
berehat di RnR Gua Musang sambil menikmati nasi goreng
Alhamdulillah…
Seronok sangat rasanya. Kenapa ye? Petang semalam kami ke pantai lagi hihihi. Pantai Irama aja, dekat sikit dengan rumah. Saje jalan-jalan bawa Auni dan adik ipar ke sana. Bertolak dari rumah pun dah leawat, lebih kurang jam 5.30 petang. Sampai sana setengah jam kemudian. Mujur tak ramai pengunjung kat pantai tu, maklumlah kan bukan cuti sekolah. Jadinya, tak lah sesak sangat macam cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni.
Auni mula-mula tu okeylah duduk diam dalam kereta. Tapi boleh dia tertidur masa dah nak sampai tu. Hehehe, kesian anak ummi. Letih sangat lah tu agaknya. Letih buat apa ye dik?? Dahlah kami lupa nak bawa tikar. Entah kenapa lah boleh lupa sekarang ni…terutamanya orang yang menaip ni huhu. Mujur keropok dan air kami bawa. Kalau tertinggal juga, alamatnya 'makan angin' je lah hihihi.
Auni seronok sangat masa abah dia cecahkan kaki Auni kat gigi air tu. Wah…ketawa terbahak-bahak lagi tu. Tapi yang lucunya, lepas dah cecahkan kaki dia tu, dia menangis lah pulak… Sejuk kot?? Dahlah Ummi Na lupa nak pakaikan stoking kaki dia huhu. Kesian anak ummi. Kalau dia dah menangis, memang susahlah nak berposing sakan. Pandang kamera pon tak nak. Ubatnya? Susu botol lah……hehehe.
Jom tengok gambar-gambar ni…!!
Huhuhu.
Makan tablet NR (nona roguy) + sakit perut = melabur
Anda faham formula di atas? Hehehe. Buat-buat faham ajalah. Dah 2 tablet NR dia makan. Dia ambik untuk lawas angin. Kongsi dengan kawan opis, saje nak cuba. Kan ada orang tu nak kurangkan berat badan dia lepas bersalin. Macam-macam produk dah dia guna. Herba HPA, Yusmira, Mustika Ratu dan kini NR. Agak-agak turun ke berat orang tu ye? Sebabnya dia asyik tukar-tukar produk. Pastu kata tak nak makan nasi seminggu, nak ganti dengan oat. Baru sehari, dah tak tahan. Petang tu makan nasi juga walaupun sikit. Hehehe. Tak ada penasihat ni susahlah nak kawal pemakanan. Diet pon macam tak berapa nak betul je huhuhu.
Berat asal : 47kg
Berat semasa kahwin : 54kg
Berat sepanjang mengandung : 63kg
Berat selepas bersalin : 54kg
Berat kini (selepas 6 bulan bersalin) : ??????
** bila dah dapat berat badan ideal, barulah dia akan umumkan.
** Siapakah orang itu? Jawapannya ada pada ANDA!!