:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, July 29, 2010

- Auni 11 bulan -

Hari ini, anak abah dan ummi dah berusia 11 bulan. Alhamdulillah, anak ummi dan abah ni semakin sihat dan cerdas serta cerdik dan manja :) Pada usia 11 bulan ni, Auni dah ada 2 batang gigi. Satu atas, dan satu bawah. Auni pun dah pandai merangkak. Lucunya, dia tak merangkak pun sebelum ni. Kiranya Auni ni pandai bangun dulu, baru merangkak. Terbalik tu hehehe.

Auni pun dah pandai :
- mengamuk bila tak dapat ikut pergi mana-mana
- dia tahu kalau orang di sekelilingnya nak pergi jalan/keluar rumah
- agah2/acah2 orang

Berat Auni pun dah 7.4kg sekarang ni. Ummi pun dah bagi dia minum susu Dumex Dugro perasa coklat. Auni masih minum bf, cuma sekarang ni dah kurang berbanding sebelum ni. Biasanya dia bf waktu petang dan malam sebelum tido (hari kerja). Kalau hari cuti, dia bf tak tentu. Ikut suka bila dia nak bf ummi.

anak comel bersama abah

semoga menjadi anak solehah, penyejuk hati ummi & abah

bersama ummi masa membeli-belah di Mydin

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...