:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, March 07, 2010

Pantai Irama (ii)


Alhamdulillah…

Seronok sangat rasanya. Kenapa ye? Petang semalam kami ke pantai lagi hihihi. Pantai Irama aja, dekat sikit dengan rumah. Saje jalan-jalan bawa Auni dan adik ipar ke sana. Bertolak dari rumah pun dah leawat, lebih kurang jam 5.30 petang. Sampai sana setengah jam kemudian. Mujur tak ramai pengunjung kat pantai tu, maklumlah kan bukan cuti sekolah. Jadinya, tak lah sesak sangat macam cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni.


Auni mula-mula tu okeylah duduk diam dalam kereta. Tapi boleh dia tertidur masa dah nak sampai tu. Hehehe, kesian anak ummi. Letih sangat lah tu agaknya. Letih buat apa ye dik?? Dahlah kami lupa nak bawa tikar. Entah kenapa lah boleh lupa sekarang ni…terutamanya orang yang menaip ni huhu. Mujur keropok dan air kami bawa. Kalau tertinggal juga, alamatnya 'makan angin' je lah hihihi.


Auni seronok sangat masa abah dia cecahkan kaki Auni kat gigi air tu. Wah…ketawa terbahak-bahak lagi tu. Tapi yang lucunya, lepas dah cecahkan kaki dia tu, dia menangis lah pulak… Sejuk kot?? Dahlah Ummi Na lupa nak pakaikan stoking kaki dia huhu. Kesian anak ummi. Kalau dia dah menangis, memang susahlah nak berposing sakan. Pandang kamera pon tak nak. Ubatnya? Susu botol lah……hehehe.


Jom tengok gambar-gambar ni…!!

Sampai meleleh air liur anak ummi ni...
(mata auni macam kecik sebelah..perasan tak?)

Anak ummi tertidur..walhal dah sampai tu


Kenangan indah kita bertiga...

Sungguh bergaya ummi amik gambar ni...

Sedia..1..2...3

Cejuknya caya...(sejuknya saya)

Auni malu nak pandang kamera hihi

Dah mula nak nangis la ni...

Moksu makan keropok, auni minum susu...

caye cuke num cucu...
(apa punya bahasa ni...)

Ummi ni....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...