Alhamdulillah, dapat juga ummi curi-curi taip dalam laptop ni. Sejak dua menjak ni jaranglah ummi dapat menaip 'bebas' macam dulu-dulu. Sebab apa? Abah Yie sedang guna laptop ni. Banyak sangat kerja yang dia buat. Kerja sekolah, kerja-kerja kuliyah dia terutamanya B.I.G nya tu. Eh, BIG tu apa? (^_^) BIG = BESAR?
Bagi anda yang belum mengetahuinya, B.I.G ni singkatan bagi Bina Insan Guru. Sebenarnya, dah hampir sebulan Abah yie pergi Kem BIG ni. Tak silap ummi, kem ni bertujuan untuk menguji dan membina ketahanan fizikal dan mental guru-guru. Kem BIG ni adalah kerjasama antara Guru-guru YIK dan UUM.
Ummi Na tak nak ulas panjang pasal BIG ni, cumanya Ummi Na nak ceritakan sikit pengalaman Abah Yie ni. Dia diamanahkan untuk menyiapkan movie maker untuk program ni. Alhamdulillah sangat, sebab akhirnya movie ni hampir siap 95%. InsyaAllah siap 100% dalam minggu ni. Kalau nak ikutkan, dah lama siap dah movie ni. Namun, terlalu banyak halangan dan masalah yang berlaku ketika proses menyiapkan movie kali ni.
Kalau sebelum-sebelum ni, kami tidak mengambil masa yang lama untuk membuat movie. Hampir sebulan jugalah kami mengambil masa untuk membuat movie BIG ni. Terpaksa berkorban masa dan tenaga yang ada. Dengan kerja-kerja sekolah, kelas yang perlu dihadiri pada hujung minggu, belum lagi urusan keluarga di rumah, kerja-kerja luar dan sebagainya. Kadang-kadang ummi perasan yang Abah Yie jarang tidur malam. Bila ummi terjaga tengah malam, nampaklah dia tengah edit movie tu. Tersengguk-sengguk juga depan laptop tu hehehe.
Bila Abah Yie tunjuk movie yang dah siap pada mulanya, ada juga komen positif dan kritikan membina yang diterima. Namun, dengan komen dan kritikan itu jugalah Abah Yie mengedit semula movie ni. Daripada segi design, pemilihan gambar-gambar dan lagu, cover, susunan letak gambar dan sebagainya. Movie kali ni kami menggunakan gabungan movie maker 2.6 dan swish. Namun pada saat akhir, kami menggunakan program "Ulead" untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.
Terima kasih kami (Abah Yie terutamanya) ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menghasilkan movie BIG yang amat hebat ini. Juga jutaan terima kasih kepada peserta BIG kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Abah Yie untuk membuat movie ini yang sebenarnya tidak dirancang pada awalnya. Segala komen dan kritikan yang membina amatlah diharapkan agar kami dapat membuat movie yang lebih baik dan hebat daripada ini.
Maaf dipinta andaikata terdapat kekurangan dan kelemahan kami ketika menghasilkan movie ini. "Bukan mudah untuk kita puaskan hati semua pihak. Namun, andaikata kita telah berusaha sehabis daya dan sehabis baik, yakinlah bahawa usaha kita itu pasti membuahkan hasil yang hebat"- (ayat untuk pujuk diri sendiri hihihi).
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)