:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, April 12, 2012

Puding Mangga Berkuah Kastard

Semalam ada jamuan di ofis. Ummi berkira-kira nak buat puding dan koktel sahaja. Hari tu dah buat puding laici, kali ni ummi nak buat puding mangga. Bahan-bahan adalah seperti berikut :


Bahan-bahan :-
- 30gm agar-agar tali
- 750ml jus mangga (Marogold-Peel Fresh)
- 350ml susu segar (Goodday)
- 350gm yogurt perasa peach & mangga
- 500ml air
- 7@8 sb gula pasir (kalau nak manis, lebihkan gula)
- 1 biji buah mangga dipotong dadu


Cara memasak :-

  1. rendam agar-agar lebih kurang 2 @ 3 jam. Tujuannya supaya agar-agar cepat larut ketika masak nanti
  2. Panaskan 500ml air di dalam periuk. Apabila hampir mendidih, masukkan agar-agar dan kacau hingga larut
  3. Masukkan pula gula pasir. Bila dah sebai semua bahan, tutup api
  4. Masukkan pula jus mangga, susu segar dan yogurt ke dalam periuk.
  5. Masukkan potongan mangga ke dalam mould agar-agar. Tuangkan pula agar-agar tadi ke dalamnya
  6. Bila dah hampir sejuk, masukkan ke dalam peti ais.


ummi hidangkan bersama buah-buahan koktel. Ambil isinya sahaja, tabur di atas dan sekeliling agar-agar yang telah disusun ke dalam bekas

Curahkan sahaja kuah kastard tadi ke atasnya (^__^)

untuk kuah kastard, boleh tengok SINI

Selamat mencuba.

Aktiviti @ Cuti Pertabalan Agong

menu sarapan pagi kami
auni : ummi wat apo mi?
ummi : ummi goreng mi ni....
auni : mi? wowwww......adik lapor lah. Nok mi.....

pencinta mi yang pantang nampak mee hehe

tengahari tu, abah memulakan sesi mendeko ruang tamu lagi (^__^)
memang tak hais-habis lagi dengan ruang tamu ni hehe

cuba teka berapa harga cermin tu?
abah beli di Pantai Timur dengan harga rm9.00/sebingkai

gambar yang diambil semasa hampir masuk waktu Maghrib.
Asalnya letak bingkai cermin tu di tengah sahaja. Tetapi ummi rasa macam tak berapa sesuai, jadi ummi minta abah letak 3 bingkai terus. Kebetulan memang "masuk" dengan warna tema teratak kami...

* cahaya lampu tu terlalu "terang" hingga tak nampak langsung rupa sebenar lampu bila ummi snap gambar hehe

Saturday, April 07, 2012

Blog Ustazah Siti Khadijah

Anda seorang guru?
Bagaimana hendak mendidik anak-anak murid yang lemah?
Jom kita singgah blog Ustazah Siti Khadijah


Pertama kali singgah blog USK, memang tersentuh hati ini membaca setiap tulisan beliau.


Banyak lagi di blog USK. Rugi jika anda tidak singgah sebentar di blog beliau.
Jom!!


Thursday, April 05, 2012

Ummi, adik baby nok tido!


* HARAP MAKLUM : setakat ummi menaip entry ini, ummi masih belum mengandung ye (^__^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...