:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, October 10, 2010

- Puding roti dengan biskut oreo -

wah...nampak sedaplah....minta sikit boleh?

Erm, ni 1st time sebenarnya ummi buat puding roti (malunye.....nampak sangat tak pernah buat puding roti kan?). Sebenarnya ummi buat ni pun sebagai PERCUBAAN je dulu. Esok ummi ada jamuan kat opis. Ummi ingat nak buat puding dan koktel je, senang+jimat+mudah lagi.

Resepi ni ummi olah semula ya. Ummi dapat dari blog UMMI juga hehehe. Tapi resepi ni ummi olah sikit, agar menepati citarasa ummi sekeluarga. Takpe, kan? Jom kongsi resepi ni.

Bahan-bahan :

· 8 keping roti putih (carik-carik sikit)

· 10 keping biskut Oreo (perasa vanila/coklat) - patah2kan

· 2 cawan susu segar @ susu cair

· 1/2 cawan gula pasir

· 2 biji telur

· 1/4 cawan mentega yang dicairkan

· 1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat :

1- campurkan telur, gula, esen vanila, susu dan mentega cair dalam bekas. Kacau sebati bahan2 tersebut.

2- sapu rata sedikit mentega pada dulang pembakar dan susun roti berselang-seli dengan biskut Oreo.

3- Curahkan bahan2 campuran (susu, telur dsb) ke dalam acuan tadi.

4- Bakar pada 180c selama 1 jam atau hingga bahagian atas agak kekuningan (ummi tak sampai sejam pun hehehe)

Saturday, October 09, 2010

- jejak kasih -

Aktiviti Jejak Kasih baru bermula. Petang tadi ummi, tokmi auni dan auni menjejakkan diri ke laman blog :-











Ummi namakan aktiviti Jejak Kasih sebab semua blog di atas tu blog adik-beradik abah (^_^). Jejak kasih sebab dah lama tak jumpa huhuhu. Rindunya,....terutama umi. Ummi tolong ajar MIL cara2 nak cari laman blog semua2 tu.

Then, kami tengok FB semua adik-beradik dan sedare mare.


- nama dalam bulatan merah (mohd nuruddin) tu FB adik...

- see....kotak2 warna merah tu our siblings (^_^)

- antara album2 dan gambar2 kami :)


* sape2 yang ada FB tu...bolehlah add kami ye (^_^)
yie-ina klate

- cepatlah sembuh -

auni demam
- usia 3 bulan -


Macam chipsmore : kejap ada, kejap takde (^_^)

Demam auni pun macam tu. Kejap ada, kejap takde. Malam-malam pun kerap bangun. Mujur malam tadi lena sikit tidonya. Agaknya kena tido ngan tokmi baru lena kan dik?

Ubat pun payah nak makan sekarang ni. Kejap nak makan, kejap tak nak. Kadang-kadang elok je dia telan ubat tu. Kadang-kadang pula diluahkan semula ubat demam tu hehe. Ikut sape agaknya ni....?

Cepatlah sembuh dik. Ummi nak main-main lagi dengan adik. Tak bestlah kalau adik selalu nangis2 ni huhuhu. Oh ya. Auni demam tu nak boleh berjalan lah ni. Dia dah tatih 1-2 langkah je. Tapi satu perkembangan yang bagus. Chaiyok---chaiyok!!

** tak sabar tunggu auni jalan berpimpin tangan ummi (^_^)

Friday, October 08, 2010

- Auni demam -

- sekadar gambar hiasan -

AUNI DEMAM LAGI.

Petang semalam memang dah rasa badan dia suam-suam masa ummi ambil di nurseri. Kebetulan, ubat demam dia tertinggal kat rumah Pasir Mas. Malam tadi dia dah mula menangis-nangis tak sedap badanlah tu.

Ummi dodikan, dia tak nak tidur. Abah dodoikan pun tak nak juga. Begitu juga bila Tokmi Auni dodoikan, tak nak juga. Tidur pun kejap-kejap je. Last2, dalam pukul 1.30 pagi kami pergi Klinik Penawar sebab kesian tengok dia menangis tak henti-henti. Mata pejam, tapi mulut berbunyi. Yang hairan bin peliknya, masuk kereta je Auni diam terus. Ummi bagi susu, dia tertidur dalam kereta (walhal dekat je klinik tu....)

Mujur tak ramai orang. Ada 2 orang pesakit je dalam klinik tu. Bila giliran Auni, muka dia cuak sikit masa doktor ambil suhu badan dia heheh. Mujur 28 darjah celcius, tak tinggi. Tapi memang ummi dah risau sebab dia menangis tak henti-henti. Paru-paru okey. Tiada demam denggi sebab kalau denggi, orang tu tak batuk dan selsema. Cuma demam je.

Balik klinik, terus bagi ubat batuk dan selsema je. Ubat demam (abtibiotik) ummi tak bagi dia makan. Mujur pagi ni demam dah kebah sket. Alhamdulillah...............

** pagi tadi dia tido pukul 4.30pagi.......


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...