:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, July 22, 2010

- edit gambar -

Bismillahi walhamdulillahi...

Aiyyo...sudah berapa tak kemaskini blog hehehe. Mula bersawang dah ni :) Walhal balik opis duk depan laptop sampai awal pagi huhu. Ops, Ummi Na bukan duk sesaja. Ada kerja (^_^) Sekarang ni banyak buat keje opis dan edit gambar untuk projek terbaru. Projek apa?

1) Edit gambar kahwin Cikgu Zue
Sekarang ni Ummi Na tengah edit gambar-gambar kahwin cikgu sekolah Abah Yie. Dia nak suruh buat movie la tu. Seronok edit-edit gambar ni. Ummi Na memang suka buat kerja ni hehe. Dah habis buat DVD untuk BIG, la ni kami buat cikgu Zue punya. Kita tengok apa hasilnya nanti ye!!

2) Edit gambar-gambar Auni
Haaa, bestday princess ummi tu tak lama lagi. So, ummi saje je lah edit gambar-gambar dia sejak lahir sampailah sekarang ni. Masa awal-awal lahir hingga 3-4 bulan, gambar si 'tomel' =comel tu memang banyak sangat. Maklumlah, masa tu ummi dia tak banyak sangat 'kerja'. Sekarang ni, tengok gambar-gambar dia dalam folder, ayoyo....sikit je. Seciput orang cakap. Maknanya, ummi dia 'malas' nak tangkap gambar Auni lah ni......

Cakap pasal Bestday Auni, ummi dan abah Auni bercadang nak buat jamuan kesyukuran di Shah Alam masa 1 Syawwal nanti. Sebabnya, masa tu meriah banyak...semua sedare-mare berkumpul kat rumah abah Ummi Na. Lagipun, bestday Auni nanti dalam bulan Ramadhan. Cadangnya kami nak baca doa selamat je waktu ni. Apa pun, masih belum tahu keputusannya kerana semua ni masih dalam perbincangan 'round table' family kami - abah - ummi - auni (^_^)


** berat Auni sekarang (11 bulan) = 7.4kg je......

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...