:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, January 08, 2013

Pencapaian TM Minggu Pertama 2013

Ya, satu permulaan yang baik untuk TM dalam minggu pertama awal 2013 ni hehe. Sebelum tu, ummi mohon kawan-kawan yang singgah sini silalah jawab 2 soalan di kotak sebelah kanan bawah iklan Nuffnang tu ye (^__^)
v
v
v
v
v
v


Minggu pertama tahun 2013 ni, berikut merupakan pencapaian Teratak Mawaddah :

 turun - naik - turun - naik
huwaaa....


Cuba tengok draft tu....hehe. 
Erm, berbaloilah dengan TM ni yang jarang di update. Ummi pun agak slow BW sejak dua menjak ni. Apa pun, jutaan terima kasih kepada mereka yang rajin singgah dan beri komen, ataupun sekadar singgah tanpa memberikan sebarang komen hehe.

carian ramai dalam minggu ini ialah

Jom klik dan singgah di blog USK. Memang tak rugi. Ummi dah praktikkan apa yang ada dalam tu, alhamdulillah berkesan.


A.Y.A.M sekali lagi

A.Y.A.M = AYAM

Siapa tak kenal ayam? Angkat tangan....Awak tak kenal ayam lagi? Tak apa, buka internet. Taip Google, kemudian taip perkataan AYAM. Macam-macam ayam ada. Ayam Kampung, Ayam Bandar, Ayam Panggang, Ayam Goreng, Ayam Kukus, Ayam Pencen...

* melalut...hehe

Petang semalam ummi bakar Ayam Rosemary sebagai lauk berbuka puasa abah. Rupanya abah dah beli Tom Yam Ayam. Ummi bakar jugalah ayam tu sebab dah perap semalaman kan. Lagipun banyak sayur-sayur yang dah diperap sekali. Ummi ingat nak makan sekali dengan abah lah kan, tetapi malangnya sampai pagi ni ummi tak makan nasi lagi huhu. Malam tadi sakit dan letih campur aduk, akhirnya ummi tertidur tanpa menjamah apa-apa makanan huhu. Perut ni berkeroncong habis.

Tengahari ni pula ada temujanji dengan doktor di HUSM. Ummi tak ingat dah beritahu atau belum bahawasanya ummi sudah 2 tahun tidak didatangi CIK 'P' =_=. Tiap-tiap bulan sakit senggugut ada, tetapi Cik P tak keluar juga huhu. Ya, 2 tahun Cik P tak datang. Apa sekalipun, doakan yang terbaik ya kawan-kawan semua. Terlalu besar harapan ummi agar Cik P yang dirindui kembali semula huhu....

Jumpa lagi........
(sakit-sakit pun bisa menaip...hebat tu..)

***************************************************

klik SINI untuk membeli
terima kasih.

Monday, January 07, 2013

Air Liur Meleleh

mood : T.E.R.L.I.U.R

Buka blog orang lain, semua pasal makanan. Buka FB pula, kebanyakan kawan-kawan post pasal makanan. Waduh, meleleh air liur ni. Sedap-sedap belaka. Tapi dalam banyak-banyak tu, ummi sangat berkenan dengan Choclova Tiramisu yang dibuat oleh Chef Jemari Asmara dan Pavlova yang didatangkan khas dari Bayt Al-iman (^__^)

MashaAllah, hebat-hebat betul 2 orang chef ni masak. Ummi terasa cemburu pula. *cemburu yang baik tak mengapa hihi. Terasa nak berguru dengan mereka. Sila tunjuk ajarku SIFU =) Kak Zefa dan Ummu Muhammad sengaja hendak membuatkan air liur ummi meleleh ya? kihkih.

Dah lama ummi pendam hasrat nak buat kedua-duanya. Dessert yang sangat sedap untuk dimakan sejuk-sejuk, kan? Nampak gayanya kena gagahkan diri juga nak ke pasaraya mencari bahan-bahan yang diperlukan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ummi sahut cabaran 'nafsu makan' ni supaya segera membuat Choclova Tiramisu dan Pavlova. Okey....in shaa Allah BOLEH.

Untuk whipping cream tu, ummi tak pernah beli lagi sebelum ni. Sebab ummi tengok-tengok ada juga yang takde logo HALAL Jakim. Tapi boleh rujuk SINI juga ya. TQ kak Zefa atas perkongsian ilmu!

**************************************


berkenan dengan t-shirt ini?
KLIK SINI ya (^__^)


Sunday, January 06, 2013

Syafaakillah ya Solehah

aksi 'berani' anakanda solehah

Ketika entry ini ditaip, ummi baru sudah merendam auni dalam baldi. Auni demam sejak petang kelmarin. Ummi masih belum beri ubat dan bawa ke klinik. Ummi hanya rendam auni dalam baldi. Kadang-kadang ummi alirkan air paip atas kepala dia lama-lama. Biar turun suhu tu.

Walaupun demam, mulutnya tak henti-henti bercerita itu-ini. Macam-macam yang diceritakan sampai ummi kadang-kadang hampir terlelap hihi. Malam semalam dia ajak ummi main lego. Ummi bina juga 1-2 bentuk untuk dia. Lepas main lego, dia nak dengar lagu nasyid kesukaannya tu. Ummi pasangkan sebentar je. Sedang khusyuk layan nasyid, boleh pula dia terlelap.

Esok andaikata demam dia masih belum kebah, ada kemungkinan ummi nak ambil cemas. Kasihan pula tengok keadaan dia malam ni. Mata dah kuyu (dah lah mata tu memang kuyu, bertambah kuyu jadinya), bibir pula merah-merah, badan pun masih panas lagi. Auni kalau demam, memang dia akan merengek dan terlebih manja hihi. Minum susu kuat, tapi air masak kurang. Dia memang payah sikit kalau suruh minum air masak.

Minggu ini sudah mulai padat dengan aktiviti. Esok malam abah start mengajar tuisyen, dan hari-hari seterusnya kelas mengaji akan bermula seperti biasa. Pasti riuh teratak kami dengan abang-abang dan kakak-kakak auni nak mengaji hehe. 

Doakan kesihatan anakanda solehah ya kawan-kawan (^__^)

* T-shirt muslimah terbaru masih ada. Sesiapa berminat, boleh KLIK SINI ya...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...