:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, July 14, 2013

Menu Sahur & Berbuka (2)

 ummi buka nuffnang, wahh...bulan puasa ni ramai yang godek-godek pasal makanan kan?
Tengok atas tu...ada pizza roti gardenia, ada puding laici, puding mangga...

bila buka blog, sama juga. Ramai yang mencari resepi untuk berbuka dan bersahur nanti. Di sini ummi sertakan link-link untuk anda yang masih mencari-cari resepi untuk berbuka dan bersahur ya :-

Untuk pencuci mulut, boleh singgah sini

Anda suka Nasi Ayam? Jom singgah sini

Jangan lupa buatkan anak-anak anda Pizza Roti Gardenia ya.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


Ujian Ramadhan


Salam Ramadhan semua.

Baru berkesempatan buka blog hari ini. Semalam sempat juga ummi menjengah beberapa orang sahabat. Alhamdulillah, dapat berjumpa Ramadhan 1434 ini. Semoga ummi diberi kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan jayanya.

Awal-awal Ramadhan, ummi diuji dengan sakit. Ya, sakit belakang seperti selalu. Namun sakit kali ini sangat kuat, hingga ummi tidak berdaya untuk bangun. Hanya terlantar atas katil selama 3 hari. Ujian lagi apabila air di bilik ummi tingkat atas tiada air. Maka, anak solehah ummi lah yang memapah ummi ke bilik air di tingkat bawah ketika ummi hendak mengambil wudhuk ataupun membuang hajat.


Hari ini (14.07.2013) ummi dapat MC dari doktor. Alhamdulillah, bolehlah ummi berehat dan kembalikan semula kecergasan ummi hehe. Doakan ummi ya kawan-kawan semua.

p/s : teruja melihat RAH di BAi serta masakan Ummu Muhammad yang sangat menyelerakan (^__^)

Thursday, July 04, 2013

Menantu Oh Menantu

29.06.2013
Kami menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga. Adik perempuan ummi selamat mendirikan masjid bersama pilihan hatinya. Alhamdulillah, ummi mendapat seorang lagi adik ipar. Satu-satunya adik ipar lelaki hehe. Majlis kenduri malamnya selepas akad niqah selepas Maghrib. Sekaligus merupakan Majlis Sambut Menantu adik ipar ummi yang baru bernikah bulan April hari tu. Tahun ini (setakat ini), kami menerima 2 orang ipar dalam keluarga.

Alhamdulillah, dapat pulang meraikan hari bahagia adik-adik. Syukur sangat kerana dapat juga menyumbangkan tenaga dan masa bersama-sama keluarga menjayakan majlis bersejarah ini. Ummi bahagian hias bilik pengantin dan makan beradab hehe.

 Pengantin Baru

Sobrie Shah & Nor Badariah (purple)
*****
Saida Diyana & Azrul Hairi (pink)

Kami bersama pasangan masing-masing.
(adik ummi lagi seorang dan pasangan tiada dalam gambar kerana adik ipar baru bersalin)
* Mama dan papa baby Adam....

5 orang telah berkahwin, ada lagi 3 orang belum mendirikan masjid..

Wednesday, July 03, 2013

Cucu Atok (2)

* dedikasi istimewa buat adinda2 yang dikasihi, 
Mohd Aidil dan Intan Nurul Hikmah

 Assalamu'alaikum semua.
Nama saya Adam Al-Mujahid.
Saya lahir pada 27 Jun 2013 yang lalu.
Hari ini saya genap berusia 7 hari

 Saya bersama Abi Sob, Ummi Na dan Ummi Bada di rumah nenek
Mereka semua Pak Sedara dan Mak Sedara saya

 Kak Long Auni memang sayangkan saya.
Dia suka dengan boboiboy

 Kak Long Auni sempat buat 'peace'

 Doakan saya agar faqih dalam agama, menjadi pejuang agama satu hari nanti, dan menjadi anak soleh buat mama dan papa saya ya

Love you Kak Long Auni =)

Auni Nafeesa vs Adam Al-Mujahid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...