:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, December 01, 2009

- Walimah 2 mempelai -

Salam to all of you..

Wah, lamanya tak update blog ni :p. Agak sibuk sket sejak akhir-akhir ni. Sibuk "melayan" kerenah Auni yang semakin suka dan kuat menangis hehehe. Orang tua cakap kalau bayi kuat menangis, itu tandanya dia nak besar cepat. Iye ke? Agaknya kot...

Erm, kalau dua minggu lepas kami ke walimah Hanafi dan Rasidah, minggu lepas pula (29/11/09) kami ke walimah dua pasangan mempelai yang memang sama cantik dan sama padan ini. Siapkah mereka? Jeng..jeng..jeng...

Ops, sebelum tu tengoklah dulu gambar-gambar kami ni...

inilah hadiah yang kami nak bagi kat mempelai

Auni bergambar dengan ummi sebelum bertolak

tertidur di pangkuan Auntie Akmal (^_^)

Ummi Na dan Abah Yie bertolak dari rumah dengan Uncle Asy dan Auntie Akmal. Fuh, masa hari tu punyalah jalan jem teruk. Cuaca pula panas terik. Kesian Auni, menangis-nangis dalam kereta. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 12 tengahari, tapi sampai kat rumah pengantin agak lewat dari jangkaan. Pening Ummi Na dan Auntie Akmal dalam kereta tu. Mana taknya, panas yang teramat sangat.

Rumah pertama kami pergi adalah rumah Zulkifli Che Hussin. Dia ni kawan kami masa kat UIA dulu. Sama kos dengan Ummi Na, Bahasa Arab. Ummi Na lupa nama isteri Zulkifli ni. Sorry ye...hehehe. Kalau tak silap Ummi Na, mereka sekarang mengajar di Sarawak.

inilah pasangan mempelai Zulkifli + ..................?

Pastu kami ke Pasir Mas, menghadiri walimah Mior Isfandy dan Nor Azuni. Hah, pasangan kedua ni sama-sama belajar di UIA, satu batch dengan kami. Memang "kamcing" sangat pon hehehe. Kat sana jumpalah pula dengan kawan-kawan lama kami. Yang lucu pula, masa balik tu tayar kereta salah seorang kawan kami ni masuk longkang. Mujur ada ramai kawan-kawan yang turun padang bantu keluarkan tayar kereta tu.

Pasangan Mior Isfandy & Nor Azuni

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...