Salam semua...
Haa, kali ni Auni nak cerita pasal barangan kesayangan ummi (^_^). Banyak jugak rupanya barang yang ummi sayang. Nanti bolehla bagi kat Auni barang-barang tu, kan ummi? Hehehe. Toksah cakap banyak, meh kita tengok antara barang kesayangan ummi ni...
Haa, kali ni Auni nak cerita pasal barangan kesayangan ummi (^_^). Banyak jugak rupanya barang yang ummi sayang. Nanti bolehla bagi kat Auni barang-barang tu, kan ummi? Hehehe. Toksah cakap banyak, meh kita tengok antara barang kesayangan ummi ni...
1- Beg Fiffy
Sebenarnya beg warna pink (pink ke?) ni hadiah masa ummi dan abah pergi Billion beli barang-barang Auni. Disebabkan beli banyaak sangat barang, dapatlah percuma beg ni. Beg pureen tu takde kena mengena ye. Ummi yang guna beg fiffy tu. Biasanya ummi letakkan telekung dalam beg tu. Beg tu pula ummi bawa ke ofis ummi :) Kadang-kadang beg ni pon digunakan untuk letak pampers, tisu basah, botol susu dan tuala kecil Auni masa kitorang pegi klinik. Jadinya, beg ni sebenarnya ummi punya ke...Auni punya? heheee
2- Beg Anmum
Haa...beg ni sebenarnya kecik aja tau, tak besar mana pon. Beg ni baru je menjadi beg kesayangan ummi. Apa yang ada dalam beg ni? Jeng..jeng..jeng! Dalam beg kecik ni ada bedak debu, gincu, krim Safi, tisu dan handphone ummi. Ummi bawa ke mana? Setakat ni ummi bawa beg kecik ni ke ofis. Sebenarnya beg ni hadiah daripada Mak Long. Mak Long beli susu Anmum, dapatlah hadiah ni. Then, susu tu pun Mak Long hadiahkan untuk Auni. Saaayang Mak Long :)
3- Beg Barney
4- Bekas air
Bekas air ni besar kan? 1500ml punya :) Asalnya bekas air kesayangan ummi ni ummi beli lepas bekas air lama pecah. Biasanya ummi jarang sangat habiskan 1500ml kat ofis. Mesti ada air yang lebih ummi bawa balik. Boleh kira dengan jari ni berapa kali ajelah ummi bawa balik bekas air yang kosong hehehe. Ummi tu, mesti tak ikut nasihat Tok Mah yang suruh habiskan 2 botol air kosong dalam botol ni. Kan ummi? Kalaulah Tok Mah tahu...habislah ummi.
5- Handphone Sony Ericsson

Okeylah...sampai sini aja Auni nak bagitahu barangan kesayangan ummi. Ada lagi satu "barang" kesayangan ummi........apa dia? Nanti Auni cerita lain kali ye? Hingga berjumpa lagi di masa akan datang. Salam............
** Auni rasa macam nak tidur ajalah..zzzzzzz
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)