni kena beli cermin mata BESI kot..baru tak rosak hehehe
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)