:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, June 22, 2015

Air Detox Untuk Kesihatan & Kecantikan

 Air detox ataupun "infused water" ni memang ummi selalu amalkan. Sangat sesuai untuk ummi yang "malas" dan "payah" nak minum air masak kosong semata-mata :p 
Biasanya ummi buat malam, keesokan hari bawa ke opis.


Cara nak buat pun mudah sangat. 
Boleh guna apa sahaja jenis buah, sayur, dan rempah ratus. Biasanya ummi guna buah lemon, oren, epal hijau, limau nipis dan limau kasturi.
Cuma hiris buah-buah yang kita inginkan, masukkan dalam botol kaca/plastik/botol air. Kemudian tuang air masak. Simpan dalam peti ais lebih kurang 5 jam sebelum minum.
Tak perlu tambah gula ya.

Kalau anda nak turunkan berat badan, bolehlah cuba yang ini :-
- seuncang teh hijau
- sebiji lemon
- sesudu madu
atau 
- seuncang teh hijau
- daun pudina
- sebiji limau nipis

Campurkan bahan-bahan tersebut dengan air masak/air mineral ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais 5 jam sebelum diminum.

Boleh refer blog Kak Ita masam-manis dan aynorablogs ya ;)

Selamat mencuba (^__^)

* air detox ni boleh refill 2x....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...