:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, November 22, 2009

- Pokteh & Mokteh -

Salam hujung minggu...

Ini hari Ahad..hari ini hari Ahad. Hehe, selalunya hari Ahad ni ramai yang buat kenduri kahwin, kan? Kalau kat negeri lain, ahad cuti. Jadi bolehlah pergi kenduri tu bila-bila masa. Kelantan ni hari Ahad kerja, jadi agak payah sikit nak pergi kenduri tu (Ummi Na lah...) Jadinya, disebabkan hari ni nak pergi 2 kenduri, Ummi Na pon ambiklah cuti rehat sehari (^_^) - Nak gi kenduri pon sampai amik cuti rehat, ada tak orang lain buat cenggini? Makanya bos-bos di luar sana, silalah periksa dengan teliti agar anak buah anda tidak termasuk dalam senarai yang amik cuti rehat semata-mata nak gi kenduri hehehe.

Sebelum nak cerita panjang, awal-awal lagi Ummi Na dan suami nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sahabat-sahabat kami yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan ni dan bulan depan. Ramai sangat, sampaikan bertindih-tindih tarikh. Tak tau nak gi mana satu. Ada yang kami boleh pergi, ada juga yang tak boleh. Maaf ye!

Ucapan tahniah kepada pasangan mempelai dan bakal mempelai :

Mokteh & Pokteh (22/11/2009)
Ros & KD (22/11/09)
K.zuni & Mior (29/11/09)
Maar & Afifi (06/12/09)
Puah & Nordin (19/12/09)

Sampailah saatnya...nak cerita pulak pasal kami pergi walimah Pokteh dan Mokteh. Apasal kami panggil Pokteh dan Mokteh ye? Ntahlah...hehehe.Sedikit info mengenai mempelai :

Suami : Muhammad Hanafi bin Masri / 24 tahun
Isteri : Rasidah bt Ahmad / 25 tahun
Tarikh nikah : 22/11/09 (sure lkah hari ni....tu yang tadi cakap gi umah dia)
Asal : Napi (Johor) / Kak Shidah (Kelantan)
Tema perkahwinan : Merah campur krim...kot. (kot?)
Bidang pengajian di UIA : Ilmu Wahyu (dua-dua tu...)

Yang syoknya, kami pon pakai baju warna merah...samalah pulak dengan mempelai (^_^) Malas nak story panjang, apa kata tengok je gambar-gambar ni...

hadiah apa tu...? Rahsia...

eksklusif bersama pengantin baru...merah semuanya.

So sweet (^_^)

Haha, apalah kata Pokteh dan Mokteh ni bila baca posting terbaru kami ni. Okey, apa pun selamat bergelar raja sehari untuk mempelai...daripada Auni, Abah Yie dan Ummi Na.

** Auni tak ikut sebab dia demam. Kesian anak ummi ni...

*** teringat Mokteh dan Moktam...gelaran anak sedara Ummi Na (Momok Putih & Momok Hitam)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...