Salam hujung minggu...wah, hari ni hari Ahad. Kelantan cuti peristiwa sebab dapat masuk final Piala Malaysia. Dapatlah Ummi Na update blog ni. Dah lama tak "baiki" Teratak Mawaddah ni. Selalunya Ummi Na update kat opis (bila kerja dah siap ye...). Tapi sekarang ni rasa maaalas sangat nak buka komputer kat opis ni. Lambat sangat, maybe virus banyak sangat dalam tu. Punyalah lama nak buka satu-satu page ni.
Nak citer apa kali ni? Hehe, sebenarnya Ummi Na nak cerita pasal Cerana Villa. Yummy, sedapna kami makan-makan kat Cerana Villa tempohari. Sebenarnya tak rancang pun nak makan kat situ. Pagi tu Ummi Na bersama Abah Yie, Auni, mak mertua, Cik Mah dan Iwe pergi pusing bandar KB (Kota Bharu). Lepas pergi Klinik Homoepati kami merantau mencari rumah untuk dibeli. Ops, yang nak beli rumah ni Cik Mah kami tu lah.
Dah pusing-pusing tengok contoh rumah, lapar lah pulak perut ni. Lagi-lagi Abah Yie tu, memang lapar aja. Walhal kami dah makan nasi kat rumah pagi tu. Then, kami suruh Cik Mah belanja :) hehehe, bila lagi nak belanja anak buah makan kan? Sebenarnya ni kali ketiga Ummi Na dan Abah Yie makan kat sini. Jom kita imbau kembali gambar-gambar masa kami makan kat Cerana Villa dulu...
Ni first time makan kat Cerana Villa. Masa ni kami berdua je, Auni belum lahir lagi pun. Erm, masa ni memanglah sangat tak lalu nak makan sebab Ummi Na mabuk teruk sangat. Tengoklah muka tu, macam nak tak nak je senyum. Makan pun tak habis, jadinya Abah Yie tolong habiskan lauk tu hehehe. Tapi seronok jugak masa ni sebab dapat tengok pemandangan yang indah kat tepi sungai tu. Adalah jugak rasa gayat sebabnya kami duduk atas air. Beralun-alun especially bila bot lalu. Wah...!!!
Yang ni masa kami meraikan adik bongsu kami nak masuk UIA Nilai. Juga sempena hari ibu dan bapa. Seronok, sebab ada Sue sekali. Kami pergi malam masa ni, tapi lewat sikit sebab nak tunggu Din balik dari Kuantan tu. Bas sampai agak lewat. Mujur kami dah tempah makanan awal-awal. Cuma sempat tangkap 2 jenis makanan je masa ni sebab kamera hp Ummi Na tak berapa cantik waktu malam...
Haa...inilah gambar yang kami makan semalam. Auni dan umi takde sebabnya Auni meragamlah pula masa ni. Umi nak jaga Auni dalam kereta, jadinya kami bungkus je makanan untuk umi. Apa yang kami makan? Tu...tengoklah tu. Yummy, sedapnya...
Ada masa kami nak bawa Aisyah pula gi sana. Yuhuuu..................
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)