Ummi Na baru berkesempatan masuk Mydin Kubang Kerian semalam. Itu pun sebab nak mencari barang keperluan. Memang besarlah Mydin Mall ni. Banyak barang dan jugak banyakkk pilihan (^_^) Selesa lah berbanding pasaraya yang lain. Ada surau, cafe, tandas (of course ada hihi....). Hari tu Ummi Na beli kerongsang dan pampers Auni je pon.....
2) Potong kuku Princess Auni
Susah juga nak potong kuku si comel ni sekarang. Lasak sungguh...letih ummi. Tapi bila lama-lama tu, senang sangat. Dia diam je sambil tengok ummi potong kuku. Kadang-kadang sengih juga Auni ni bila Ummi Na potong kuku sambil berzikir....
3) Auni urut abah
Auni memang anak yang baik. Sebabnya dia suka sangat urut muka abah dan ummi dia tu...hihihi. Kalau baring sebelah dia, mesti dia tengok muka kita lama-lama dulu. Pastu mulalah tangan yang comel tu menjalar kat muka, urut-urut muka kita...
4) Belajar A.B.C
Benda alah ni kami jumpa masa mengemas bawah tangga kelmarin. Ummi Na tak ingat pon benda ni. Actually benda ni percuma sekali ngan sampel susu Wyeth Mom....berguna sungguh benda ni especially untuk Auni belajar sebab saiznya sangatlah besar....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)