:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, July 02, 2010

- Picasa -

Hari ni memang rasa letih sangat-sangat. Auni pula masa siang tadi tak berapa nak tidur. Time ummi nak buat kerja, dia bangun. Time ummi nak rehat pun dia bangun. Sekarang ni Auni makin aktif sangat. Tak boleh duduk diam, ada je yang dia nak main. Bila kita angkat, dia marah. Kalau boleh, dia tak nak siapa-siap pun pegang dia. Dia nak main sendiri tanpa diganggu. Amboi anak ummi ni...

Hee..ini bukan cerita utama sebenarnya. Ummi Na sebenarnya nak letak gambar yang Ummi Na edit guna Picasa. Dulu (sebelum kenal Picasa), Ummi Na edit gambar guna Adobe Photoshop. Ummi Na suka sangat edit gambar guna Picasa sekarang ni. Cantik dan mudah aplikasinya tu. Macam Adobe, agak rumit sikit. Kadang-kadang tu Ummi Na edit gambar guna Adobe dan Picasa juga. Jom kita tengok gambar-gambar ni...

Ni gambar masa Auni dapat tudung baru tu...

gambar ni kat luar rumah...auni pakai tudung kaler lain
(soft focus & black n white)

Auni kan anak abah...dia selalu sebut 'aaa...baaaah'

ha...ni paling ummi suka...tengoklah tu, tunjuk apa entah masa ni kat Auni


Banyak lagi gambar yang Ummi Na edit sebenarnya. Sejak ada anak ni, memang GILA EDIT GAMBAR je hihihi. Ada je gambar yang nak di edit. Tak banyak, sikit pun jadilah. Folder dalam laptop Ummi Na pun dah penuh dengan gambar je.


** Ahad dan Isnin ni ummi ambik cuti sebab pengasuh Auni pergi Vietnam (rumah anaknya). Agak-agak, bilalah kami ni dapat gi Vietnam? Jangan kata Vietnam, Sabah Sarawak pun tak lepas lagi huhuhu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...