20 Julai 2009...
Hari ini genaplah 51 tahun usia babah Ummi Na. Camana boleh lambat wish kat babah ni. Kelmarin-kelmarin memang Ummi Na ingat sangat, tapi pagi tadi boleh lambat wish pula kat babah. Agaknya pembawakan budak? Hehehe...
Mohd Mohtar bin Hanan, itulah babah Ummi Na. Insan yang terlalu istimewa dalam hidup ini selepas mak. Sekali imbas, raut wajah babah Ummi Na sewaktu zaman mudanya sebiji dan seiras Seniman Negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Betul...percayalah cakap Ummi Na. Adakala gaya babah ni pun macam seniman tu...terutama kalau babah buat lawak.
Babah...em,camana Ummi Na nak describe ye? Nak kata garang, tak adalah juga. Nak kata tak garang pun, adakala Ummi Na gerun dengan babah ni. Pendek kata, sepanjang 25 tahun usia Ummi Na hidup di samping babah...dialah insan yang banyak berkorban untuk Ummi Na dan adik-beradik yang lain. Biarpun babah seorang yang panas baran (pandangan peribadi), namun di sebalik barannya itu penuh dengan kasih-sayang yang amat jarang ditunjukkan di hadapan anak-anak. Tapi Ummi Na tahu yang babah memang sayangkan kami sekeluarga.
Masih Ummi Na ingat lagi, kira-kira 3 tahun lepas Ummi Na sakit kuat untuk tempoh beberapa bulan. Babahlah yang bersusah-payah mencari penawar bagi penyakit Ummi Na ni. Jumpa doktor pakar malah pengamal perubatan Islam sendiri. Usah dikira berapa banyak masa, tenaga malah wang ringgit yang babah belanjakan untuk mengubati Ummi Na. Babah sanggup berjaga siang malam menjaga Ummi Na, hinggakan terpaksa mengambil cuti separuh gaji dan tanpa gaji menjaga Ummi Na. Pernah sekali Ummi Na nampak air mata babah mengalir mengenangkan Ummi Na yang diuji sebegitu rupa. Ah, babah. Hati Ummi Na benar-benar tersentuh.
Betapa selama ini Ummi Na banyak menyakiti hati babah tanpa sedar. Tidak menghiraukan sekeping hati yang terluka dengan sikap Ummi Na. Ah, babah...maafkan diri ini. Kini, bila Ummi Na sudah berumahtangga dan mempunyai kehidupan sendiri, semakin Ummi Na memahami perasaan babah. Semakin Ummi Na menghargai babah. Semakin subur rasa cinta dan sayang Ummi Na terhadap babah. Entah kenapa, tapi itulah yang Ummi Na rasakan.
Sempena genap usia babah menginjak 51 tahun, Ummi Na doakan semoga babah sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayang Allah selalu, semoga hidup babah diberkati Allah, berbahagia di samping isteri, anak-anak dan menantu juga mendapat kejayaan di dunia juga akhirat...aaaamin.
Adakah masih ada lagi hari esok untuk Ummi Na dan babah? Wallahu a'lam.....................

No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)