jom ramai-ramai kita join segmen yang dianjurkan oleh izan mama mia ni (^_^)
"Perkenalan ummi dan abah auni bermula semasa kami menuntut di UIAM kira-kira 8 tahun yang lalu. Ummi dan abah auni dalam satu persatuan dahulu, namun kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Sehinggalah, pada suatu hari di mana ia menjadikan titik permulaan dalam perhubungan kami. Ketika tu, hujan rintik-rintik. Ummi dan beberapa orang kawan menunggu kereta kawan yang akan menjemput kami untuk ke rumah seorang warga emas.
Rupa-rupanya abah auni yang menjemput kami. Dalam kereta ummi tak bercakap langsung walhal ummi duduk depan yakni di sebelah abah auni. 4 orang rakan ummi duduk di bahagian belakang. Cuma ummi ingat, satu soalan je yang abah auni keluarkan "Sejuk ke? Tak boleh kena air-cond?" hehehe. Sambil tergagap dan mungkin gugup, ummi hanya menggelengkan kepala.
Sejak kejadian itu, barulah ummi tahu sedikit-sebanyak perihal abah auni ni. Rupanya salah seorang AJK Kebajikan yang agak terkenal dalam persatuan juga. Ummi yang tak terperasan. Sehinggalah pada suatu hari, ummi menerima mesej daripada abah auni yang menyatakan hasratnya untuk menjadikan ummi suri di hatinya (^_*) Sebelum tu ummi sedang Solat Dhuha.
Alhamdulillah, berkat doa restu kedua belah pihak, kami mengikat tali pertunangan pada bulan Ogos 2008 sebelum disatukan dalam ikatan pernikahan pada 20 Disember 2008. Kami bahagia sehingga kini di kala usia pernikahan menginjak ke-4 tahun dan teratak kami diserikan dengan keletah manja puteri tunggal (setakat ini) yang bernama Auni Nafeesa, 3 tahun.
Semoga kami terus bercinta dan berkeluarga hingga ke syurga.
Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga. Insyaallah Amin.
ReplyDeleteterima kasih UI atas doanya :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteromantik nyerrr...semoga kekal keanak cucu insyaallah.
ReplyDeleteaameen..insyaAllah kak :)
Deletedpt bayangkan ka ina malu2 gitu..selamat bercinte sampai syurga buat ummi n abah auni!
ReplyDeletealhamdulillah...malu2 pun, kini jadi suami isteri hehe
Deleteterim kasih..sudi sertai...mama mia dh folo sini..
ReplyDeletesemoga mahligai yg dibina kekal hingga syurga...amin..
dan dikurniakan ramai zuriat.best baca ...
(klik pada nama mmg tk sampai sini sbb 'profil tidak tersedia'...harap nanti letak link..senang nak datang sini selalu...)
terima kasih mama mia :)
Delete* ok...dah letak link hehe
dtg BW dan follow sini dari segmen yg sama. 353. moge bahagia hingga ke syurga. ;)
ReplyDeletehttp://farizafairuz.blogspot.com/2012/05/segmen-imbau-kenangan-saat-sah-jadi.html
terima kasih....insyaAllah saya akan balas kunjungan anda :)
Delete