Sedar tak sedar, hampir 6 tahun bergelar ummi kepada puteri solehah cinta hati ummi abah ni. Dah lama tak update perkembangan terkini buah hati kami.
Satu-satunya (setakat ini) yang menjadi jantung hati, intan payung, permata hati,
pengubat duka lara kami berdua. Hahaha.......
Asal naik kereta, 3 benda yang dia suka buat :-
1- Dengar radio/lagu nasyid (lagu kesukaan dia yang terkini 'Kun Anta'.
Ok, dah hafal lagu tu haha
2- Baca buku (kemudian dia akan buat kuiz/teka-teki untuk ummi dan abah)
3- Tidur ;p
Kak Long dah boleh mengeja dan menulis.
Hatta kalau laptop terpasang, siaplah dia akan taip upin-ipin dalam youtube huhu.
Kalau di rumah, ummi akan pesan agar laptop tu hanya boleh buka lepas Solat Isyak
(Solat Maghrib berjemaah dengan ummi, mengaji Iqra', hafaz surah, Solat Isyak)
Sekarang ni dia baru baca Iqra' 5.
Suka bercerita & banyak bertanya.
Asal balik sekolah je, mesti ada cerita yang dia nak bagitahu kat ummi dan abah.
Makan apa di sekolah, belajar apa, main apa, cerita tentang cikgu,
cerita tentang kawan-kawan, cerita tentang segalanya.
Sampaikan ummi "tak larat" nak dengar hehehe. Tapi, layankan ajalah.
Semoga membesar sebagai srikandi solehah, mukminah sejati anakku.
Auni Nafeesa binti Mohd Fikry
Besar dah kak long..
ReplyDeleteAuni Nafeesa binti Mohd Fikry anak solehah. Aamiin..