:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, January 05, 2013

Nasi Mentega & Ayam Bakar Rosemary

Dah lama rasanya tak masak yang special hehe. Hari ni ummi masak Nasi Mentega dan Ayam Bakar Rosemary. Alhamdulillah, percubaan kali pertama buat Ayam Bakar Rosemary tu hihi. Dah lama sangat mengidam nak buat, asyik tak sempat je huhu. Pagi tadi sebelum abah keluar, ummi minta tolong abah belikan ayam. Sementara tunggu abah dan ayam balik, ummi menanak nasi.

 Nasi Mentega yang sangat mudah dan ringkas.
- Tumis kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan bawang putih dengan sedikit mentega
- Bila naik bau, masukkan beras yang dah dibasuh terlebih dahulu
- Masukkan dalam rice cooker, tambah air seperti biasa
* masukkan juga 1 kiub ayam knorr

Untuk resepi, boleh rujuk SINI dan SINI ye =)
Tapi ummi ikut suka hati ummi je sebenarnya. Ambil mana yang ada di dapur je.

- 3 ketul paha ayam
- 3/4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu besar daun rosemary
- 1 sudu besar oregano
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar madu asli
- 2 sudu besar minyak
- 2 sudu besar jus limau nipis
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji bawang besar (dipotong 6)
- 3 biji ubi kentang, 1/2 biji lobak merah dan tomato baby secukupnya
(sukatan bahan ikut sendiri ye...ini agak2 ummi)

Cara :
- rebus ubi kentang 1/2 masak. Ubi kentang dipotong 4. Bila dah 1/2 masak, angkat dan toskan airnya. Lobak merah dipotong bulat.
- basuh ayam dan toskan airnya. Goreng bawang putih dengan sedikit minyak hingga kekuningan. Kemudian, angkat dan tumbuk hingga lumut dengan sedikit garam.
- Masukkan pula halia, daun rosemary, oregano dan lada hitam. Tumbuk dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ayam
- Campurkan kicap, madu, gula dan minyak menggoreng bawang tadi dan lumurkan ke ayam hingga rata. Lebihan bahan perap ini boleh dilumurkan pula ke atas ubi, lobak dan tomato
- Perap paling kurang 1 jam sebelum dibakar
- Panaskan oven : 180 - 200 darjah celcius (ummi 190C)
- Susun ayam, ubi kentang dan lobak di atas dulang pembakar. Ummi lapik dengan aluminium foil terlebih dahulu
- Bakar selama 30 minit, kemudian keluarkan bekas dan curahkan sedikit bahan perapan tadi ke atas ayam. Tidak perlu banyak kerana ayam tadi akan keluarkan air dengan sendiri...eheh =)
- Pada waktu ini boleh masukkan tomato baby yang diperap tadi.
- Bakar lagi 30 minit atau sehingga ayam masak.
- Keluarkan dari oven. Ambil air yang keluar dari ayam tadi dan masukkan ke dalam periuk. Panaskan di atas api sederhana (ummi tambah 1/2 sudu tepung gandum) dan masak hingga kuah pekat.
- Susun ayam, ubi kentang, lobak dan tomato baby ke dalam pinggan. Curahkan kuah tadi ke atasnya.

 

Selamat mencuba (^__^)

* nanti ummi upload gambar nasi dan sup......


Friday, January 04, 2013

Masakan Hujung Minggu @ Teratak Mawaddah

Hujung minggu tiba kembali. Waktu yang amat dinantikan setelah 5 hari berperang dengan kerja-kerja ofis hihi. Waktu untuk bersantai bersama abah dan auni solehah. Hujung minggu di tahun baru ini, sekitar jam 11.30pagi kami menerima kunjungan tetamu. Kawan abah di sekolah lama datang bersama isteri dan anak. Agak malu apabila kami hanya menghidangkan air teh, kek pisang dan biskut gula T_T. Tiada apa-apa dalam peti ais untuk dihidangkan kepada mereka huhu. Selalunya ummi ada juga bekalan mee dalam peti. Bolehlah buat mee sup ke, mee kuah ke, tak pun paling kurang mee goreng.

Hari ini ummi dan auni masak hihi. Dah lama tak masak rasanya. Jadi, hari ini kami masak yang ringkas. Ayam bakar dan sayur campur. Ayam tu ummi rebus sebentar sebelum bakar. Jadi, air rebusan ayam tadi ummi jadikan sup. Cuma tambahkan bawang besar yang dimayang, sedikit kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Mudah je kan?

 Alhamdulillah, hari ini unni berjaya masak. Yeay, thumbs up!

 kawan-kawan, ayam ini dibakar tidak terlalu kering ya. Bakar sebentar sahaja :
Bahan-bahan nak perap ayam adalah
- bawang putih
- halia
- lada hitam
- serbuk oregano
- garam
- madu
- kicap cair
- sedikit perahan limau kasturi/limau nipis

 ini pula sayur campur kesukaan auni (^__^)
- carrot
- brokoli
- kacang peas
- tomato baby (yeke? eja gini?)

* tumis dengan bawang putih yang ditumbuk dengan sedikit lada hitam. 
Ummi tambahkan 1/2 kiub tom yam

Alhamdulillah. Jemput makan kawan-kawan
* gambar sup tiada kerana ummi malas nak ambil dalam periuk hehe

pssst : jom cari buku resepi yang best-best



Tuesday, January 01, 2013

Ini Dunia Kerjaku

Inilah rutin kerja ummi ketika tsunami melanda hehe. Maksudnya, kerja bertimbun-timbun. Jom tengok apa yang ummi buat seminggu dua ni. Kerja yang membuatkan ummi loya+mabuk+pening+sakit seluruh urat badan. Tak tentu juga tsunami ni melanda. Kadang-kadang 3 bulan sekali. Tetapi minggu lepas dan minggu ni memang tsunami gila-gila lah....huhu.

 meja ummi yang bersepah. Ini dah kemas sikit lah sebab kerja dah siap hampir 90%
Kalau tak, memang penuh atas meja ni dengan fail-fail peserta PBR.
Lupa nak bagitahu, ummi ni kerani Unit Program Khas. Salah satu kerjanya, ummi jaga 
Program Bantuan Rumah.

 ini adalah sebahagian data yang perlu ummi kemaskini. Senarai peserta yang menerima bantuan dari tahun 2010 hingga 2012. Ummi tak snap gambar fail sebab semua fail dah kembali pada kedudukan asal (dalam kabinet) hehe.

 Nampak? Berpinar mata ummi tengok tulisan kecil-kecil tu. Kena check betul-betul sebab nak tengok selari tak dengan belanja setakat ni. Pening tengoknya huhu. Ini lah yang ummi ngadap seminggu dua ni sampai loya bagai nak rak....

 sila abaikan rupanya yang bersepah. Belakang tu adalah tempat simpan fail-fail yang ummi guna. Nampak sangat pemalas nak kemas ye hehe. Ini pun tak siap kemas lagi, hiasan lagilah takde.

 ini laptop kesayangan yang banyak berjasa. Ummi lebih suka buat kerja di laptop sendiri. Biarlah berat bahu nak usung laptop, asalkan puas hati hihi. Orang lain guna komputer ofis, ummi guna laptop peribadi.

Biskut yang setia atas meja. Botol air Angry Birds tu ummi punya ye, bukan auni hehe.

Syukur, berbaloi-baloi buat kerja guna laptop sendiri ni. Kerja ummi hampir 90% siap. Alhamdulillah...


Raudhah At-Taqwa

Entry pertama di Tahun Baru 2012

Susulan entry R.A.T di Bayt Al-Iman

Sejak pindah ni, ummi masih belum mendeko bilik anakanda solehah T_T. Bilik auni terbiar sepi. Hanya ditemani bakul-bakul kain yang membukit tidak berlipat hehe. Bilik Auni secara officially dijadikan bilik untuk melipat kain. Timbunan kain belum berlipat memenuhi biliknya. Kadang-kadang ummi dan abah akan solat di situ.

Waktu malam, biasanya anakanda solehah ni tidur di depan tv. Abah akan bentang toto auni. Awal pagi mesti dia terjaga dari tidur dan berlari masuk bilik ummi abah. Erm, entah bila agaknya nak belajar tidur bilik sendiri ye hihi.

Ummi terjah di Ikea Online. Waduh, banyaknya barang-barang yang menarik. Rambang mata jadinya =_= Itu nak, ini nak. Walhal duit tidak banyak mana. Ye, sila ukur baju di badan sendiri (pesan abah)


 Lampu tidur pilihan ummi

ini juga (^__^) 
harap-harap abah izinkan ummi beli



Masih belum ada keputusan nak cat bilik Auni dengan warna pink huhu. Abah senyap sepi hihi. Itu tandanya...? Abang, sila beri keizinan untuk ummi beli lampu-lampu ni ye? hihi.

* dah lama taip entry ni tapi baru ni boleh pos huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...