Hari ni cuti.
Esok cuti.
Lusa pun cuti jugak.
Tapi...Esok ummi tak cuti dalam ertikata ummi tak rehat. Cuti tu kan untuk kita berehat dari pening-pening nak buat kerja opis...kan?
Waa....waa...Kerja banyak tak siap lagi. Lambakan laporan betul ke ayat ni menyesakkan mata dan dada ummi. Laporan bukan satu dua..tapi 3, 4, 5, 6 malah mungkin 10.
Laptop kesayangan ummi sangatlah lambat pula. Tadi ummi dah buat laporan sikit, tapi lambat sangat. Maybe RAM sangat rendah (1G) je..tu pasal dia merajuk sebab laporan ummi tersangat banyak dan memberatkan laptop.
Nampak gaya, esok ummi kena pergi opis nak buat kerja. Kalau tak...habislah ummi Isnin ni. Walhal laporan nak kena hantar Ahad ni huhu. Ummi baru bercadang nak berehat-rehat dengan Auni dan abah kat rumah....
** rasa segar dan nyaman lepas melabur...
kan ummi minum cinch dan makan lecithin (^_^)
- kesayangan ummi dan abah -
masa ni baru nak mula merangkak
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)