:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, June 22, 2009

- Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-10 -


Selamat Hari Lahir Adik !!
Dedikasi buat adik tercinta, Muhammad Imran
bin Mohd Mohtar :
  • Semoga menjadi anak yang soleh, sebagai penyejuk mata penawar hati mak dan babah.
  • Semoga dalam jagaan kasih-sayangNya selalu
  • Semoga bahagia di samping keluarga tersayang

- Abang Yie & Kakak Ina

Sunday, June 21, 2009

- dedikasi buat abah -


Dedikasi buat kedua abah yang kami sayangi :

Mohamed bin Haji Ismail (Abah Yie) dan Mohd Mohtar bin Hanan (Ummi Na)...

Selamat Hari Bapa kami ucapkan. Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan. Terima kasih kerana telah mendidik diri kami selama ini. Terima kasih juga di atas setiap titik peluh keringat yang telah ditumpahkan demi sesuap nasi untuk anakmu ini. Terima kasih atas kasih-sayang yang telah diberikan. Terima kasih atas segalanya.


Sentuhanmu
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com



Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu kuragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah kutanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah kuhitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang kupinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Thursday, June 18, 2009

- warkah buat anak ummi (1) -


Assalamualaikum anak ummi...

Alhamdulillah...anak ummi buat apa kat dalam tu? Bersenam ke? Ataupun bermain? Maaflah, ummi baru nak bertanya khabar, berborak panjang dengan anak ummi ni. Seharian ummi di pejabat, membuat laporan, mesyuarat, menaip surat dan banyak perkara lagi yang ummi kena selesaikan. Kasihan anak ummi ni, duduk sorang-sorang. Ummi buat macam tak layan aje ye? Maafkan ummi, sayang.

Seronok rasanya apabila anak ummi ni menendang-nendang perut ummi. Anak ummi kan aktif. Apabila malam mulalah bergerak, pusing sana sini, tendang perut ummi...kan? Sampaikan ummi tak boleh nak lelap mata. Kalau tidur pun, sesekali ummi akan terjaga apabila ummi terasa perut ummi ni 'keras'. Aduhai anakku...Agaknya anak ummi ni selesa tak duduk dalam perut ummi ni? Erm, anak ummi jangan lupa duduk elok-elok ye? Jangan nakal-nakal dalam perut ummi ni. Saaayang baby.

Anak ummi...
Sekarang ni ummi kurang sihat. Kadang-kadang ummi terasa perut ummi ni penuh sangat. Sampaikan ummi sukar untuk bernafas. Mengah sokmo..abah cakap. Letih ummi jadinya. Adakala kaki ummi lenguh semacam. Macam nak cabut aja kaki ni...Abahlah yang selalu mengurut kaki ummi dengan minyak panas cap kuda dan mestika. Abah jugalah yang berjaga malam, mengurut dan menggosok belakang pinggang ummi bagi melegakan kesakitan. Abah juga yang sering mengambilkan air dan makanan untuk ummi jika ummi lapar dan dahaga tengah malam. Abah bersabar dengan kerenah ummi yang tak menentu ni. Terima kasih kepada abah.

Ummi ingat lagi. Minggu lepas ummi check up di Klinik Mardhiah. Ummi selalu pergi klinik ni, lagipun dekat sangat dengan rumah Tok Mi dan Tok Bah. Pertama kalinya ummi dengar degupan jantung anak ummi. Subhanallah!! Perasaan aneh dan takjub ummi rasakan saat itu. Laju sungguh degupan jantung anak ummi. Degupan jantung ummi pun tak selaju itu. Doktor cakap semuanya normal. Mesti baby seronok sangat ni...kan? Erm, awal bulan depan scan pula. Ummi tak sabar nak tengok apa yang anak ummi buat dalam perut ummi ni. Kalau dulu masa baby 4 bulan dalam kandungan, ummi nampak anak ummi ni macam main gelongsor dalam perut ummi. Masya-Allah...lasaknya dia.

Anak ummi...
Ingat lagi tak apa yang ummi selalu pesan? Jadi seorang hamba Allah yang taat akan segala perintahNya. Anak yang soleh, sebagai penyejuk mata dan penawar hati ummi dan abah. Ummi tahu, anak ummi ni memang baik. Mendengar kata ummi dan abah. Ummi selalu berdoa agar anak ummi ni lahir tepat pada 1 Syawal tahun ni, walaupun tarikh jangkaan ummi bersalin awal bulan 10. Namun, besar harapan ummi agar anak ummi ni lahir tepat 1 Syawal. Itulah hadiah Syawal paling bermakna bagi ummi dan abah. Lagipun, nanti sama dengan ulang tahun perkahwinan Ayah Long dan Mak Long (Ayah dan Ibu kak Aisyah).

Anak ummi...
Ummi dengan abah ada belikan hadiah untuk baby? Apa? Erm, rahsia. Anak ummi boleh tengok bila dah keluar dari perut ummi ni nanti. Tapi yang pastinya, anak ummi mesti suka dengan hadiah tu. Sabar ye sayang...tak lama lagi dapatlah tengok hadiah tu.

Anak ummi...
Sampai sini sahaja untuk kali ini ye. Insya-Allah, ada masa ummi coretkan warkah untuk anak kesayangan ummi ni lagi. Duduk elok-elok ya anak ummi, jangan nakal-nakal. Ingat, ummi dan abah sentiasa sayangkan baby. Assalamu'alaikum anak ummi...

Salam kasih rindu,

Ummu Wafry
18/06/2009
08:25 p.m

Monday, June 15, 2009

- sebu@h peng@khir@n -



Bisikan itu…
Masih kudengari…
Kalimah suci…
Menggamit hati nurani..
Bisikan itu…
Terasa semalam..
Berlalu dibawa bayu…
Melintas sepintas lalu
Bisikan itu…
Masih kuingati…
Kerana kutahu ia akan kembali…
Menggamit diriku
Menemui Ilahi…
Lailahaillallah
Bisikan itu…
Makin terasa kehadirannya…
Sedetik…dua detik…tiga
Lailahaillallah
Ya Allah…
Aku menghadapMu…
Kembali kepadaMu…
Terimalah diriku…
Lailahaillallah

**********************************************
Ya Rahman…
Ampunilah dosa hambaMu ini…
Hamba yang sering lalai terhadapMu…
Aku insan lemah…
Tidak punya kekuatan…
Hanya padaMu aku sandarkan segalanya….
Ya Rahim…
Aku kecundang dalam meraih cintaMu…
Kuharap keampunanMu…
Dalam membaluti dosa-dosaku yang lalu…
Terimalah diriku ini…..
Lailahaillallah…

* * * * * * * *
Rintik-rintik hujan jelas kedengaran. Sejuk angin pagi terasa hingga mencengkam tulang. Cuaca pada pagi itu tidak seperti hari-hari kelmarin. Pagi itu, bayu yang bertiup sepoi-sepoi bahasa bertukar rentak. Angin kencang yang bertiup dari arah Selatan melanda Kampung Harapan. Pohon-pohon nyiur melambai-lambai ditiup angin. Deruan ombak sesekali menghempas pantai lantas bergelora dipukul badai. Rintik-rintik hujan mula membasahi bumi Harapan yang sudah sebulan kering-kontang. Seolah-olah memberi satu petanda baru bagi mereka.

Namun, keadaan itu tidak memberi apa-apa makna kepada penghuni sebuah rumah usang di hujung kampung tersebut. Hari-hari yang dilalui selama ini sama sahaja. Hidupnya hanya bertemankan sepi. Baginya, makan, tidur dan beribadah sahajalah rutin hariannya selama ini. Tiada apa yang diharapkan dalam hidup ini.

"Koh…koh…koh" jelas kedengaran batuk perit dari ruang tamu. Batuk itu milik seorang ibu tua. Sesekali kedengaran keluh-kesahnya. "Ya Allah, sakitnya. Ya Allah, aku tidak tahan menghadapi dugaan-Mu ini, Kau ambillah nyawaku ini," adu ibu itu. Matanya terkebil-kebil merenung atap rumbia. Gelap. "Ira,"panggil ibu itu perlahan. Senyap. "Ira,"panggilnya lagi. Tangannya meraba-raba sekeliling. "Ira," dikeraskan suaranya sambil tangannya menyentuh bahu seseorang. Setelah yakin itu anaknya, digoncangkan bahu anak remaja itu.

"Mak," terpisat-pisat anak itu bangun. Ditenyeh-tenyeh matanya seketika. "Ira, Subuh dah masuk nak?" tanya ibu tua itu. Anaknya yang dipanggil Ira memandang jam di dinding lantas menggelengkan kepala beberapa kali. Dia menguap seketika. Melihatkan ibunya terkebil-kebil, dia tersedar seketika. "Belum mak. Lambat lagi Subuh masuk," anak itu segera bangkit lantas mengambil pelita ayan lalu diletakkan berhampiran pintu.

"Mak tidurlah dulu. Masih awal lagi. Kalau Subuh dah masuk, Ira kejutkan mak," Ira menarik gebar lusuh lalu menyelimutkan badan wanita tua itu. Dia mencapai tangan kasar wanita itu lalu diramasnya lembut. Diciumnya telapak tangan itu beberapa kali. Sesekali dia memicit-micit kaki wanita itu tanpa dipinta. Senang sekali dia membuatnya.

Namun tangannya terhenti apabila mendengar perkataan dari mulut wanita itu. Didekatkan telinganya. "Zahra." Dia tersentak. Betulkah? "Zahra," perlahan dan lemah suara itu namun cukup jelas namanya di telinga Ira. "Zahra…Zahra…"

Hati Ira pilu. Mengapa harus diulang kisah silam itu? Kisah yang hanya mencarik luka hatinya? Kisah yang hanya menambah pedih di jiwanya? Kisah silam itu hingga kini masih belum terungkai. Lipatan sejarah lalu tidak mahu dibongkar semula. Biarlah ia berkubur bersama berlalunya bayangan semalam. Siapa?


* * * * * * *

"Kau binatang. Binatang! Kau kejam, aku benci kau binatang!" dia terduduk lemah. Bahunya terhincut-hincut menahan tangis. Hatinya sakit, pedih, pilu. Lelaki yang dipanggil binatang itu hanya memandangnya. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak. Sedikit pun dia tidak terasa dengan kata-kata yang baru dilemparkan kepadanya. Tidak punya hatikah dia?

"Kau panggil aku apa? Tak dengarlah. Binatang ye?" lelaki itu menghampiri wanita yang sedang menangis di kaki pintu. "Kalau aku binatang, kau apa kurangnya? Aku binatang, kau tu…isteri binatang!" katanya lantang sambil jarinya menunjal-nunjal kepala wanita itu. Wanita itu menepis tangan suaminya. Jijik dirasakan apabila tangan suaminya menyentuh kepala. Air matanya merembes keluar. "Aku benci kau!"jeritnya lagi. Dipandangnya lelaki yang dinikahi lebih kurang tiga bulan lalu.

Lelaki itu rakus meneguk air kuning yang memabukkan itu. Sesekali dia ketawa besar. Habis sebotol, dicapainya sebotol lagi. Argh!! Baginya meneguk air syaitan itu merupakan satu nikmat dalam dirinya. Itulah “syurga”nya…meneguk minuman itu sudah menjadi rutin hariannya selama ini.

"Abang, I balik dulu okey?" wanita itu tersentak. Seorang wanita genit muncul sambil memeluk bahu suaminya. Hatinya mendidih marah. Matanya bulat memandang wanita yang baru muncul itu dan bersedia untuk menerkamnya. "Perempuan sial! Jaga kau! Perampas suami orang," dia bangun untuk menerkam perempuan itu namun langkahnya terbatas. Dirasakan pergelangan tangannya sakit. Perit.

"Zerra, kau jangan nak apa-apakan dia. Nahas kau aku kerjakan!" gertak suaminya. "Lepaskan aku. Perempuan tak guna. Apa kau buat kat rumah aku?!"dia meronta-ronta minta dilepaskan. Namun cengkaman suaminya amat kuat. Dia menjerit-jerit seperti diserang histeria. Tiba-tiba matanya berpinar. Pipinya perit. Cecair hangat mengalir dari celah bibir. Darah? Hatinya semakin sakit tatkala melihat senyuman sinis pesaingnya. "Bye Zerra,". Suaranya tersekat di kerongkong. Air matanya berjujuran membasahi pipi yang masih merah. Hatinya digigit pilu.

Di manakah aku sekarang? Bukankah dahulu aku yang selalu dia agungkan? Aku selalu yang dipujanya? Terasa diriku umpama sampah di longgokan. Terlalu jijik bagi dirinya. Tidak lagi sebutir permata yang dipujanya satu tika dulu. Terlalu murah harga diriku ini.

Dia sendiri tidak betah hidup dalam dunianya ini. Suami yang seolah bukan suami. Dirinya sering diabaikan. Ah, mengapa aku boleh terjerumus ke lembah hina ini? Dunia yang jijik..kotor…argh!!!

"Mak," terpacul perkataan itu dari bibir pucatnya. "Mak,"hatinya semakin sayu. “Mak…”.


* * * * * * *

Ira tersentak. Matanya memandang tubuh ibu tua itu. "Mak," panggilnya perlahan. Ibu tua itu diam kaku. "Mak," panggilnya lagi. Diam. Ira cemas melihat ibu tua itu. Digenggamnya tangan ibu tua itu, lama. Senyum terukir di bibir mongel itu tatkala ibu itu mengensotkan badannya.

"Mak, Ira sayangkan mak," tanpa dapat ditahan, air matanya merembes keluar dari empangan. Dia memeluk erat ibu tua itu seakan tidak mahu dilepaskan. Diluahkan perasaannya terhadap ibu tua itu. “Ira benar-benar sayangkan mak, lebih dari mak menyayangi Ira,”.

Hati ibu tua itu tersentuh. "Mak pun sayangkan Ra. Mak sayangkan Ra," namun kata-kata itu hanya mampu diucapkan oleh hatinya. Mulutnya seakan terkunci. Dia tidak mampu menangis lagi. Wajah anak itu tidak mampu ditatapnya lagi. Dunianya gelap kini. Kasih anak itu telah menyentuh naluri keibuannya. Betapa selama ini, itulah yang sering dia harapkan. Itulah jua impiannya.

Dia punya seorang anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan suaminya. Walaupun miskin, mereka hidup bahagia. Hari-hari yang dilalui bersama suami dan anak telah melakarkan satu lukisan yang indah. Hidupnya ceria.
“Mak, dah besar nanti Ra nak jaga mak dan ayah. Ra nak cari kerja yang bergaji besar, biar hidup kita senang. Ra nak bawa mak dan ayah ke Mekah,” senyum anak kecil itu. Hatinya sejuk mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari mulut anak kecil itu.

Namun, setiap apa yang berlaku telah ditakdirkan Allah. Suaminya menyahut panggilan Ilahi tatkala Syawal menjelma. Ah, terlalu awal dia pergi. Dialah yang memikul tanggungjawab membesarkan anaknya yang ketika itu berusia 12 tahun. Pada anak itulah dicurahkan kasih-sayang yang tidak berbelah-bahagi. Satu-satunya zuriat yang ditinggalkan oleh arwah suaminya.

Anak yang diharap tempat untuk bermanja tatkala usia menginjak senja pula telah merobek kebahagiaan yang dikecapi selama ini. Mengapa?

"Mak, Ra pergi tak lama. Sekejap sahaja. Mak tunggu Ra, nanti Ra datang bawa mak ke Kuala Lumpur. Ra janji akan kembali," itulah janji anaknya. Ibu tua itu menanti hari demi hari. Dia yakin anak itu akan kembali menemuinya. Sudah lama dia menanggung rindu. Rindu pada anak itu. "Ra," suaranya perlahan. "Ra," panggilnya lagi.

"Ya mak, Ra ni. Ada apa?" tanya Ira lembut. Tangannya tidak lepas dari mengusap kepala ibu tua itu. "Ra, mak nak berwuduk. Sekejap lagi dah masuk waktu Subuh," terketar-ketar ibu tua itu bersuara. Payah benar rasanya.

“Ra," suara ibu tua itu seakan tenggelam. Hati Ira digigit pilu. "Ra," lemah suaranya. Ira bangkit memapah ibu tua itu ke bilik air. Ditenung wajah ibunya. Pada kelembutan seraut senyuman dan pada kelunakan tutur perkataan, di situ ada terlukis warna kerinduan.

* * * * * * *

"Mak!" dia tersentak. Dadanya berdebar. Jantungnya berdegup laju. Seperti baru mengalami satu mimpi ngeri. "Ah, macam mana aku boleh tertidur?" desis hati kecilnya. Tangannya lantas memutar punat radio.

Jelas kedengaran suara Imam Masjid Madinah mengalunkan kalam suci Allah. Entah mengapa dia kaku. Sudah lama dia tidak mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. Ah, di rumahnya pun tiada kitab Allah itu. Cuma yang dia pasti hanyalah sebuah kitab kecil yang mengandungi surah Yaasin yang dihadiahkan oleh jiran sebelahnya.

Suara imam itu bagaikan magnet yang menarik hatinya agar menyusuri kata-kata Allah. Ah, entah-entah dia sendiri sudah lupa akan hukum tajwid dan tarannum yang diajar oleh ayah. Ah, akukah itu? Terasa satu perasaan aneh mengalir dalam dirinya.
ang sebaik-baiknya, dan bertasbihlah kamu memujinya pada waktu pagi dan petang.” –Astaghfirullahalazim…Ya Allah. Akukah ini? Hatinya bergetar hebat. Kalam Allah menusuk tangkai hatinya. Mana perginya segala ilmuku? Aku tidak mengamalkannya.

“Ayah ni bukan orang yang pandai. Tak bergaji besar macam orang lain, macam pegawai kerajaan. Ayah cuma seorang petani miskin. Ingatlah nak, usia kita kat dunia ni cuma sekejap. Entah bila nyawa kita akan diambil balik oleh Allah. Selagi kita masih bernyawa, carilah ilmu sebanyak mungkin. Ilmu itu adalah cahaya,” masih terngiang di telinganya pesan arwah ayah.

“Ingat tak sabda nabi yang mengatakan, menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam, lelaki dan perempuan? Carilah ilmu yang bermanfaat, yang dapat membawa kita ke jalan kebenaran,” pesan ayah lembut, namun menusuk tangkai hati.

Tiba-tiba dia terasa ada satu tendangan halus dari dalam perutnya. "Aduh," perlahan dia mengaduh. Tangannya pantas mengusap lembut perut yang semakin menonjol itu. Lebih kurang empat bulan lagi akan bertambah bilangan penduduk di muka bumi ini. Dia sudah tidak sabar menanti hari itu. Pasti suaminya gembira.

Suami? Layakkah lelaki itu dipanggil suami? Dia loya tiba-tiba. Jijik dia mendengar nama lelaki itu. Tak, dia tak layak dipanggil suami. Kalau bukan kerana janin yang ada dalam kandungannya itu, pasti lelaki itu tidak akan menikahinya setelah dipaksa. Ah, aku sendiri nikah di Golok…..

"Maafkan mak sayang. Maafkan mak," perlahan dia berkata seolah-olah anak itu ada dipangkuannya. Dia tekad, walau apa pun yang berlaku, dia akan membesarkan anak yang tidak berdosa itu. Dia tidak mahu anak itu mengalami nasib seperti dirinya. Dia tekad.

Biarlah dia dihina, dicaci, disisih oleh masyarakat, namun dia pasti ada insan lain yang akan menerimanya. "Mak," matanya yang sememangnya sembab mula berkaca. "Mak," panggilnya lagi.

* * * * * * *


Allahu akbar…allahu akbar…
Allahu akbar…Allahu akbar…


* * * * * *
sewaktu azan mendayu-dayu
Ibuku pergi meninggalkanku
Perginya takkan kembali lagi
Kerana takdir telah menentukan


"Mak," Ira memanggil ibunya lagi. Tangannya pantas membuka ikatan telekung yang tersarung di tubuhnya. Dia baru usai menunaikan solat sunat hajat. "Mak, Subuh dah masuk. Bangun mak" dirapati ibunya yang sedang nyenyak itu. Dia tersenyum lega. Hatinya tenang. Ibu tua itu seakan-akan tersenyum dalam lenanya.

Dia akui, ibu tua itu seringkali sujud di hamparan sejadah berjam lamanya tika insan lain masih diulit mimpi. Seringkali dia terdengar munajat dan doa pengharapan disusuli esak tangis ibunya. Dia sendiri dapat merasakan kenikmatan berbicara dengan Al-Khaliq setelah beberapa kali turut menemani ibunya bangun malam. Masanya juga banyak dihabiskan dengan zikrullah. Hatinya turut tenang.

“Ingatlah dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang” –Ar-Ra’d

"Mak," dia menggoncang lembut bahu ibunya. Senyap. “Mak bangunlah,” panggilnya lagi. Dia hairan berbaur cemas. "Mak," matanya tertancap pada dada si ibu. Tiada gelombang. Pantas diraih tangan ibu itu lalu diperiksa denyutan nadinya. Matanya mula berkaca. Benarlah tekaannya. "Mak," jeritnya pilu. "Innalillahi wa inna ilaihi raajiunn," Ira menyembamkan wajahnya ke tubuh kaku itu.

Doa restu kuutuskan untukmu ibu
Semoga diri ibu bahagia
Di akhirat yang kekal abadi


Di luar, sebuah kereta Kancil meluncur deras memasuki halaman rumah. Tetamu yang tidak diundang, datang tepat pada masanya. Seolah-olah tahu akan pemergian ibu tua itu. Berat kakinya melangkah keluar sambil menjinjing beg di tangan. Senyap sunyi Subuh itu. Cuma kelihatan cahaya samara-samar di beranda rumah.

"Assalamualaikum," perlahan tetamu itu memberi salam. “Assalamualaikum,” salam kedua dihulur lagi. Dikuatkan sedikit suaranya. "Waalaikumussalam," jawab tuan rumah lalu dibuka luas pintu utama yang sudah usang itu.

Ya Allah! Masing-masing diam tanpa kata, seolah-olah kedua-duanya bisu. Mata kedua-duanya bulat merenung diri masing-masing. Tetamu itu berwajah hairan, manakala tuan rumah pula seolah-olah baru melihat sesuatu yang menakutkan. Ah, mengapa mesti kau? Kau?

Tetamu tanpa diundang itu masuk tanpa kata. Matanya liar memerhati sekeliling ruang tamu. Seketika, mata sepet itu terpaku pada sekujur tubuh yang ditutupi kain putih. Bibirnya terketar-ketar ingin menyatakan sesuatu. "Tak mungkin," katanya perlahan. Dia merapati tubuh kaku itu. Tanpa ragu-ragu, dia membuka kain itu. Wajahnya pucat. Dirasakan denyutan jantungnya seakan-akan berhenti. Wajah tua itu seolah tersenyum memandangnya. Wajah tua itu…

"Mak," bersusah-payah dia menuturkan perkataan itu. "Mak…mak," diusap wajah tua di hadapannya. "Mak, maafkan Ra mak. Maafkan Ra," dia mencium wajah tua itu berkali-kali. "Maafkan Ra, Ra berdosa pada mak. Mak, jangan tinggalkan Ra," jeritnya bagai diserang histeria.

Dia tersentak apabila bahunya disentuh. "Ira,mak aku. Mak aku Ira," Ira hanya mengangguk perlahan. Diraih tetamu itu. Ah, bukan tetamu. Perempuan yang dianggap tetamu itu ialah Zahra. Zahra, nama yang sering meniti di bibir ibu angkatnya itu. Zahra kini sudah kembali. Benarlah kata ibu tua itu, Zahra akan kembali satu hari nanti. Zahra benar-benar kembali kini. Namun, dia kembali setelah ibu tua itu menemui Ilahi. Seorang ibu tidak sempat menemui anaknya, manakala seorang cucu pula tidak mungkin akan bertemu neneknya.

“tiap-tiap diri akan merasai mati dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada kamilah kamu semua akan dikembalikan” –Al-anbiya’ 35


Zahra kaku di situ. Jantungnya bergerak pantas. Seakan-akan ada satu suara berbisik di telinganya…Zahra…


Bisikan itu…
Masih kudengari…
Kalimah suci…
Menggamit hati nurani..
Bisikan itu…
Terasa semalam..
Berlalu dibawa bayu…
Melintas sepintas lalu
Bisikan itu…
Masih kuingati…
Kerana kutahu ia akan kembali…
Menggamit diriku
Menemui Ilahi…
Lailahaillallah
Bisikan itu…
Makin terasa kehadirannya…
Sedetik…dua detik…tiga
Lailahaillallah
Ya Allah…
Aku menghadapMu…
Kembali kepadaMu…
Terimalah diriku…
Lailahaillallah

* * * * * *

Mak…
Terlalu banyak yang ingin Ra bicarakan kala ini…
Namun mengapa lidah Ra kelu?
Mak…
Ketahuilah mak…Ra terlalu menyayangi mak..malah lebih dari mak menyayangi Ra…Ra takut untuk berpisah dengan mak….Takut mak.
mak…
Ra telah mengecewakan mak selama ni…Ra bukanlah anak yang baik untuk mak dan ayah…Ra banyak sakitkan hati mak…Ra berdosa mak…Ra berdosa…
Ra tahu…mak mahukan yang terbaik untuk Ra…tapi…Ra terlalu menurut kata nafsu…
Layakkah Ra menjadi permata kebanggaan mak dan ayah?
mak…sempatkah Ra melafazkan kata maaf? Sempatkah mak?

- Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama -


Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang pertama buat anakanda yang disayangi AISYAH HUMAIRA BT MOHD NURUL HISYAM :) (14 JUN 2008)
  • Semoga menjadi anak yang solehah, penyejuk mata dan penawar hati ibu ayah serta keluarga
  • Semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu

Ayah Ngah dan Mak Ngah dah rindu ni..tak sabar nak menatap wajah dan mendengar suara Aisyah. Geramnya tengok gambar2 Aisyah yang comel dan montel tu hehehe. InsyaAllah, moga dapat bersua dengan bakal sepupu Aisyah nanti :)

(Aisyah bersama ibu dan ayah tercinta)

Sunday, June 14, 2009

- kembara 2 hati -

07/06/2009
Alhamdulillah..syukur yang tak terhingga kerana setelah meredah perjalanan selama lebih kurang 8 jam lebih, kami selamat tiba di Gombak. Perjalanan yang bermula dari Kelantan pada pukul 7.00 pagi benar-benar menguji kesabaran kami. Penat, sakit pinggang, lapar dan keadaan yang kurang selesa (terutama Ummi Na)…benar2 menguji kesabaran kami. Namun, alhamdulillah semuanya selamat. Seperti yang Ummi Na maklumkan baru-baru ini, kami pulang ke Shah Alam untuk bercuti…di samping Ummi Na sendiri terpaksa berhadapan dengan Ujian Menaip di RISTEC, Port Dickson. Alhamdulillah..berkat doa restu suami tercinta dan keluarga, Ummi Na dapat menghadapi ujian tersebut dengan tenang walaupun agak menggeletar pertama kalinya :)

Berbalik kepada cerita asal, sebaik tiba di Gombak kami terus menuju ke Pejabat IA Tech di Batu 8 Gombak. Singgah sebentar untuk mengambil laptop Ummi Na. Selepas itu kami menunaikan solat dan berehat sebentar sambil menikmati bihun di rumah Pak Wan dan Mak Wan (Nuzul dan Hafizah). Alhamdulillah, hasrat kami untuk menziarahi Haris kesampaian juga. Kami melawat Haris serta Pak Long dan Mak Long (Hafiz dan Kak Long). Erm, wajah Haris ni memang sebiji macam abinya. Dah besar dah, geram Ummi Na tengok. Nak cubit2 aje Haris ni…

Lewat petang itu, kami bertolak pula ke Shah Alam. Wah, seronok sangat. Semua adik-beradik Ummi Na berkumpul di rumah. Riuh-rendah dengan gelak-tawa dan usik-mengusik adik-adik. Rupa-rupanya adik bongsu Ummi Na sunat dah hampir seminggu lamanya. Agak lucu melihat cara E’im berjalan dan tidur. Siap tertonggeng-tonggeng lagi. Kali pertama Ummi Na tengok adik Ummi Na tidur dengan gaya begitu…hehehe. Terubat juga rindu Ummi Na dengan masakan mak. Malam itu pula, nenek Ummi Na tidur di rumah kami. Wah, meriahnya!


09/06/2009
Pagi Selasa, jam 6.30 pagi kami berdua bertolak ke RISTEC bersama adik Ummi Na. Hampir satu jam setengah perjalanan, kami selamat tiba di Ristec. Alhamdulillah, selesai ujian menaip kami bertolak pula ke Nilai untuk berjumpa puteri bongsu kesayangan. Wah, ceria aja si bongsu ni. Agaknya seronok sangat dapat berjumpa dengan abang dan kakak dia nih. Sempatlah kami meluangkan masa hampir sejam. Makan-makan dan bergambar sebagai kenangan bersama, menjadi pengubat rindu umi dan abah.

Petang itu, kami menziarahi Ustazah Mazura dan suami serta anak-anaknya. Kebetulan, suami Ustazah Mazura terlibat dalam kemalangan kecil. Alhamdulillah, kini beransur sembuh sepenuhnya. Pulang sahaja dari rumahnya, Ummi Na sempat berjumpa dengan anak-anak murid Ummi Na. Humairah, Mardhiah dan Shafiqah yang kini merupakan pelajar tingkatan satu. Sempat lagi mereka menegur Ummi Na yang nampak berisi sedikit berbanding bulan lepas

Malamnya pula, kami sempat menziarahi pakcik Ummi Na di Seksyen 24, Shah Alam. Erm, walaupun rumah kami dekat namun sebenarnya kami jarang berjumpa sejak Ummi Na berhijrah ke Kelantan.





10/06/2009
Keesokan harinya pula, kami bertolak ke UIA Gombak untuk menguruskan yuran pengajian Abah Yie yang tertangguh. Dapatlah Ummi Na berjumpa dengan Cik Jie (Sharifah Naqjihaa). Mengimbau kenangan lalu memang seronok. Apatah lagi kini masing-masing membawa haluan sendiri. Antara kami berempat (Ummi Na, Cik Un, Cik Jie dan Cik Yea)..hanya Cik Jie yang masih solo dan mencari teman hidup. Alhamdulillah, Cik Un bakal menimang cahaya mata awal Syawal ini, mungkin awal sedikit daripada Ummi Na. Manakala Cik Yea, semakin bahagia melayari bahtera yang dibina bersama suami tercinta di negeri Johor.

Tengahari pula, kami terus menuju ke RISDA Ampang, tempat abah Ummi Na bekerja. Tidak lain tidak bukan, tujuannya hanyalah untuk menukar nama buku akaun tabung haji. Sebelum ni abah yang masukkan duit, jadi bila Ummi Na dah besar..baru ni berkesempatan tukar nama akaun kanak-kanak ke dewasa. Namun, melihat kepada ramainya orang pada tengahari itu kami menangguhkan hasrat untuk menukar nama buku akaun. Petang itu, makcik Ummi Na yang tinggal di Tanjong Karang pula datang ke rumah. Sempatlah Ummi Na jumpa sejurus pulang dari Gombak walaupun seketika cuma.

11/06/2009
Pagi Khamis, kami bertolak pulang ke Kelantan setelah menghabiskan masa selama 4 hari di Shah Alam. Letih, puas, seronok semuanya ada. Perjalanan yang meletihkan. Masakan tidak, banyak tempat yang kami pergi sepanjang 4 hari di Shah Alam. Port Dickson, Nilai, Gombak, Ampang, Shah Alam...fuh!

Namun, rasa puas dan seronok mengatasi segalanya. Seronok dapat berjumpa dengan mak, abah, adik-adik, nenek, makcik-makcik dan pakcik-pakcik serta sahabat-sahabat. Alhamdulillah...mungkin inilah kali terakhir Ummi Na pulang ke Shah Alam sebelum bersalin. Insya-Allah, Ummi Na akan kembali semula semasa pantang nanti. Eii, tak sabar rasanya


** Masih menanti orang dari Mesir pulang ke tanah air.

- penyatuan 2 hati -

...Bila dua hati dah terjalin

Selamatlah pengantin kami doakan

Moga redha Allah bersinar selalu

Tanda bermula bahtera hidup...

Wah, minggu lepas sahaja, terlalu banyak jemputan kenduri yang kami terima. Alhamdulillah, kami sempat menghadiri beberapa walimah sahabat-sahabat kami di sekitar Kelantan. Sekalung tahniah kami ucapkan kepada sahabat-sahabat kami yang telah mendirikan masjid. Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga dan berbahagia dalam melayari alam rumahtangga.

Apa yang penting adalah sikap tolak-ansur dan saling faham-memahami antara resipi kebahagiaan dalam rumahtangga. Ummi Na nak cakap lebih-lebih, takut tersilap kata. Al-maklumlah, Ummi Na sendiri baru setahun jagung masih mentah dalam melayari bahtera yang baru dibina..masih perlukan nasihat dan tunjuk ajar orang-orang yang lebih makan garam.



(Azreen & Asiyah)


(Cikgu Azli & Ayu)

(Mahirani (cik yea) & Osman)



Ala kulli hal, di kesempatan ini juga kami mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada :

Ø Hafiz Bad & Nabilah
Ø Zubaidah & Rahim
Ø Rusydan & Sahizawati
Ø Taufiq & Dekma


* Mohon maaf, kami tidak sempat menghadiri walimah kalian semua :)
** Masih menanti kad jemputan daripada Uncle Asy :)

Thursday, June 04, 2009

-sebuah pertemuan-


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
*****************************
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Namun ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki


* * * * * *

Amjad melepaskan pandangan ke arah pantai. Hatinya tenang melihat pantai dan ombak yang berbuih putih. Sesekali ombak mengganas menghempas pantai. Ombak menghempas, namun pantai tetap setia di situ. Maha suciMu Ya Allah.Sesudah Subuh, dia menjejakkan kakinya di pantai. Hendak menikmati keindahan pantai pada waktu pagi. Menikmati keindahan suasana apabila sang mentari mula menghiasi ufuk timur.

Sesekali kakinya menguis pantai. Sejuk angin pagi Pantai Desaru itu mencucuk hingga ke tulang. Dia menghirup udara sepuas-puasnya. Matanya dipejamkan seketika. Dalam keasyikan, muncul seraut wajah yang selalu menghiasi mimpi-mimpinya kebelakangan ini. Wajah itu sudah lama terlukis dalam minda dan hatinya. Mana mungkin wajah itu dilupakan. Hati lelakinya berdebar lantas jantungnya berdegup laju. Sekilat itu, wajah tadi mengundurkan diri. Hilang bersama bayu yang bertiup lembut.

Ya Allah…

Siapakah dia? Aku rindu padanya. Temukanlah aku dengannya jika benar dia Kau ciptakan untukku. Hatinya berbisik perlahan. Siapakah dia? Persoalan yang tidak dapat dijawab oleh aqalnya saat ini. Namun, semakin lama hatinya menyimpan rindu. Rindu yang sukar ditafsirkan oleh hatinya sendiri. Hanya Dia Yang Mengetahui segalanya. Hatinya kini sudah diisi dengan seraut wajah bujur sirih itu. Lirikan mata serta senyumannya cukup berkesan di hati lelakinya. Ah, Amjad.

* * * * * * * * *


"bila engkau letih dan hilang rasa semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air
matamu..bila engkau rasa ketinggalan, Allah sentiasa di sisimu..bila engkau telah mencuba segala tapi tidak tahu tujuan, Allah ada penyelesaian..bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya"



Assalamualaikum…

Kutujukan warkah ringkas ini, buat insan yang telah Allah ciptakan sebagai Adam, yang Allah ciptakan untuk menjadi teman hidupku kelak…insya-Allah.

Wahai bakal suamiku…
Kudoakan dirimu berbahagia, di samping mendapat hidayah serta petunjukNya, serta berada dalam lindungan dan kasih-sayangNya selalu. Siapa pun jua dirimu, aku pasti engkau telah Allah ciptakan untukku. Di kesempatan ini, aku melakarkan sedikit luahan rasa hatiku untukmu. Entah mengapa, namun aku rasa rindu untuk menulis warkah kepada bakal suamiku. Walau kutahu sedari awal, warkah ini aku tulis untuk aku membacanya sendiri, sebab kala ini aku tidak tahu siapakah insan yang Allah ciptakan untukku. Sekurang-kurangnya, rinduku kepada bakal temanku akan terubat jua kerana di kala ini, aku seolah-olah sedang berbicara dengan dirimu.

Wahai bakal suamiku…
Sudah bersediakah dirimu untuk menggalas amanah yang satu ini? Dirimu bakal menjadi pemimpin kepadaku dan zuriat keturunan kita kelak. Tanggungjawab dan amanah yang tergalas di bahumu, akan menjadi lebih besar. Jika dirimu sudah bersedia, maka segeralah datang kepadaku. Usah dikau persoalkan diriku, kerana aku sudah lama bersedia untuk menjadi pendampingmu. Menjadi suri dalam hatimu.

Tahukah dikau wahai habibi,
sejak aku mula mengerti mengapa Allah ciptakan setiap sesuatu itu berpasangan, maka aku mula memasang impian. Aku impikan seorang teman hidup yang dapat memimpin aku serta zuriat keturunanku menuju ke jalanNya, jalan yang diredhaiNya. Aku impikan akan hadir suatu hari nanti, seorang lelaki yang akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang Allah beri dengan baik. Aku impikan akan hadir seorang lelaki yang akan memimpin tanganku,beriringan dengannya untuk menuju ke taman Firdausi. Aku impikan akan hadir seorang lelaki, yang rindukan syahid di jalanNya..aku impikan…aku impikan…terlalu banyak yang aku impikan. Fitrah bagi setiap insan yang Allah ciptakan, untuk memiliki kesemua yang aku senaraikan sebentar tadi.

Wahai bakal suamiku…
Aku mahu dikau mengerti, aku mahu kau selami perasaanku ini…terlalu banyak impian yang telah aku bina, untuk hidup di samping seorang insan yang akan menjadi teman hidupku. Akan kukongsi impian itu, untuk kita laksanakan bersama. Setiap kali dalam sujud terakhirku, aku sering berdoa agar Dia pertemukan kita, dalam satu pertemuan yang diredhai. Aku berdoa, agar disatukan hatiku dengan hatimu seterusnya akan bertaut dengan cintaNya, kerana di situlah pertemuan kita yang paling bermakna….

* * * * * * * * *
Ajwad keliru tentang perasaannya. Pertama kali mungkin, hatinya terusik dengan pertemuan yang tidak disengajakan petang tadi. Resah memikirkan dirinya yang tidak keruan. Ah, parah. Dalam hening malam itu, dia segera sujud memohon petunjuk dari Ilahi. Seraut wajah telah mencuri hatinya, membawa hatinya pergi dari jasad. Mungkin. Seumur hidupnya, inilah pertama kali Allah cambahkan satu perasaan halus, yang menggetarkan naluri lelakinya terhadap insan yang berlainan jantina. Apakah itu cinta? Benarkah? Puas dia mentafsirkan rasa hati yang tersirat. Oh Tuhan...

"Maafkan saya saudara, saya tidak sengaja," masih segar di ingatannya, suara lembut wanita itu memohon maaf sambil mengutip bukunya yang terjatuh. Saat wanita itu menghulurkan bukunya, dirasakan hatinya telah dicuri tanpa sedar. Masih terbayang raut wajah wanita itu, lembut dan putih bersih. Redup pandangannya menikam jiwa Ajwad. Tahi lalat manis yang terletak di bibir kanan menjadi penyeri. Orang kata, bermulut manis. Ah, memang cukup manis. Indah sungguh ciptaan Ilahi. "Saudara?"

Astaghfirullahal'azim...

Wanita itu segera berlalu tanpa sempat Ajwad mengucapkan terima kasih. Sedikit kesal, kerana terlalu asyik melihat wanita itu. Ya Allah...cuba diusir perasaan yang mengusai diri, namun ia semakin kuat mencengkam jiwanya. Inilah dia panahan jiwa yang sedang dilalui. Sukarnya untuk dikikis perasaan ini. Ah, Ajwad.

* * * * * *
Wahai bakal suamiku…

Aku tahu, aku mengerti masanya akan tiba jua. Alhamdulillah, doaku telah dimakbulkan. Syukur padaMu Ya Allah, yang telah mencampakkan mawaddah dan mahabbah dalam hatiku untukmu. Engkau akan hadir jua satu hari nanti.

Inikah perasaan yang sama dilalui oleh setiap insan yang akan disatukan dengan ikatan yang suci? Ya Allah, manis sekali cinta yang Engkau berikan ini…namun belum tentu aku memilikinya tanpaMu. Tetapkanlah hatiku Ya Allah.

Wahai bakal suamiku…
Telah Allah hantarkan dirimu kepadaku. Aku akan tetap menunggu masanya, saat dirimu akan hadir memimpin tanganku menuju ke jalanNya. Moga rasa kasih dan cinta yang kusimpan ini hanya untukmu, dan akan bersimpuh di bawah cinta dan kasihNya.

Wahai bakal suamiku…
Kala ini, aku masih bersabar menanti kehadiranmu. Kupujuk hatiku yang dilanda keresahan ini. Sungguh, amat payah untukku mengusir rasa kasih dan cinta ini tanpa pertolongan darinya. Wahai habibi, bersamalah kita berdoa agar cinta yang Allah kurniakan kepada kita ini akan merimbun dalam kasihNya…dalam rimbunan keimanan. Berdoalah wahai bakal suamiku…hanya Dia yang Maha Mendengar dan Mengetahui isi hati hamba-hambaNya
..


* * * * * * * * *
Amjad melepaskan keluhan. Tuhanku, inikah dugaan yang terpaksa kutanggung? Inikah ujianMu yang terpaksa aku hadapi? Berat sungguh dugaan ini. Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan ya Allah. Jangan Kau buangkan rasa kasih yang mula berputik di hatiku, sebaliknya Kau temukanlah aku dengan pemilik wajah yang selalu muncul menghiasi mimpi-mimpiku ini.

Amjad keresahan di kamar setelah mendengar usul kedua orang tuanya sebentar tadi. Ah, benarkah? Hati lelakinya tidak keruan.

"Along, umi dan abah dah bincang. Kami dah merisik anak kawan abah untuk dijadikan menantu kami. Untuk jadi isteri Along. Sopan budaknya, insya-Allah jadi isteri dan ibu yang baik. Umi dan abah berkenan," Allahu Akbar. Ya Allah, apakah aku harus mengiakan sedangkan hatiku kini sudah kuserahkan kepada seseorang? Seseorang yang telah mencuri hatiku tanpa kusedari.

Mengapa umi dan abah tidak meminta pandanganku dahulu? Merisik perempuan untuk dijadikan isteriku? Di mana hakku? Menyakiti hati umi dan abah bukan niatku. Aku bukanlah anak derhaka selama ini, tapi kini? Ah, betapa payah dan sukarnya ya Allah…Siapakah yang harus kupilih?

* * * * * *
Langkah Ajwad mati di situ. Ajwad menepuk perlahan pipinya, memastikan adakah dia masih di dalam realiti atau fantasi. Kedudukan kopiah dibetulkan. Janggut sejemput diramas seketika. Bingkai cermin matanya ditnggalkan.

Hayunan lemah gemalai dan sopan wanita itu mengetuk pintu hatinya. Diakah? Ya Allah, alhamdulillah. Bertudung litup dan berjubah coklat muda telah menaikkan seri wajah itu. Sesuai dengan warna kulitnya yang kuning langsat.

"Assalamualaikum," salam dihulur lalu dijawab penuh sopan. Wajah di hadapannya sedikit terkejut, namun dimaniskan sedikit wajahnya. "Terima kasih untuk tempohari," ucapnya berbahasa. Mungkin wanita itu mengerti apa yang dimaksudkan oleh Ajwad, lalu mengangguk perlahan. Kelihatan wanita di hadapannya tersipu malu.

Wanita berjubah coklat itu berlalu meninggalkan Ajwad yang masih kaku di situ. Ah, melepas lagi aku! Ajwad, mengapalah kau ni lambat sangat? Ucap terima kasih saja? Aduhai Ajwad, peluang yang ada kau sia-siakan begitu sahaja…

Sesekali tangannya menepuk dahi. Allahu Akbar. Ya Allah..Dipujuk hatinya yang keresahan. Sabar, sabar.

* * * * * *
Wahai bakal suamiku…
Terlalu banyak yang ingin aku bicarakan kala ini. Namun tak terluah rasanya.. Aku terlalu lemah. Kala ini, terlalu banyak dugaan yang aku hadapi. Apakah aku mampu menghadapi semua ini?

Wahai bakal suamiku…
Aku perlukanmu di sisi…Andai engkau tahu apa isi hatiku ini, aku ingin kau turut merasai sama apa yang kurasa kala ini. Aku tidak mampu untuk menghadapi semua ini
seorang diri…bantulah aku. Aku hampir tersungkur dalam mengharungi dugaan hidup ini. Ah, lemahnya aku. Begitu lemah.

Wahai bakal suamiku…
Apakah kau mendengar luahanku ini? Ujian yang datang menimpaku terlalu banyak, hingga adakala aku hampir berputus asa denganNya… Ya Allah, terlalu banyak dosaku kala ini. Aku rasakan diriku semakin jauh dariNya.

Wahai bakal suamiku…
Aku sekadar ingin meluahkan rasa hatiku saat ini, yang sering gundah-gulana. Adakala aku kalah sebelum pertarungan. Ah, lemahnya aku. Layakkah aku mendampingimu?
Aku malu denganmu…apatah lagi aku malu berhadapan denganNya. Setiap kali aku menghadapNya, setiap kali itulah kurasakan lemahnya aku hingga adakala aku tidak mampu mengangkat wajahku ini…Ya Allah…Dia pemilik hati-hati kita…

Lemah lututku berdiri
Di hadapanMu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh di bawah duli kebesaranMu


Wahai bakal suamiku…
Namun, aku redha dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Allah menguji setiap hambaNya mengikut kemampuan mereka…aku redha dengan apa yang berlaku. Ini tanda kasih-sayangNya padaku. Mungkin juga sebagai peringatan untuk diriku, yang sering alpa.


* * * * * * * * *
Ya Allah
Seandainya telah Kau catatkan..
Dia akan menjadi teman menapaki hidupku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Ambillah kebahagiaan tika dia ada di sisiku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Untuk melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agar ku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya..

Dan ya Allah yang tercinta..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMU..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambaMU ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambaMU yang da’if ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..

Amjad mengusap wajahnya perlahan. Air matanya mengalir menuruni pipinya, lalu membasahi baju melayu yang dipakai. Pertama kali hatinya pedih, menderita. Hanya kerana seorang wanita yang tidak dikenali, yang hanya muncul di dalam mimpi-mimpinya. Wajah yang setia menemaninya hampir setiap malam.
Pertama kali dia jatuh cinta, namun dilukai. Dia yang melukakan hatinya sendiri. Menyintai seseorang tanpa mengenali nama dan pemilik wajah itu. Bodohkah dia? Ya Allah, perancanganMu adalah sebaik-baik perancangan. Aku redha Ya Allah…aku redha.

Bukan tidak pernah mengusir rasa halus yang menyelinap di sudut hati, namun sukar dikikis. Andai bisa ditoreh, akan ditoreh untuk dibuang perasaannya. Namun, rasa cinta yang Allah campakkan saat ini milikNya. Hanya Dia yang bisa membuang rasa halus itu dari hatinya. Biar beribu kali cuba diusir, namun pasti tidak akan terusir tanpa izinNya.

"Umi, abah. Along terima cadangan umi dan abah. Along tahu pilihan umi dan abah yang terbaik," lembut bicara Amjad menyenangkan hati kedua orang tua itu. Alhamdulillah, kata sepakat sudah dicapai. Tarikh pernikahan juga sudah ditentukan. Bermakna lagi dua bulan dia akan memasuki alam rumahtangga. Ya Allah…

Menjadi suami kepada wanita yang tidak dikenali. Menjadi pemimpin dan ketua keluarga. Sudah bersediakah aku? Amjad?

* * * * * *
Ah, jika kuturutkan rasa hati ini, bisa gila aku dibuatnya. Lepaskanlah perasaanmu itu Ajwad. Dia bukan milikmu, dia bukan untukmu. Percayalah. Ah, sukarnya mengikis bayangan itu. Ajwad mengharapkan pertemuan yang ketiga. Namun, perancangan Allah sebaik-baik perancangan. Ajwad, jangan berputus asa. Dia memujuk hatinya sendiri. Pasti Dia mengerti isi hatiku ini.

Ya Allah…kau telah makbulkan doaku. Memang benarlah ya Allah…

Pertemuan ketiga antara Ajwad dan wanita itu berlaku jua dengan izinNya. Ajwad tekad untuk meluahkan perasaan yang semakin hari semakin membukit di hatinya. Chayok Ajwad, chayok! (dari manalah pula datangnya perkataan korea ni?) Ajwad, berusaha! Yakin boleh.
Bismillahirrahmanirrahim... Mengharapkan redha Allah, dia memulakan bicara, menyusun kata, begitu berhati-hati. Hatinya terlalu berharap tanpa sedar wanita di hadapannya mengesat birai mata yang digenangi cecair.
Tatkala wanita itu melangkah pergi, hatinya bak kaca yang hancur berderai. Ya Allah. Aduh! Pedihnya hati ini. Betapa hati ini dilukai, kecewa. Allah…bantulah aku. Sudah diingatkan dirinya sendiri, usah terlalu berharap. Usah dilayan perasaanmu itu Ajwad! Kini, kau terluka….Ajwad!

* * * * * *
Wahai bakal suamiku…
Sudah bersediakah dirimu? Inilah warkah terakhir dariku mungkin, sebelum kita diijbqabulkan. Menghitung hari, aku ibarat pungguk rindukan bulan. Aku ibarat Laila yang merindukan Qaisy. Mungkin juga sedalam rindu Dara kepada Uda.

Wahai bakal suamiku…
Detik itu akan tiba. Dengan izinNya, aku pohon agar ikatan itu nanti kekal selamanya. Aku terima dirimu seadanya, aku harap engkau jua begitu. Aku masih menanti dan tertanya, siapakah dirimu sebenarnya? Insan yang Allah ciptakan untuk menjadi teman hidupku? Sungguh, aku masih belum berkesempatan melihat wajahmu. Umi dan abiku pernah menunjukkan gambarmu, namun aku keberatan untuk melihatnya, walaupun hatiku memberontak dan melonjak-lonjak untuk melihatmu. Hanya namamu yang kukenali.

Aku bukan seperti insan lain. Aku tidak mengharapkan engkau seperti Azhar Sulaiman, atau juga Datuk Khalid, mungkin juga Mawi apatah lagi seperti Tun Mahathir. Aku Cuma mengharapkan engkau adalah lelaki yang Allah ciptakan untuk menemani aku selamanya. Menemani aku untuk pergi kepada Al-Khaliq.
Wahai bakal suamiku…
Cukuplah Allah sebagai pemelihara ikatan kita ini. Warkah terakhir ini kucoretkan ringkas, kerana masih ada banyak masa untuk kita berbicara selepas ini…insyaAllah. Aku pohon restumu, aku pohon kasihmu…bawalah daku menuju jalan Ilahi. Aku sampaikan salam rinduku kepadamu melaluiNya.


* * * * * * * * *

Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya.

Allahu Akbar! Ya Allah, betapa Engkau Maha Berkuasa. Aku ini hamba yang kerdil lagi lemah, ampunkanlah segala dosaku. Aku terlanjur, mencintai seseorang yang bukan Engkau ciptakan untukku. Ya Allah, aku malu…aku malu dengan diriku. Bagaimana aku hendak menghadapi semua ini?

Ajwad Fitri…
Telah Allah takdirkan dia bukan milikmu. Telah Allah takdirkan dia bukan untukmu. Wanita itu milik orang lain. Selayaknya lelaki itu yang berhak untuknya. Begitulah kehendak dan suratan yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Tenangkanlah hatimu. "Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang".

Ajwad Fitri…
Betapa sukarnya untukku menerima hakikat ini. Sukar ya Allah. Aku mencintainya, aku ingin jadikan dia suri dalam hidupku. Namun, ini takdirnya. Aku diuji dengan kehilangan kasihnya, orang yang aku sayang dalam diam. Namun, dia sebenarnya masih belum "hilang" dari hidupku. Dia ada dekat denganku. Hakikatnya…begitulah.

* * * * * *
Wahai suamiku…
Terima kasih untuk segalanya. Menerima aku sebagai isterimu…menerima aku sebagai teman hidupmu…menerima aku seadanya. Memang telah tertulis di Loh Mahfuz…jua perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Wahai suamiku…
Kini engkau telah menjadi suamiku. Aku benar-benar merasa gembira. Inilah anugerah yang berharga yang telah dikurniakan kepadaku. Rupanya, selama ini aku begitu dekat denganmu. Aku begitu hampir denganmu. Tidak kusangka, engkaulah insan yang Allah ciptakan untukku.

Wahai suamiku, sehari bersamamu…sudah cukup untukku merasa kasih-sayangmu. Engkau sebaik-baik suami, melayanku dengan baik. Cukuplah sehari sahaja aku merasai kasih-sayang yang kau curahkan.

Wahai suamiku…
Ah, lebih elok rasanya aku membahasakan diriku "Aufa"…
Abang… Aufa benar-benar berterima-kasih kepadaNya kerana mengurniakan lelaki sebaik abang untuk dijadikan teman hidup. Penantian Aufa telah berakhir. Abang telah memimpin tangan Aufa…mendampingi Aufa…mengasihi Aufa…menerima segala kelebihan dan kekurangan Aufa seadanya. Terima kasih abang.

Wahai suamiku yang kukasihi…
Ingatlah, perancangan Allah sebaik-baik perancangan. Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita merancang, Dia juga merancang. Namun, perancangannya sebaik-baik perancangan. Aufa tidak memilih untuk berakhir begini, namun inilah kesudahannya.

Abang,…
Masih ingatkah dengan impian-impian Aufa? Setelah kita diijabqabulkan, barulah Aufa berani dan Aufa bersedia untuk menyerahkan semua surat yang Aufa coretkan untuk abang. Untuk lelaki yang Allah ciptakan sebagai teman hidup Aufa. Abang, maafkan Aufa kerana tidak berterus-terang dengan abang selama ini….

Kala ini, Aufa semakin jauh dengan abang. Kita terpisah, namun Aufa harap, perpisahan kita ini biarlah perpisahan di dalam redhaNya. Aufa pergi meninggalkan abang…bukan bermakna abang keseorangan. Abang masih ada Dia. Dia yang sentiasa ada bersama abang setiap masa. Dia yang tidak pernah leka menjaga abang, memelihara abang.

Sudah lama Aufa menderita menanggung kesakitan. Umi mahupun abi juga tidak pernah tahu penyakit yang Aufa tanggung sekarang ini. Bukan Aufa membelakangkan umi dan abi. Namun, siapa yang sanggup melihat air mata umi dan abi apabila mendapat tahu mereka akan kehilangan anak? Satu-satunya anak tunggal, permata umi dan abi… Abang, sakit barah rahim Aufa pada tahap kritikal. Inilah dia, yang menyebabkan Aufa terpaksa meninggalkan abang.

Mungkin jua telah Allah takdirkan, Aufa dan abang tidak akan bersatu di dunia, tapi di akhirat mungkin? Atau, Allah tahu bahawa Aufa tidak dapat menjadi suri hati yang baik untuk abang, sebab itu Dia mengambil Aufa terlebih dahulu. Atau, Dia memang sayangkan Aufa lebih daripada abang. Maafkan Aufa abang, kerana tidak dapat menjadi suri hati abang, dan bersama menggapai impian yang Aufa pernah ceritakan pada abang dahulu.

Wahai suamiku…
Usahlah ditangisi pemergianku…simpanlah air matamu untukNya. Hanya Dia yang layak…Buat akhirnya, terima kasih sekali lagi kerana menerima Aufa, insan yang kerdil dan hina ini. Abang, tolong jaga umi dan abi dengan baik, hanya umi dan abi yang Aufa tinggalkan untuk abang. Salam sayang untuk abang, bersaksikan Allah…Aufa tetap merindui abang. Allahu A'lam

Insan kerdil menuju Ilahi,
Aufa Qistina bt Sufyan


* * * * * *
Ya Allah, segala pemberianMu yang kusayangi, jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu…segala yang Kau pisahkan dariku sedangkan ia sangat kusayangi, jadikan ia ruang untuk cintaMu dalam diriku.

Air mata lelakinya mengalir menuruni pipi. Allahu Akbar. Aufa isteriku. Suri Hatiku. Permata hatiku. Bidadari hatiku.

Amjad Fitri…
Telah Allah catatkan. Dia milikmu untuk seketika. Dia Allah ciptakan untukmu, Dia pinjamkan Aufa untukmu…hanya seketika. Dia ingin mencari kebahagiaan sebelum berangkat menuju kekasih yang dicintai sekian lama. Aufa…

Amjad mencium dahi Aufa yang sejuk. Jasad itu kaku di perbaringan. Aufa, isterinya meninggalkannya untuk menuju Ilahi. Dia keseorangan. Aufa!!!

Allah memang Maha Berkuasa. Itulah Aufa, wanita yang kerap menghiasi mimpi-mimpinya, menemani lenanya hampir setiap malam. Aufa, wanita yang telah mencuri hatinya sekian lama. Ya Allah, Engkau memang Maha Mendengar dan Mengetahui isi hatiku ini.

Amjad Fitri…
Belum puas dia merasai kasih-sayang Aufa. Belum puas dia merasai keenakan masakan Aufa, walau hanya nasi goreng belacan yang disediakan lewat pagi itu. Belum puas dia menatapi wajah bujur sirih itu, yang dihiasi tahi lalat di bibir kanan sebagai penyeri. Belum puas dia mendengar Aufa memanggilnya "abang". Ah. Semuanya belum lagi…Aufa.

Hanya dua hari mereka mengecap kebahagiaan…bergelar suami isteri. Hanya dua hari. Aufa…telah ditakdirkan pergi meninggalkannya. Meninggalkan insan-insan yang menyayanginya. Seakan tidak percaya, Aufa meninggalkannya…
Ya Allah…aku redha dengan kehilangannya. Aku redha dengan pemergiannya. Namun satu pintaku, temukanlah aku dengan Aufa Qistina bt Sufyan, jadikan dia bidadari hatiku di sana kelak.

* * * * * * * * *
Amjad Fitri…Ajwad Fitri…
Kembar seiras, yang Allah campakkan rasa cinta terhadap wanita yang sama. Mereka jatuh cinta, namun Allah takdirkan segalanya. Aufa Qistina, bukanlah milik mereka, namun milikNya. Allah takdirkan Aufa Qistina untuk jadi suri hati Amjad Fitri untuk seketika. Hanya seketika. Allah uji hati Ajwad Fitri dengan kehilangan Aufa Qistina yang tidak ditakdirkan untuknya.

Aufa Qistina :
" Aku musafir, berkelana di dunia ini untuk mencari redha Ilahi. Aku musafir, mengembara mencari cinta hakiki. Aku musafir, yang dahagakan kasihNya. Aku ingin menggapai maghfirahNya…sebelum ke titian sirat.
Terima kasih Tuhan, memberikan aku Amjad Fitri walau untuk seketika"

Amjad Fitri :
"Akan kubina impian yang sama sepertimu Aufa. Akan kutunaikan impianmu yang belum terlaksana. Aku berterima kasih kepadaNya kerana telah menyatukan kita. Engkau sebenarnya sudah lama menemani aku, menghiasi dan memenuhi ruang hatiku.
Engkau istimewa dalam hatiku Aufa"

Ajwad Fitri :
"Aku redha dengan apa yang berlaku. Dia memang layak untukmu Aufa. Abangku selayaknya untukmu. Maafkan diriku kerana menyintaimu di dalam diam. Namun, rasa kasih ini datang dariNya, dipinjamkan seketika untukku.
Benarlah, kau memang istimewa, insan yang hadir dalam hidup kami"

- shut down -
kembarahati
(Saida Marlina Mohd Mohtar)
02.05 p.m
17 Muharram 1428H

Wednesday, June 03, 2009

- 20 Muhasabah Harian -





















20 MUHASABAH HARIAN
ADAKAH ANDA…


1-Beristighfar/bertasbih setiap hari
2-Berzikir mengingati Allah
3-Sembahyang 5 waktu
4-Berpuasa sunat
5-Mengerjakan solat-solat sunat
6-Berselawat kepada Rasulullah
7-Bersyukur di atas nikmat Allah
8-Bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap urusan
9-Memaafkan kesalahan orang lain
10-Menghubung silaturrahim
11-Memberi nasihat yang baik kepada manusia
12-Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri
13-Menziarahi orang sakit/miskin
14-Menziarahi kubur untuk mengambil iktibar
15-Bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar
16-Mencegah kemungkaran bila melihatnya
17-Sentiasa berfikir dan bertindak kearah kebaikan
18-Sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya
19-Menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia
20-Seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah

Monday, June 01, 2009

- rindu -


(Iwe, Ummi Na, Bilah, Ewa, Sue Chah dan Din)
** Abah Yie tiada dalam gambar sebab dia tolong tangkap gambar

Salam to all of you...

Wah, kami tak sabar nak balik Shah Alam (^_^). Insya-Allah Ahad (07/06/2009) ni kami bertolak pulang menaiki Kancil. Ops! Bukan Si Kancil binatang tu, tapi kereta kancil kesayangan abah :) Seronoknya dapat berjumpa keluarga di Shah Alam. Sesungguhnya rindu itu tidak pernah surut, malah semakin mekar di laman hati kami berdua. Rindu masakan mak, rindu leteran abah, rindu gurau senda gelak-tawa adik-beradik malah rindu dengan kerenah dua orang anak sedara yang semakin lincah.

Sedar tak sedar, dah 2 minggu adik bongsu kami merantau menuntut ilmu nun jauh di Selatan sana. Alhamdulillah, setelah menjalani minggu Ta'aruf Week di Petaling Jaya, si bongsu berangkat ke Kampus Nilai, Negeri Sembilan. Erm, rindunya dengan puteri bongsu ni. Usahkan kami, umi dan abah sendiri turut memendam rindu terhadap puteri kesayangannya. Maklumlah, tidak pernah berpisah jauh sebegini rupa. Mata umi menceritakan isi hatinya sendiri. Ummi Na tahu, sebab Ummi Na ni kan perempuan..hanya perempuan yang dapat menyelami dan memahami naluri kaum sejenisnya apatah lagi Ummi Na pun bakal bergelar ummi tak lama lagi..insya-Allah..ameeen.

"Selamat berjuang adikku...
Semoga Allah berkatimu..
Kenangan indah bersamamu...
Takkan kubiar ia berlalu...
Berjuanglah hingga ke akhirnya..
Dan ingatlah semua ikrar kita..."
- All the best dik


"Rindu itu adalah...
Anugerah dari Allah...
Insan yang berhati nurani...
Punyai rasa rindu.."
- Kami sentiasa rindukanmu

(Di samping si bongsu kesayangan sebelum bertolak ke Kuala Lumpur)

Minggu ni, makcik-makcik kami akan pulang. Cik Dah, Cik Mah dan Sue Chah. Mumarridh Kuantan (Din) pun akan pulang sama. Meriahnya...bolehlah masak special sket. Lagipun Ummi Na rindukan popia goreng dan dadih Cik Mah kami ni :) sedap...Ummi Na baut tak sesedap masakan Cik Mah hehehe. Rindunya suasana macam ni..gelak-tawa, gurau-senda seisi keluarga yang pastinya menambahkan lagi kemesraan dan kasih-sayang kami semua. Semoga Rindu ini akan kembali semula kepada Pemiliknya...ameen :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...