Salam to all of you...
Seminggu lamanya Ummi Na tak update Teratak Mawaddah ni. Terasa rindu benar dengan teratak kami ni. Minggu lepas terasa benar kesibukannya. Bebanan kerja-kerja pejabat, aduh! Benar-benar membuatkan Ummi Na "sesak" dan "semput" seketika. Pergi awal pagi, 6.30pagi, pulang pula jam menghampiri 6.00ptg baru tiba di rumah. Sampai sahaja di rumah, solat Asar bersama suami. Berehat seketika melepaskan lelah, turun semula untuk makan petang.
Adakala waktu Maghrib Ummi Na akan ikut suami dan keluarga ke surau/masjid mendengar pengajian. Itu pun jika Ummi Na agak "stabil" dan tak semput. Maklumlah, usia kandungan yang menghampiri 7 bulan ni sering membuatkan Ummi Na keletihan. Kadang-kadang semput, sukar untuk bernafas..lenuh kaki, pinggang. Baby pula semakin aktif. Dia macam dah tahu aja waktu tidur bila, waktu bermain bila, waktu berehat bila. Sekarang ni baby akan aktif bergerak waktu tengahari.
Bercakap pasal baby ni, memang Ummi Na rasa teruja sangat. Maklumlah, hari-hari layari web-web tertentu mengenai perkembangan bayi dalam kandungan. Baby 7 bulan dalam kandungan inilah dia dah boleh tentukan sendiri masa untuknya berehat, bermain, berjaga dan tidur :) Patutlah Ummi Na pelik semacam masa awal-awal dulu. Selalunya baby Ummi Na ni aktif waktu tengah malam. Kita nak tidur, dia menendang sana-sini. Sampaikan Ummi Na memang susah nak tidur. Hampir seminggu baby dalam perut Ummi Na tak bergerak aktif terutama waktu malam, memang Ummi Na risau sangat. Yelah, dah biasa dengan gerakan dan tendangan baby waktu malam...tiba-tiba tak ada gerakan langsung. Bila baca dalam internet, barulah Ummi Na tahu yang waktu ni baby dah tahu waktu-waktu untuk aktivitinya sendiri :)
Ummi Na paling suka waktu Subuh. Sebelum tidur, Ummi Na akan bercakap pada baby sambil mengusap perlahan perut ni. "Anak ummi, esok pagi tolong kejut ummi pukul 4.30 pagi ye, sayang". Benar! Esok pagi terasa tendangan halus di perut Ummi Na. Tengok jam, 4.30 pagi. Benar-benar anak Ummi Na kejutkan Ummi Na pukul 4.30 pagi. Adakala Ummi Na tidur semula, namun baby tetap tidak putus asa. Semakin kuat tendangannya sebagai isyarat agar Ummi Na segera bangun. Ah, terima kasih anak ummi :)
Menjadi kebiasaan, setiap kali jam 10.00 pagi, 4.00 petang dan sebelum tidur Ummi Na akan memasang mp3 Al-Quran lalu Ummi Na dekatkan di perut agar baby dapat dengar alunan Kalamullah. Waktu inilah benar-benar terasa gerakan baby yang agak kuat namun halus. Dup..dup..dup. Doa dan harapan Ummi Na, biarlah anak ini bila besarnya nanti menjadi seorang HAFIZ (penghafaz Al-Quran).
Tak sabar menanti kelahiran permata sulung ini, yang tentunya akan menyerikan lagi hubungan Ummi Na dan Abah Yie. Terasa lambat benar menanti awal bulan 10 ni. Barang-barang baby pun masih belum dibeli. Cuma yang pastinya 3 pasang baju serta stoking tangan dan kaki sudah pun kami beli untuk baby. Mungkin hujung minggu ni kami pergi beli bersama umi. Umi pun cakap kalau boleh nak buatkan barut untuk baby kami ni. Terima kasih umi :)
Dalam waktu yang sama, Ummi Na tak sabar nak jumpa dengan anak buah kami AISYAH HUMAIRA. InsyaAllah dijangka balik ke Kelantan minggu ni. Esok atau lusa. Aduh, tak sabar nak tengok si comel ni :) Juga Abe Long dan Kak Long yang Ummi Na tak pernah jumpa sejak berkahwin dengan Abah Yie. Maklumlah, satu family di Mesir. Nak beli hadiah apa untuk Aisyah ye??
:: TERHANGAT MINGGU INI ::
Wednesday, July 01, 2009
- cerita anak Ummi Na -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)