Assalamu'alaikum semua (^_^)
Usahakan juga untuk update blog ni. Ummi berkejar masa ni (nampak macam busy je kan?). Tapi itu hakikatnya. Cuti-cuti pun ummi masih buat kerja2 opis. Laporan kena hantar esok (due date) before nak submit kat Pejabat Negeri. Ummi kan baru tukar kat bahagian pengembangan tu. Banyak lagi yang ummi kena belajar. Kumpul laporan dari semua stesen, masukkan data dalam komputer. Masalahnya masih ada lagi satu stesen belum hantar laporan walaupun due date untuk stesen-stesen hantar laporan adalah 28hb yang lalu. Ini yang ummi pening ni.
Ummi maih belum ada mood nak cerita pasal family Shah Alam datang rumah baru-baru ni. Bukan apa, gambar-gambar family datang hari tu adik ummi belum masukkan dalam facebook dia. Hanset ummi kan rosak, tak leh nak tangkap gambar. So, adik ummi yang tangkap gambar. Kena tunggu gambar dia masukkan dalam facebook, ummi copy paste baru ummi akan cerita sket ye? (^_^)
Ummi ada cerita tak, yang dua minggu kebelakangan ni ummi susah nak tidur malam? Kalau tidur pun kadang-kadang jam 4@5 pagi. Lewat kan? Kadang-kadang tu, tidur-bangun tidur-bangun. Kalau dah bangun tu, payahlah sikit nak tidur. Terkebil-kebil biji mata, puas juga tawaf satu rumah. Baca surah-surah pendek, 3 Qul, ayat kursi pun mata masih tak mahu pejam. Ummi kejut abah pun, abah tak bangun. Ingatkan nak suruh dia teman ummmi yang tak boleh nak tidur ni huhu. Kadang-kadang tak tahu nak buat apa, ummi bukalah laptop. Ummi BW blog kawan-kawan ummi hehehe..
Bila dah tak tidur malam, esok pagi tu sakit kepala pulak. Kadang-kadang lepas solat Subuh, ummi tidur semula. Masuk kerja pun agak lewat lah. Selalunya ummi punch card pukul 7.40, dua minggu ni asyik 07.56 takpun 07.59 pagi. Dekat-dekat dah pukul 08.00 pagi huhu. Ummi kalau sakit kepala bukan sejam dua terus baik, kadang-kadang seharian pun belum tentu baik. Tapi ummi tak suka makan panadol atau pain killer. Biasanya ummi akan biarkan kepala ummi baik sendiri. Mujur tekanan darah stabil (^_^)
Minggu depan kawan ummi nak datang. Nak masak apa ya? Ummi teringin nak buat kek coklat. Dah 2-3 hari ummi asyik tengok resepi kek coklat kukus dari blog ummi ni hehehe. Dah salin resepi, cuma nak pergi cari bahan-bahan nak buat kek ni. Okey, bila dah jadi nanti ummi masukkan dalam blog ya.
* 07hb ni cuti sempena awal Muharram (^_^) nak pi mana ek??
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)