:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, July 30, 2010

- kawan baru Teratak Mawaddah -

Assalamu'alaikum semua. Haa, kali ni ummi dan abah nak mengalu-alukan dan memperkenalkan kawan2 baru Teratak Mawaddah :) Ummi Na kan suka jalan-jalan ziarah blog sana-sini. Di samping untuk mencari kenalan, Ummi Na suka nak mencari sesuatu yang baru dalam blog tu. Paling Ummi Na suka, mencari resipi makanan/minuman hihi. Juga perkongsian ilmu tentang dunia ibu bapa dan anak2...

Okey, kenalan baru kami yang pertama adalah Faizah+Asyraf+Aisya. Macam mana boleh kenal mereka ni? Hehe, kebetulan ummi baca blog Auni, Ummu Aisya ni tulis mesej tanya berkenaan ejaan Auni Nafeesa dalam jawi. Ummu Aisya ni berkenan dengan nama Auni Nafeesa. Tak sangka sama nama ngan anak kami, Auni Nafeesa tu hehe. Rupa-rupanya, akhirnya Ummu Aisya letak nama baby tu : Aisya Nafisa :) Lebih kurang kan nama anak-anak kami? hihihi. Alhamdulillah, ummi kan suka tambah kenalan. Jadinya dengan rasminya ummi terus jadikan blog mereka sebagai kenalan baru kami.



Okey, kenalan kami yang kedua adalah Arifin+Atiqah+Damia. Kami kenal blog ni masa Jalan-Jalan Cari Kawan (JJCK) di blog Ummu Iffah. Kebetulan ada 'Cute Lil Muslim and Muslimah Contest' bersempena hari lahir puteri mereka. Kami izinkan Auni masuk contest tu. Kebetulan
pengasas blog ni ialah walid Damia. Jarang kami tengok ayah menjadi author bagi blog untuk anak-anak ni. Syabas walid :) So, dengan rasminya kami menjadi follower blog Damia ni, sekaligus menambah lagi kenalan kami.


** jom JJCK lagi!!


- Selamat Hari Lahir Cik Ewa -


dedikasi untuk adinda Nor Najwa bt Mohamed

.: Selamat Hari Lahir yang ke-21 :.
- semoga redha Allah mengiringimu selalu
- semoga mendapat kejayaan dunia akhirat
- semoga bahagia dunia akhirat

dengan ingatan tulus ikhlas : Auni, Abe Yie n Kak Ina

Thursday, July 29, 2010

- Auni 11 bulan -

Hari ini, anak abah dan ummi dah berusia 11 bulan. Alhamdulillah, anak ummi dan abah ni semakin sihat dan cerdas serta cerdik dan manja :) Pada usia 11 bulan ni, Auni dah ada 2 batang gigi. Satu atas, dan satu bawah. Auni pun dah pandai merangkak. Lucunya, dia tak merangkak pun sebelum ni. Kiranya Auni ni pandai bangun dulu, baru merangkak. Terbalik tu hehehe.

Auni pun dah pandai :
- mengamuk bila tak dapat ikut pergi mana-mana
- dia tahu kalau orang di sekelilingnya nak pergi jalan/keluar rumah
- agah2/acah2 orang

Berat Auni pun dah 7.4kg sekarang ni. Ummi pun dah bagi dia minum susu Dumex Dugro perasa coklat. Auni masih minum bf, cuma sekarang ni dah kurang berbanding sebelum ni. Biasanya dia bf waktu petang dan malam sebelum tido (hari kerja). Kalau hari cuti, dia bf tak tentu. Ikut suka bila dia nak bf ummi.

anak comel bersama abah

semoga menjadi anak solehah, penyejuk hati ummi & abah

bersama ummi masa membeli-belah di Mydin

Wednesday, July 28, 2010

- makan angin tepi pantai -

4 beranak makan angin tepi pantai

Bila tengok gambar-gambar family abg long kat tepi pantai ni, tetiba rasa nak gi makan angin juga :) Seronok diorang ni rehlah pas habis exam ye! Dah lama kita tak gi pantai, kan Auni? Bila agaknya abah nak bawa kita jalan2 tepi pantai lagi ye? Ummi rasa nak gi Pantai Melawi @ Pantai Cahaya Bulan lah kali ni. Boleh tak bang?

Lagi best kalau kita dapat bakar2 ayam ke udang ke daging ke....buat BBQ kan? Ummi Na suka pergi pantai, sebab tenang dan damai je rasa. Dapat tengok ombak, burung2, gelagat orang ramai...seronoknya.

kak long dengan Nafi'
- cantik kan laut belakang tu...?

amboi, seronok bukan main diorang ni duk dalam air yang biru-biru hijau ni

kak long vs abg long :)

** teringat masa gi port Dickson awal2 kahwin dulu...hehehe


Tuesday, July 27, 2010

- tahniah wawa -

(update blog sambil2 buat keje opis...)

Ummi Na rasa terKEJUT yang teramat sangat bila dapat tahu yang kawan lama merangkap housemate masa keje kat Negeri Sembilan dulu dah kahwin. Hohoho, tak tahu pun yang dia dah kahwin. Wawa (nama panggilan) ni tak bagitahu pun kat kita...huhu sedihnya. Rupanya wawa dah sebulan kahwin. Alhamdulillah, dia dan Hairudin selamat jua diijabqabul.

Yang lucunya, maybe dia ingat Ummi Na dah tahu yang dia tu dah jadi isteri orang. Sejak Ummi Na bertukar ke Kelantan, kami memang lost contact. Awal2 dulu je kerap juga mesej. Lama-lama tu Ummi Na perasan juga, kenapa dia dah tak balas mesej/jawab call. Rupa-rupanya hanset wawa rosak. Nombor2 yang ada dalam tu tak dapat diselamatkan. Erm, maybe dia tak save nombor dlm sim card? Simpan dalam hanset je kot, tu yang hilang. Tak apalah Wa...mujur baru ni Ummi Na tergerak hati nak mesej dia semula. Alhamdulillah, berbalas jua akhirnya :)

Salwa & Hairudin
.: Baaraka Allahu Lakuma wa baraka 'alaikuma :.

Ummi Na ngan wawa masa zaman awal2 keje dulu...
sekitar tahun 2008 eheheh


** kenapa ku tak keTAHUan bahawasanya Pah dah bersalin? Baby girl...tak silap nama anak dia Balqis


Monday, July 26, 2010

- berTUAHnya saya... -

- ini SUAMI saya -


Alhamdulillah...syukur sangat2 kerana Ummi Na mendapat seorang suami seperti Abah Yie. Buktinya? Cukup kalau Ummi Na katakan, keSABARan Abah Yie yang luar biasa dalam menjaga Ummi Na yang kerap sakit dan keSABARAnnya ketika mendidik Ummi Na. Memang Ummi Na tak pernah jumpa lagi seorang suami seSABAR Abah Yie setakat ini. Mungkin ada di luar sana yang lebih baik, malah jauh lebih baik dan sabar daripada Abah yie. TAPI, bagi Ummi Na, dialah suami yang paling baik sekali (bukan nak puji suami sendiri, tapi inilah hakikatnya).

Tak pernah, ulang sekali lagi TAK PERNAH pun Ummi Na terdengar rungutan keluar dari mulutnya semasa Abah yie menjaga Ummi Na yang sering sakit2. Malahan, kata-kata yang sering diucapkannya adalah "Ina kena banyak bersabar. Abang tahu ina kuat, jangan mudah putus asa. Ina kena lawan. Tak ada satu pun yang berkuasa melainkan Allah".

Saya berBANGGA dapat bersuamikan dia
Saya berTUAH dapat menjadi temannya
Saya berSYUKUR dapat bertemu dengannya

Saya berBANGGA, berTUAH & berSYUKUR dapat berada di samping seorang lelaki, sahabat, kekasih dan suami yang bernama MOHD FIKRY BIN MOHAMED (^_^)

** For the rest of my life
I'll be with you
I'll be stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you...loving you
"my abang" - gelaran untuk Abah Yie :p


Sunday, July 25, 2010

- makanan nak kena beli -

Nak beli...

1- kurma
2- kismis
3- madu
4- buah tin
5- minyak zaitun
6- Omega 3
7- kacang badam

Erm, tadi dah dapat minyak zaitun dan Omega 3 (barangan HPA). Pastu, hari tu dah beli Madu Krus, tapi madu ni dah campur dengan cuka epal. Nak kena beli yang asli, sebabnya Auni pon nak makan sama :p Nak buat apa ye makanan kat atas tu? Adalah....nanti ummi bagitau sebabnya.


- takde mood -

Takde apa aktiviti menarik minggu lepas hehe. Saje nak tepek gambar masa kami pergi kenduri kahwin hari Jumaat lepas. Actually, pengantin pompuan ni kawan sepermainan Abah Yie masa kecik2 dulu. Lagipun mak dia yang jaga Abah Yie adik-beradik masa kecik2 dulu. Meriah juga majlis ni, besar pulak tu.

Cantik tak pengantin pompuan ni? Cantik kan??
- alamak, tengok tu. Kali ni ummi tak sama kaler baju ngan abah dan Auni laa....huhu

tetiba Auni ada 'kawan baru' hihihi. Budak ni suka ngan Auni kot...
dari tadi dia asyik duk dekat2 Auni hehehe

Sebenarnya, ingatkan nak gi RFC petang tu...tapi tak jadi heheh. Ada je masalahnya huhu. Petang tu (pas Asar) kami gi Mydin cari barang-barang Auni. Pastu ke KB Mall cari DVD lagi. Balik tu dah Maghrib, mana taknya keluar rumah dah pukul 5.45 petang. Rushing tu....nak kejar masa. Nampaknya lain kali je lah gi RFC tu..huhu, kempunan betul.

Thursday, July 22, 2010

- edit gambar -

Bismillahi walhamdulillahi...

Aiyyo...sudah berapa tak kemaskini blog hehehe. Mula bersawang dah ni :) Walhal balik opis duk depan laptop sampai awal pagi huhu. Ops, Ummi Na bukan duk sesaja. Ada kerja (^_^) Sekarang ni banyak buat keje opis dan edit gambar untuk projek terbaru. Projek apa?

1) Edit gambar kahwin Cikgu Zue
Sekarang ni Ummi Na tengah edit gambar-gambar kahwin cikgu sekolah Abah Yie. Dia nak suruh buat movie la tu. Seronok edit-edit gambar ni. Ummi Na memang suka buat kerja ni hehe. Dah habis buat DVD untuk BIG, la ni kami buat cikgu Zue punya. Kita tengok apa hasilnya nanti ye!!

2) Edit gambar-gambar Auni
Haaa, bestday princess ummi tu tak lama lagi. So, ummi saje je lah edit gambar-gambar dia sejak lahir sampailah sekarang ni. Masa awal-awal lahir hingga 3-4 bulan, gambar si 'tomel' =comel tu memang banyak sangat. Maklumlah, masa tu ummi dia tak banyak sangat 'kerja'. Sekarang ni, tengok gambar-gambar dia dalam folder, ayoyo....sikit je. Seciput orang cakap. Maknanya, ummi dia 'malas' nak tangkap gambar Auni lah ni......

Cakap pasal Bestday Auni, ummi dan abah Auni bercadang nak buat jamuan kesyukuran di Shah Alam masa 1 Syawwal nanti. Sebabnya, masa tu meriah banyak...semua sedare-mare berkumpul kat rumah abah Ummi Na. Lagipun, bestday Auni nanti dalam bulan Ramadhan. Cadangnya kami nak baca doa selamat je waktu ni. Apa pun, masih belum tahu keputusannya kerana semua ni masih dalam perbincangan 'round table' family kami - abah - ummi - auni (^_^)


** berat Auni sekarang (11 bulan) = 7.4kg je......

Friday, July 16, 2010

- CUTE LIL MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST -

Assalamualaikum semua.

Tadi, kami berjalan-jalan ziarah blog kawan-kawan dan keluarga. Auni seronok sangat sebab dapat jumpa ramai kawan (^_^) Ada kawan baru lagi tu. Tiba-tiba masa jalan-jalan, Auni terjumpa blog Damia ni. Cooomel sangat2!! Yeye, Auni dapat kawan baru.

Rupa-rupanya tak lama lagi birthday Damia. Walid dan ibu Damia ada buat contest. Contest apa? Itu...Cute Lil Muslim & Muslimah Contest. Penyertaan ni terbuka kepada kawan2 yang berumur bawah 5 tahun tau. Lelaki dan perempuan. Erm, yang lelaki bolehla pakai kopiah/songkok. Kalau nak pakai satu set baju melayu atau jubah pun boleh. Mesti comel, kan?Untuk kawan-kawan perempuan mesti pakai tudung. Barulah namanya Muslim dan Muslimah, kan? Kawan-kawan bolehla pergi blog DAMIA RUJHAA ni ye untuk info yang lebih banyak lagi. Tak rugi, sebab kawan2 boleh dapat raaaamai kawan baru macam Auni hehehe.

From Damia':

Hai kawan2..nama saye Damia' Rujhaa binti Ahmad Zainol Arifin.. Mia dilahirkan pada 20 Julai 2009 di Kuantan.. tak lama lagi birthday Mia.. haa..ajak laa ibu ayah kawan2 datang rumah Mia nanti... ni birthday pertama Mia..haaa sempena birthday Mia ni, walid Mia buatla contest ni..nak kumpul2kan kawan2 Mia kat luar sana.. haa..ape lg kawan2.. jom la..mintak ibu ayah kawan2 snap gambar kawan2 yang paaaaaling cute skali... walid cakap ade hadiah menarik menanti kawan2..tak dapat datang umah Mia pun takpe.. nanti Mia suruh walid post hadiah tu kat kawan2..hihi... =p walid cakap, cara nak sertai contest ni mudah je kawan2.. ok meh Mia nak terangkan satu2...



Dengan izin ummi dan abah, Auni dapat juga masuk contest ni. Pertama kali Auni masuk contest ni tau. Auni nak cari ramai kawan, jadi sape-sape yang nak berkenalan dengan Auni bolehlah jenguk blog Auni juga :) Auni harap Damia dan kawan2 kat luar sana sudi jadi kawan Auni ye (^_^)

Nama : Auni Nafeesa binti Mohd Fikry
Umur : 11 bulan
Tarikh Lahir : 29/08/2009


.: Selamat Hari Lahir Damia' Rujhaa :.
Semoga membesar sebagai srikandi mukminah sejati dan menjadi anak solehah


- agak2 birthday Auni bulan depan...ummi dan abah nak buat apa ye?

Ops! pssst, kawan2...entry ni Auni guna blog kami......................

Thursday, July 15, 2010

- B.I.G -

Assalamu'alaikum semua.

Alhamdulillah, dapat juga ummi curi-curi taip dalam laptop ni. Sejak dua menjak ni jaranglah ummi dapat menaip 'bebas' macam dulu-dulu. Sebab apa? Abah Yie sedang guna laptop ni. Banyak sangat kerja yang dia buat. Kerja sekolah, kerja-kerja kuliyah dia terutamanya B.I.G nya tu. Eh, BIG tu apa? (^_^) BIG = BESAR?

Bagi anda yang belum mengetahuinya, B.I.G ni singkatan bagi Bina Insan Guru. Sebenarnya, dah hampir sebulan Abah yie pergi Kem BIG ni. Tak silap ummi, kem ni bertujuan untuk menguji dan membina ketahanan fizikal dan mental guru-guru. Kem BIG ni adalah kerjasama antara Guru-guru YIK dan UUM.

Ummi Na tak nak ulas panjang pasal BIG ni, cumanya Ummi Na nak ceritakan sikit pengalaman Abah Yie ni. Dia diamanahkan untuk menyiapkan movie maker untuk program ni. Alhamdulillah sangat, sebab akhirnya movie ni hampir siap 95%. InsyaAllah siap 100% dalam minggu ni. Kalau nak ikutkan, dah lama siap dah movie ni. Namun, terlalu banyak halangan dan masalah yang berlaku ketika proses menyiapkan movie kali ni.

Kalau sebelum-sebelum ni, kami tidak mengambil masa yang lama untuk membuat movie. Hampir sebulan jugalah kami mengambil masa untuk membuat movie BIG ni. Terpaksa berkorban masa dan tenaga yang ada. Dengan kerja-kerja sekolah, kelas yang perlu dihadiri pada hujung minggu, belum lagi urusan keluarga di rumah, kerja-kerja luar dan sebagainya. Kadang-kadang ummi perasan yang Abah Yie jarang tidur malam. Bila ummi terjaga tengah malam, nampaklah dia tengah edit movie tu. Tersengguk-sengguk juga depan laptop tu hehehe.

Bila Abah Yie tunjuk movie yang dah siap pada mulanya, ada juga komen positif dan kritikan membina yang diterima. Namun, dengan komen dan kritikan itu jugalah Abah Yie mengedit semula movie ni. Daripada segi design, pemilihan gambar-gambar dan lagu, cover, susunan letak gambar dan sebagainya. Movie kali ni kami menggunakan gabungan movie maker 2.6 dan swish. Namun pada saat akhir, kami menggunakan program "Ulead" untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.

Terima kasih kami (Abah Yie terutamanya) ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menghasilkan movie BIG yang amat hebat ini. Juga jutaan terima kasih kepada peserta BIG kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Abah Yie untuk membuat movie ini yang sebenarnya tidak dirancang pada awalnya. Segala komen dan kritikan yang membina amatlah diharapkan agar kami dapat membuat movie yang lebih baik dan hebat daripada ini.

Maaf dipinta andaikata terdapat kekurangan dan kelemahan kami ketika menghasilkan movie ini. "Bukan mudah untuk kita puaskan hati semua pihak. Namun, andaikata kita telah berusaha sehabis daya dan sehabis baik, yakinlah bahawa usaha kita itu pasti membuahkan hasil yang hebat"- (ayat untuk pujuk diri sendiri hihihi).

Saturday, July 10, 2010

- Cameron Highland? -

Salam hujung minggu.

Erm, rasanya dah tiba masanya kami ber-3 pergi bercuti :) Dah lama sangat tak pergi bercuti. Sekali dulu je rasanya, masa honeymoon awal-awal kahwin hehe. *thanks cik udi bagi hadiah Sudara Beach Resort sebagai hadiah perkahwinan kami :p

Cadangnya nak pergi Cameron Highland lah. Kali terakhir Ummi Na pergi masa di Matrikulasi UIA PJ dulu. Lamanya tak rasa suhu dingin C.H ni hehehe (^_^) Okey juga kalau pergi C.H 2 hari 1 malam je. Jalan-jalan pergi ladang teh, strawberry, pasar malam, taman rama-rama. Bestnya yeyeye.

with Mukha, kawan baik Ummi Na ni

Atok ngan nenek Auni di ladang teh baru-baru ini

** Jeles betul, atok ngan nenek serta family S.Alam pergi C.H tak ajak Auni pun huhuhu.


- hepi bestday moksu -


.: Dedikasi untuk adinda Nur Nabilah bt Mohamed :.

~ Selamat Hari Lahir ke- 19 ~
( 07/07/1991 - 07/07/2010 )

* Semoga panjang umur dalam ketaatan
* Semoga bahagia dunia akhirat
* Semoga redha Allah mengiringimu selalu


Monday, July 05, 2010

- Permata Ummi & Abah -

Permata Keluarga

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Anak-anak adalah permata ayah bonda
Penghibur duka lara, menyejukkan mata
Ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya

Berilah mereka didikan agama,
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada insan semua

C/O:
Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yang mulia
Anak-anak cahaya mata
Anak soleh impian semua
Andainya kita meninggalkan dia
Akan mengalir doa darinya

Didiklah anak-anak kita
Menjadi anak yang soleh
Pabila kita tiada
Jadi penerang alam baqa

Anak soleh permata keluarga
Harta kita paling berharga
Setiap doanya pada kita
Jariah kita di sana


* Semoga Auni menjadi anak solehah, penyejuk mata penawar hati ummi & abah (^_^)
* Syukur ya Allah, atas anugerahMu ini kepada kami

Saturday, July 03, 2010

- aktiviti hujung minggu -

10:30 pagi - 2.00ptg

1) Pergi Pasar Khadijah
2) Mydin Textiles, Kota Bharu
3) Mydin Mall, Kubang Kerian
4) Beli charger HP dan lauk

*** dapatlah beli 2 pasang tudung Auni kat Mydin Textiles tu

tudung masa nak pergi jalan-jalan

1- tudung warna pink ni comel dan sangat sesuai untuk si comel ni

2- tudung kaler biru ni menjadikan Auni nampak macam budak besar je hihihi

Ummi dan abah tak beli apa pun. Sebenarnya masa singgah Mydin Mall Kubang Kerian, ummi ingat nak beli ayam goreng yang selalu Ummi Na beli kalau singgah Mydin. Tapi tak dapat huhuhu. Auni tidur dalam kereta. Abah Yie solat. Takpela, lain kali kita singgah beli ayam tu okey!

Friday, July 02, 2010

- Picasa -

Hari ni memang rasa letih sangat-sangat. Auni pula masa siang tadi tak berapa nak tidur. Time ummi nak buat kerja, dia bangun. Time ummi nak rehat pun dia bangun. Sekarang ni Auni makin aktif sangat. Tak boleh duduk diam, ada je yang dia nak main. Bila kita angkat, dia marah. Kalau boleh, dia tak nak siapa-siap pun pegang dia. Dia nak main sendiri tanpa diganggu. Amboi anak ummi ni...

Hee..ini bukan cerita utama sebenarnya. Ummi Na sebenarnya nak letak gambar yang Ummi Na edit guna Picasa. Dulu (sebelum kenal Picasa), Ummi Na edit gambar guna Adobe Photoshop. Ummi Na suka sangat edit gambar guna Picasa sekarang ni. Cantik dan mudah aplikasinya tu. Macam Adobe, agak rumit sikit. Kadang-kadang tu Ummi Na edit gambar guna Adobe dan Picasa juga. Jom kita tengok gambar-gambar ni...

Ni gambar masa Auni dapat tudung baru tu...

gambar ni kat luar rumah...auni pakai tudung kaler lain
(soft focus & black n white)

Auni kan anak abah...dia selalu sebut 'aaa...baaaah'

ha...ni paling ummi suka...tengoklah tu, tunjuk apa entah masa ni kat Auni


Banyak lagi gambar yang Ummi Na edit sebenarnya. Sejak ada anak ni, memang GILA EDIT GAMBAR je hihihi. Ada je gambar yang nak di edit. Tak banyak, sikit pun jadilah. Folder dalam laptop Ummi Na pun dah penuh dengan gambar je.


** Ahad dan Isnin ni ummi ambik cuti sebab pengasuh Auni pergi Vietnam (rumah anaknya). Agak-agak, bilalah kami ni dapat gi Vietnam? Jangan kata Vietnam, Sabah Sarawak pun tak lepas lagi huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...