:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, December 10, 2010

- Telur Bingkisan Rindu -

Malam kelmarin, ummi masak simple sangat.
Kat rumah takde stok ayam, daging, apatah lagi udang, sotong, ketam....huhuhu.
peti ais kecik je, mana cukup nak masukkan semua tu....

Tengok kat dapur, cuma ada telur 6 biji.
Maka, setelah puas fikir nak masak apa dengan telur tu,
terciptalah

"Telur Bingkisan Rindu"

*

*

*

*
Bahan2 :-

- 4 biji telur (goreng mata kerbau) tapi ummi lipat 2 telur tu
- 1/2 labu bawang besar (cincang bulat)
- 3 ulas bawang putih (cincang kasar)
- 1 sudu besar kicap cair (ummi guna kicap kipas udang)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili (ummi guna jenama HPA)
- 2 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu teh lada hitam (tumbuk kasar)
- 1 sudu sos tomatao (ummi takde sos tomato, ummi guna asam keping)
- 1/2 cawan air
- sedikit minyak untuk menumis
- garam, gula secukup rasa (ummi campur sekali serbuk perasa KOHILAL)

Cara memasak :-

1- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak
2- Masukkan kicap, sos tiram, sos cili, sos lada hitam dan sos tomato. Kacau sebati semua bahan.
3- Masukkan sedikit air, kacau lagi.
4- Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar dan bawang besar. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5- Akhir sekali masukkan telur mata kerbau, gaul mesra semua bahan tadi. Siap dah............

Simple sangat, kan? Semua boleh cuba.............memang sedap!

3 comments:

  1. salam umi na, kalau dapat makan gulai tempoyak ikan kembong sedap betullll.

    ReplyDelete
  2. BSB : erm, mmg sedap kak :) nanti kita try nak?

    ReplyDelete
  3. sedap.. kakyong prefer letak cili api... ;)

    kalo letak lada hitam pun sedap.. nanti bdn rasa sedap jer... ;)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...