:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, July 18, 2009

- Rindu yang terlerai -


Salam to all of you from Kubang Kerian...

Wah, lama benar Ummi Na tak berkunjung ke Teratak Mawaddah ni. Hampir dua minggu lamanya membiarkan teratak ini sunyi sepi. Dua minggu yang benar-benar memenatkan Ummi Na sendiri, namun di sebalik itu terubat juga rindu Ummi Na terhadap anak sedara yang seorang ni.

Seperti yang Ummi Na maklumkan, Aisyah Humaira' (cucu sulung keluarga Abah Yie) akan pulang ke Malaysia buat pertama kalinya untuk berjumpa dengan keluarga di sini. Alhamdulillah, Aisyah bersama ibu dan ayahnya selamat tiba di Kubang Kerian pada minggu lepas (10/07/2009) dengan menaiki keretapi dari Johor. Comelnya! Itulah kata-kata yang dapat Ummi Na luahkan pertama kali berjumpa Aisyah :) Memang comel betul, persis anak Korea hehehe.

Seminggu bersama Aisyah di sini memang menyeronokkan. Aisyah ni memang manja, peramah, comel, suka bercerita. Tak puas rasanya bila duduk dekat dengan dia. Ada aja benda yang dia nak sampaikan (dengan bahasanya yang tersendiri). Semua pak sedara dan mak sedara Aisyah berebut-rebut nak dukung Aisyah hehehe. Termasuklah Nenek Sedara Aisyah terutama Tok Mah dia tu....jangan marah Tok Mah. I letak nama you ni :)

Erm, sepanjang seminggu tu sempatlah kami bawa Aisyah ke Pantai Irama, Ayer Lanas dan Pendek untuk berjumpa dengan waris-warisnya. Wah, memang syok berjalan :) Aisyah pula jenis yang mudah mesra dengan semua orang. Sempatlah Ummi Na dan Abah Yie belikan sepasang baju oren untuk Aisyah. Yang bestnya, Aisyah pakai baju oren tu semasa kami ke Pantai Irama.

Memang tak puas mengabadikan gambar-gambar Aisyah. Ummi Na sendiri memang tak lekang dengan handphone kalau duduk bersama Aisyah. Ada je aksi-aksi spontan yang mencuit hati. Penuh folder gambar Aisyah dalam laptop Ummi Na. Hinggakan wallpaper laptop pun dihiasi dengan gambar-gambar Aisyah :) hehehe

Aisyah ni kalau semua tengah solat berjemaah, dia duduk diam aja di sebelah ibu atau ayahnya. Sesekali apabila ayah Aisyah membaca doa dan kami mengaminkannya, Aisyah pun turut sama mengaminkan doa dengan gayanya yang tersendiri. Langsung tak meragam. Suka benar Ummi Na tengok. Menurut kak long, dia sempat khatam Al-Quran 4x semasa mengandungkan Aisyah...

Seronoknya raya tahun ni...ada Aisyah sebagai penyeri Idulfitri. InsyaAllah dia sempatlah berjumpa dengan bakal sepupunya ni (anak Ummi Na). Tahun ni juga, ummi dapat dua cucu serentak...anak Ummi Na dan anak Kak Long. Semuanya menjadi 3 orang termasuk Aisyah...


Rasanya, setakat ini dulu coretan Ummi Na untuk kali ini. Banyak lagi yang Ummi Na nak cerita termasuklah tentang kursus yang Ummi Na pergi baru-baru ni. Perjalanan selama 7jam yang benar-benar menguji kekuatan Ummi Na...fuh, letihnya! Sampai sekarang masih belum hilang lagi letih tu. Okey, hingga berjumpa lagi.............................

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...