:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, March 11, 2010

- gigiku sakit -


Assalamu'alaikum semua.

Waa...dah dua hari sakit gigi. Depan pulak tu. Aduh, memang sakit yang teramat sampaikan tak tahu nak terangkan sakit macam mana huhuhu. Semalam sambutan maulud nabi kat opis Ummi Na. Pagi-pagi sampai opis tu tak terasa sakit. Tiba-tiba lepas sarapan pagi..mula rasa berdenyut-denyut. Masuk dewan, semakin sakit dan semakin kuat denyutan tu. Sepanjang masa sampai tengahari tu, asyik letak tangan kat mulut...konon-konon nak hilangkan rasa sakit hehehe.

Lepas Zohor, memang Ummi Na terus tidur dalam musolla opis. Tak tahan sakit. Makan panadol sebiji, tapi kejap je hilang sakit tu. Ummi Na duduk dalam musolla tu sampai waktu Asar (uii..lamanya cik kak ni tido....). Balik rumah pula, bertambah sakit gigi Ummi Na. Letaklah uabt gigi formula Dr. Rodzi kat celah gigi yang berlubang dan pecah tu. Okey sikit, tapi sakit semula. Gusi pon bertambah bengkak dan sakit. Kadang tu kumur-kumur dengan air garam. Hehehe, menangis juga lah Ummi Na sekejap malam tu....malu jugak rasanya hehehe.

Sekarang ni rasa dah okey sikit, tak berapa sakit macam semalam. Erm, takde cerita menarik pon. Cuma nak kongsi rasa sakit tu je hihihi. Okey, jumpa lagi


~ tak tolong ummi masak bihun semalam, walhal kawan2 suami Ummi Na yang datang rumah....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...