:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, June 25, 2015

Top 5 Senarai Juadah Berbuka dan Bersahur

8 Ramadhan dah hari ini...alhamdulillah :)

Anda mencari-cari resepi istimewa untuk juadah berbuka atau bersahur? Tak tahu nak masak apa? Mari ummi tolong anda hehe. Bukan tolong masakkan, tetapi ummi nak berkongsi resepi Dapur Mawaddah untuk anda semua.

Top 5 resepi istimewa yang seringkali diterjah oleh pengunjung di sini :-

1-  Kek Tiramisu ( update : 08 Mac 2014 )** hot..hot..hot
2- Nasi Ayam TM ( update : 27 April 2012 )
3- Roti Berinti Daging ( update : 08 Mei 2015 )
4- Puding Triffle ( update : 4 Ogos 2012 )
5- Moist Orange Chocolate Cake ( update : 18 Mei 2011 )

Harap-harap senarai ni dapat memberikan anda ilham hehe.
 

 

Wednesday, June 24, 2015

Gabungan Vitamin C dan Vitamin E Untuk Kulit Cantik


Tetiba rasa nak update pasal Vitamin C dan Vitamin E dalam blog ni hihi. Walaupun dah lama makan vitamin c, tapi tak pernah pun update dalam blog.

Ummi ni memang suka makan buah tapi jarang beli. Aaa....macam mana tu? Kalau beli buah pun selalu buat jus. Dikisar dengan satu sudu gula je. Makan buah memang best. Hahaha.....

Tapi agak² cukup tak khasiat dan vitamin yang ummi makan? Erm...tak cukup tu. Biasanya vitamin c ni memang sinonim dengan buah oren hihi. Kan? Kan? Kan?

Dengan adanya vitamin c keluaran Shaklee ni, sebiji sehari dah cukup untuk keperluan ummi. Haaa...best kan? Sambil tu, kalau diamalkan makan secara konsisten..wajah kita akan cerah sekata, berseri, gebu, halus.

Vitamin e pula antara fungsinya adalah melembapkan kulit dan menghilangkan parut. Wajah yang kusam akan nampak segar bermaya. Dua gabungan ni memang meletop lah untuk dapatkan kulit yang cantik.

Banyak lagi keistimewaan vitamin c dan vitamin e Shaklee ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, whatsapp ummi 019-7289397 sekarang. Kita sembang² pasal vitamin cantik ni.

SID
Saida Marlina bt Mohd Mohtar

Tuesday, June 23, 2015

Ayam Madu Berempah



Psstt...pagi ni terlewat bangun. Jadi tak sahur huhu. Bangun tepat-tepat masa azan Subuh berkumandang ;)

Petang semalam ummi buat Ayam Madu Berempah.
Dah tak tahu nak buat apa. Kebetulan ada ayam kat peti ais, jadi paling mudah kita panggang aja. 

Bahan-bahan :
- 2 ketul peha ayam (macam dalam gambar)
- 3 ulas bawang putih (ummi suka lebihkan bawang putih) *
- 1 sk lada hitam *
- sedikit serbuk oregano
- sedikit serbuk rosemary
- 1 sk serbuk cili (nak lagi pedas, lebihkan serbuk cili)
- perasa kohilal
- 2 sb minyak zaitun
- sedikit kicap cair
- 3 sb madu

Cara-caranya :
1- Basuh ayam dan toskan airnya
2-Tumbuk bahan yang bertanda ( * )
3- Masukkan dalam bekas ayam. Masukkan oregano, rosemary, serbuk cili, perasa kohilal, minyak zaitun, kicap cair dan madu. Gaul rata biar sebati dengan ayam. Perap paling kurang 1 jam sebelum dibakar. (ummi tak sempat nak tunggu sejam pun semalam)
4- Bakar dalam pemanggang ajaib hingga masak.
5- Sedia dihidang (^__^)

Resepi Telur Dadar Cintahati akan menyusul.......

* tak perlu risau makan banyak sebab ummi makan herblax dan lecithin pula lepas tu. Detox semua yang tak diperlukan oleh badan haha..........
 * mari whatsapp ummi untuk dapatkan supplemen yang sesuai 019-7289397

Monday, June 22, 2015

Princess Solehah Terkini

 Sedar tak sedar, hampir 6 tahun bergelar ummi kepada puteri solehah cinta hati ummi abah ni. Dah lama tak update perkembangan terkini buah hati kami. 
Satu-satunya (setakat ini) yang menjadi jantung hati, intan payung, permata hati, 
pengubat duka lara kami berdua. Hahaha.......

 Asal naik kereta, 3 benda yang dia suka buat :-

1- Dengar radio/lagu nasyid (lagu kesukaan dia yang terkini 'Kun Anta'. 
Ok, dah hafal lagu tu haha
2- Baca buku (kemudian dia akan buat kuiz/teka-teki untuk ummi dan abah)
3- Tidur ;p

 Kak Long dah boleh mengeja dan menulis.
Hatta kalau laptop terpasang, siaplah dia akan taip upin-ipin dalam youtube huhu.
Kalau di rumah, ummi akan pesan agar laptop tu hanya boleh buka lepas Solat Isyak 
(Solat Maghrib berjemaah dengan ummi, mengaji Iqra', hafaz surah, Solat Isyak)
Sekarang ni dia baru baca Iqra' 5.

 Suka bercerita & banyak bertanya.
Asal balik sekolah je, mesti ada cerita yang dia nak bagitahu kat ummi dan abah.
Makan apa di sekolah, belajar apa, main apa, cerita tentang cikgu, 
cerita tentang kawan-kawan, cerita tentang segalanya.
Sampaikan ummi "tak larat" nak dengar hehehe. Tapi, layankan ajalah.


Semoga membesar sebagai srikandi solehah, mukminah sejati anakku.
Auni Nafeesa binti Mohd Fikry

Air Detox Untuk Kesihatan & Kecantikan

 Air detox ataupun "infused water" ni memang ummi selalu amalkan. Sangat sesuai untuk ummi yang "malas" dan "payah" nak minum air masak kosong semata-mata :p 
Biasanya ummi buat malam, keesokan hari bawa ke opis.


Cara nak buat pun mudah sangat. 
Boleh guna apa sahaja jenis buah, sayur, dan rempah ratus. Biasanya ummi guna buah lemon, oren, epal hijau, limau nipis dan limau kasturi.
Cuma hiris buah-buah yang kita inginkan, masukkan dalam botol kaca/plastik/botol air. Kemudian tuang air masak. Simpan dalam peti ais lebih kurang 5 jam sebelum minum.
Tak perlu tambah gula ya.

Kalau anda nak turunkan berat badan, bolehlah cuba yang ini :-
- seuncang teh hijau
- sebiji lemon
- sesudu madu
atau 
- seuncang teh hijau
- daun pudina
- sebiji limau nipis

Campurkan bahan-bahan tersebut dengan air masak/air mineral ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais 5 jam sebelum diminum.

Boleh refer blog Kak Ita masam-manis dan aynorablogs ya ;)

Selamat mencuba (^__^)

* air detox ni boleh refill 2x....

Sunday, June 21, 2015

Puasa "krik...krikkk...."

Kita puasa hari ni. "Sahur" pukul 7.00 pagi tadi.
Lepas sahur, kita sambung tidur semula. 
Nanti ummi kejutkan untuk pergi sekolah.


"SALAM RAMADHAN AL MUBARAK"
Ikhlas : Teratak Mawaddah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...