:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, May 28, 2009

- sesuci wardah -

WARDAH,
SEINDAH NAMAMU,SECANTIK WAJAHMU
SELEMBUT DIRIMU,SEHALUS SENTUHANMU
DIRIMU BISA MELEMAHKAN IMAN
SEORANG INSAN BERNAMA ADAM
HANYA KERANA DIKAU BERGELAR WANITA

WARDAH,
DIRIMU TERLETAK JAUH DI SINGGAHSANA
DIPAGARI DENGAN TEMBOK BERDURI
DIBAJAI DENGAN WADAH KASIH-SAYANG
DISIRAMI DENGAN AIR MATA KEINSAFAN
HATTA SUCI MEWANGI SELAMANYA

WARDAH,
BISAKAH ADAM MENGEMIS CINTAMU
MERAIH SENTUHAN KASIH-SAYANGMU
ANDAI DIKAU DIAM MEMBISU KATA
DALAM KETULUSAN CINTA YANG KAU HARAPKAN
PADA KHALIQMU...RABBUL IZZATI?

WARDAH,
HIASILAH WAJAHMU DENGAN TITISAN WUDHU'
BASAHILAH BIBIRMU DENGAN LAFAZ ZIKRULLAH
JADIKANLAH MALU ITU MAHKOTA HIASANMU
JUA PERISAI BUAT DIRIMU

WARDAH,
BEBASKANLAH DIRIMU SEGERA
DARI KEPOMPONG HIDUP YANG DURJANA
TEGAKANLAH HATIMU YANG KIAN RAPUH
DEK DUNIAWI YANG PENUH PANCAROBA
HAYUNKAN LANGKAHMU KE DESTINASI ABADI
KERANA DI SANATERSEDIA MENANTI
TEMPAT SUCI DIKAU BERSEMADI

bingkisan abadi :
wardah_iium
(Saida Marlina Mohd Mohtar)


Tuesday, May 26, 2009

- SIAPAKAH KITA? (2) -


Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang manis senyumannya adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata, ” Innalillahi wainna ilaihi raajiuun.” Lalu sambil berkata, ”Ya Rabbi aku reda dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyum.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?

Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya, lalu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Thursday, May 21, 2009

(KASIH-SAYANG)


Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih Tuhan tiada bertepi
Sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

** dedikasi buat suami tercinta, (MOHD FIKRY BIN MOHAMED) semoga kasih-sayang yang Allah kurniakan kepada kita akan kembali semula kepadaNya. Terima kasih atas segalanya...

- SIAPAKAH KITA? (1) -


Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan, iaitu Allah Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan lanit pada Tuhan kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun berasa tidak apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering berasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkanya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman.

Wednesday, May 20, 2009

- AISYAH HUMAIRA -

(Aisyah Humaira bt Mohd Nurul Hisyam)

Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisyah Humaira
Namun bukan inginku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya darah perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al-ifqi satu titik pemula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah-munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-muqatsirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turun wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

Tetapi lihatlah hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah mempersia-sia
Ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehnah ujian

Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Engkau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawakan pergi
Sungguh beruntungnya dikau punyai suami
Yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu

UNIC


Asal naik kereta je, Ummi Na mesti pasang lagu ni. Sedap didengar. Bila dengar lagu ni, teringat kat anak buah yang duk di Mesir tu. Namanya pun AISYAH HUMAIRA...anak kepada abe long (MOHD NURUL HISYAM) dan kak long (FATIMAH AZ-ZAHRA).


Insya-Allah, akan pulang bercuti ke tanah air hujung bulan 6 ni :) tak sabar nak jumpa Aisyah yang comel lagi kiut tu...hehehe.

( kembara KELANTAN-SHAH ALAM 2 )

Pada awalnya, teksi pertama yang kami tahan tidak sanggup menghantar kami ke Shah Alam. Em, kenapa agaknya? Sebab...pakcik driver tu dah tua...ala2 ibarat atuk Ummi Na. Agaknya sebab tu dia tak sanggup nak hantar kami ke Shah Alam. Alhamdulillah, teksi yang kedua sanggup menghantar kami kme Shah Alam setelah dia berbincang dengan Abah Yie. Abah Yie mengatakan teksi ini menggunakan meter. Tambang pun lebih kurang belasan ringgit.

Sepanjang perjalanan, mata Ummi Na tak lepas dari memandang meter teksi tersebut. Dalam hati ni debarannya kencang semacam je. First time naik teksi dengan perjalanan yang agak jauh kiranya, jadi tak pasti berapa bayarannya. Ummi Na asyik berdoa dalam hati agar tambang ni tak semahal yang kami budget. Maklumlah, tak ada pitih...awal bulan katakan. Tak senang duduk Ummi Na dibuatnya, sebab dalam perjalanan pulang tu agak sesak jalan di Petaling Jaya.

Alhamdulillah...syukur kami selamat tiba di Shah Alam, betul-betul di hadapan rumah keluarga Ummi Na dengan bayaran hanya RM20. Selamat duit kami lagi RM10 tu :) Syukur sangat-sangat. Kami sampai di rumah masih pagi lagi, belum pun tiba waktu Solat Jumaat. Alhamdulillah, dapat rehatkan badan seketika. Pagi tu abah tak pergi kerja sebab nak ambil barang-barang adik Ummi Na di UITM Skudai, Johor. Adik Ummi Na yang kedua ni baru sahaja habis pengajian dalam bidang Mechanical Engineering.

Petang tersebut kami bertolak pula ke Tanjong Karang (rumah nenek Ummi Na). Hampir empat bulan kami tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke sana. Kami sampai di Tanjong Karang tepat-tepat masuk waktu Isya'. Lantas kami menunaikan solat jama' ta'khir dan menikmati makan malam yang nenek sediakan.

(udang goreng yang rangup malah membuka selera kami)

(ikan tenggiri masak asam yang dibuat oleh kakak sepupu Ummi Na)

Seronok menikmati suasana kampung ni. Maklumlah, rumah nenek Ummi Na berdekatan dengan sawah padi. Namun, kami tak berkesempatan pergi ke sawah padi kali ni. Keesokan paginya kami berdua menyediakan sarapan iaitu nasi goreng kampung. Begitu juga sebelah tengahari, kami berdua yang memasak. Sedap juga walaupun hanya pakai campak-campak dalam kuali tu :)

(wah, ada bakat nak jadi chef juga Abah Yie ni. Macam nilah baru dikatakan cucu menantu yang soleh hehehe)


(sedapnya masak lemak pucuk ubi ni. Nyum-nyum...)

(berselera sungguh Abah Yie tengahari tu. Siap tambah 3 pinggan lagi)

Setelah menghabiskan masa beberapa jam di kampung, kami bertolak pula ke Shah Alam lebih kurang jam 5.30 petang. Malamnya pula, abang Ummi Na dengan baik hatinya belanja satu keluarga makan sate. Wah, seronok betul orang belanja sate ni :) Sambil menonton RESTU MERTUA (drama yang berjaya meruntun hati Ummi Na), kami menikmati kelazatan Sate Kajang Samuri bersama. Ah, seronoknya bergurau denda bersama mak, abah, adik-adik juga anak-anak sedara dua orang tu.

Keesokan hari, kami bertolak pulang ke Kelantan menaiki bas Sani jam 9 pagi. Rasanya terlalu sekejap masa bersama keluarga di Shah Alam. Entah bila kami akan pulang semula ke Shah Alam. Begitu pantas masa berlalu...sedar tak sedar hujung bulan Mei akan melabuhkan tirai. Rindunya nak pulang ke kampung.......!

Sunday, May 17, 2009

- puisi indah -

kuhirup secangkir madu iman...
kusulam sehelai cinta taqwa...
kusemai setulus kasih abadi...
kulerai segenap pintalan dosa...
kuanyam hamparan qalbu suci...
kubingkiskan hanya untukMu...
Rabbul Izzati

nukilan abadi
kembarahati
14/01/06



setapak melangkah...
menghampiri gerbang maghfirahMu...
degup jantung berombak laju...
desah nafas menjadi satu...
lisan jiwa menghambat sendu...
bicara qalbu mencengkam pilu...
alunan zikri terlontar sayu...
menjengah fikri sedari dulu...
lewatkah aku..
menagih secebis cintaMu?

nukilan abadi
kembarahati
15/01/06
* Ummi Na teringat masa kat UIA dulu..memang rajin menulis sajak dan cerpen. Buat simpanan dan koleksi peribadi. Tapi sekarang ni??

Saturday, May 16, 2009

- Air tangan HABIBI (^_^) -

(masakan tengahari yang simple tetapi menyelerakan)

(sarapan pagi yang kami berdua sediakan (^_^)


(em, sedapnya bau. Ada gaya seorang chef tak?)


(gaul jangan tak gaul...menghampiri masakan isteri ni)


(sekarang kita masukkan sos tiram pula ye..banyak sikit baru sedap!nyum-nyum)

Bismillahirrahmanirrahim...em,sedap betul masakan suami Ummi Na ni. Dah lama tak rasa air tangan seorang suami. Sejak Ummi Na sakit alahan mengandung yang teruk, Abah Yie memang kerap masak untuk Ummi Na. Sewaktu di Seremban dulu, dia yang kerap masak sementara Ummi Na berehat. Selalunya telur masak kicap ataupun masak sambal :) ada juga sardin.

Mungkin sempena Hari Guru ni, Abah Yie ada mood nak masak. Pagi tadi kami masak nasi goreng belacan. Nyum-nyum sedapnya hingga menjilat jari. Licin bersih. Umi dan Bilah makan sekali. Nasi goreng tu cuma sedikit, jadi kami makan sama rata. Alhamdulillah, walaupun sedikit tetapi mengenyangkan.

Jika suami isteri saling bekerjasama, tolong-menolong hatta dalam bab memasak..pastinya akan lebih mengeratkan kasih-sayang antara mereka. Masak untuk suami atau isteri dengan hati yang ikhlas sudah semestinya itulah perencah yang paling mahal selain dimulai dengan basmalah. Abah Yie memang memahami Ummi Na. Sejak mengandung ni Ummi Na memang jarang masak. Bukan apa, semasa awal kandungan dulu Ummi Na langsung tak boleh tengok minyak apatah lagi bau tumisan. Memang loya sangat. Jadinya Abah Yie ambil alih tugas memasak. Sekarang ni dah tak macam dulu. Ada kelapangan, kami akan masak bersama, makan bersama.

* Ya Allah, moga cinta dan kasih-sayang kami tetap subur dalam rimbunan keimanan.

- SELAMAT HARI GURU -


16 Mei / Sambutan Hari Guru

Bila tiba tarikh ni, Ummi Na pasti teringat 2 zaman.

1- zaman bergelar seorang pelajar
2- zaman bergelar seorang pendidik

Kenapa agaknya? Em, sebabnya Ummi Na pernah melalui 2 zaman tersebut. Pengalaman yang paling berharga. Ada suka duka, pahit manis ketika melalui 2 zaman tersebut. Semasa bergelar seorang pelajar, kami akan meraikan semua guru. Manakala apabila kita bergelar seorang pendidik, kita pula yang diraikan oleh anak-anak murid.


Semasa zaman persekolahan dahulu, Ummi Na sering tertanya-tanya. Perlukah guru itu dirai? Kalau ya, mengapa? Bukankah hari-hari merupakan hari guru? Sebagaimana setiap hari merupakan hari ibu, hari bapa, hari suami, hari isteri, hari kanak-kanak? Bukankah cukup andai kita membalas jasa dan pengorbanan guru itu dengan mengikut segala nasihat, tunjuk ajar, pesanan dan menghormati serta memuliakannya lantaran ilmu yang dicurahkan tanpa jemu untuk kita? Perlukah kita mengadakan sambutan hari guru di samping sambutan itu diisi dengan sukaneka, acara nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya? Kemudian acara saling bertukar hadiah antara guru.


Ummi Na masih tertanya-tanya juga. "Tak salah kita nak raikan guru. Itu salah satu cara bagaimana kita menunjukkan kasih kita dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang diberikan. Apa salahnya? Cumanya mungkin cara pengisian sambutan itu yang perlu diubah. Ada sesetengah sekolah, menganjurkan aktiviti yang bertentangan dengan syarak. Contohnya, pertandingan nyanyian dan tarian yang bercampur antara guru lelaki dan perempuan. Yang ni memang melampau lah. Memang kena ubah" -em,teringat kata-kata seorang kawan lama


"Kita (saya) bukan tak setuju dengan sambutan hari guru ni, tapi entahlah. Yelah, cuba tengok sekarang ni. Bila tiba hari guru je, seolah-olah menjadi satu kewajipan kat anak murid untuk bagi hadiah kat guru. Kalau tak bagi hadiah tu, macam murid tu tak hargai jasa guru. Ada pulak tu sampai takut nak ke sekolah. Sebabnya? Nanti kawan-kawan ejek kalau tak bawa hadiah untuk guru. Cuba tengok murid-murid yang miskin. Tak kesian ke? Tergaru-garu kepala nak bagi hadiah apa kat guru? Dahlah hidup pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nak cari duit kat mana untuk beli hadiah tu? Sapelah yang pandai-pandai buat sambutan hari guru ni?" -kata-kata seorang kawan yang terlalu sensitif dan emosi bila bercerita bab hari guru


Apabila Ummi Na bergelar seorang pendidik, seakan terkena culture shock pula:) tahun pertama menyambut hari guru di sekolah, Ummi Na sampai tak cukup kaki tangan bawa pulang hadiah yang anak-anak murid Ummi Na beri. Ada kain sarung, jam loceng, payung, tudung, buku nota, bedak malah ada juga anak murid Ummi Na beri hadiah cincin. Memang Ummi Na terkejut sangat. Nama murid ni Muhammad Nur Yusri, tapi kami panggil Anje. Anje ni baru darjah satu masa tu. Dia memang murid yang paling mendengar kata dalam kelas. Sering dapat markah tinggi dalam pelajaran yang Ummi Na ajar (Bahasa Arab). Tersenyum Ummi Na bila dapat cincin tu. Sejak hari tu, Anje asyik diusik dan disakat oleh guru-guru di sekolah kami :) sampaikan dia malu sangat setiap kali Ummi Na masuk kelas.


Apapun, Ummi Na ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" istimewa buat mak Ummi Na yang tersayang SITI SAADAH BT SABILAN. Dialah guru Ummi Na sejak Ummi Na dalam kandungan lagi. Kemudian buat mak mertua WAN NORMA BT WAN ABDU RAHMAN. Tidak ketinggalan buat suami tercinta dan paling dikasihi, yang sentiasa dekat di hati MOHD FIKRY BIN MOHAMED. Terima kasih atas segala kasih-sayang, tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan yang abang berikan selama ini. Juga tidak ketinggalan buat abah mertua MOHAMED BIN HJ. ISMAIL. Tak lupa juga kepada teman-teman seperjuangan di KAFAi Al-Muhtadin, Desa Kemuning. Semoga kalian sentiasa menjadi pembakar semangat anak-anak ini dan jadilah warga pendidik yang penuh dengan kemuliaan. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa kalian di atas segala ilmu dan pengorbanan yang kalian berikan dalam mendidik anak-anak ini.


* Apakah yang diharapkan oleh seorang guru??

Friday, May 15, 2009

- Ummi Na nak periksa -

EXAM? IMTIHAN? PERIKSA?

Wah, Ummi Na akan mengambil Peperiksaan Pengesahan Jawatan pada hari Selasa dan Rabu depan (19&20 Mei 2009). Tak sangka...ingatkan periksa masa sekolah dan di Universiti dulu hehehe. Tapi, satu apa pun Ummi Na tak baca lagi. Ada 4 kertas yang Ummi Na kena ambil dalam 2 hari tu. Dah lama tak ambil ujian, jadi tak tahu macam mana rasanya.

Ummi Na ingat lagi, masa zaman sekolah dulu...bila tiba nak periksa atau ujian, Ummi Na akan buat study group bersama 3-4 orang rakan. Mula-mula tu memang masing-masing fokus pada perbincangan. Tapi dah masuk 1 jam kemudian, masing-masing mulalah melalut bertukar cerita. Pasal warden asrama, rakan-rakan sekelas, fashion, makanan dan entah apa-apa lagi. Adakala kalau Ummi Na belajar sendiri, Ummi Na lebih suka membaca dan membuat latihan sambil memasang kaset Al-Quran ataupun nasyid.

Kalau tengok sekarang ni, dalam kehidupan Ummi Na sendiri...adik-adik Ummi Na ada yang baca buku sambil menonton televisyen, ada pula yang baca buku sambil makan jajan (keropok). Ada pula yang baca buku sambil berbaring. (Akhirnya buku tu yang baring atas muka dia hehe). Adakah cara begini berkesan? Ummi Na pernah membuat survey satu ketika dahulu. Rata-rata sahabat Ummi Na mengatakan, cara begini kurang berkesan. Mereka lebih suka mengulangkaji pelajaran pada awal pagi. Ini kerana pada waktu pagi inilah otak kita terasa segar dan mudah untuk kita menerima apa yang kita baca.

Huuu..macam mana ni? buku tak baca lagi. Apa yang perlu kita buat? Bangkitlah! Chayok-chayok. Insya-Allah, dengan adanya suami di sisi..moga-moga menjadi pembakar semangat Ummi Na nanti, Insya-Allah. Doa restu kedua orang tua juga penting buat Ummi Na.

* didoakan semoga isteri tercinta berjaya dalam peperiksaan yang akan dihadapi, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita di dunia dan rahmati kita dunia dan akhirat, ingatlah bahawa setiap detik yang Allah bagi adalah 'peperiksaan' buat kita di dunia dan semoga Allah kurniakan kejayaan hakiki di akhirat nanti, insyaAllah " - ucapan dan doa daripada suami tercinta

( kembara Kelantan-Shah Alam )

Benarlah, manusia dan Allah merancang namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Sebenarnya, kami merancang untuk pulang ke Shah Alam hujung bulan 5 atau awal bulan 6 (cuti sekolah) ni. Ummi Na pun akan mengambil cuti rehat selama 2 hari sewaktu Hari Keputeraan Agong nanti. Cumanya kami belum pasti balik ke Shah Alam ni nak naik kereta atau bas mahupun kapal terbang. Ini sahajalah masa yang kami ada sebelum Ummi Na bersalin.

Namun, tanpa disangka-sangka dan tanpa dirancang...kami pulang juga ke Shah Alam awal bulan 5 baru-baru ini (7/05/09). Semuanya last minute. Pulang untuk menguruskan sedikit urusan di Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya. Alhamdulillah, seronoknya dapat balik kampung! Macam-macam peristiwa dan pengalaman berharga yang kami dapat sepanjang perjalanan pulang ke Shah Alam.

07/05 tu kami masih bekerja. Pulang sahaja dari ofis, kami cuma ada masa setengah jam untuk bersiap-siap. Kelam-kabut mengejar masa. Selepas mengemas baju,mandi,solat dan makan (1/2 jam), ayah dan mak Asyraf (Asyraf ni kawan kami) datang menjemput kami kira-kira jam 6.15 petang. Kami bertolak pulang, namun sempat singgah di beberapa buah tempat. Antaranya Busana Muslim (Ummi Na cuci mata ajalah, maklumlah awal bulan tak dapat gaji lagi), Kilang Kerepek di Pasir Puteh (lupa nama penuh kilang tu) dan rumah saudara Asyraf untuk menunaikan solat jama'.



(Abah Yie posing sambil membaca paper)





Usai solat jama Maghrib dan Isya', kami meneruskan perjalanan. Rupa-rupanya hari itu merupakan Hari Lahir Cik Ma (panggilan ayah Asyraf kepada mak Asyraf). Kami singgah makan di Mee Kampung PEK, Machang. Wah, memang sedap mee kat sini. Patutlah mee kampung ni terkenal. Ummi Na tak tahu pun. Cik Din belanja kami makan malam tu. Segan juga, masa isi minyak di petrol pump tadi pun, Cik Din tak nak terima duit yang kami nak beri. "SELAMAT HARI LAHIR" untuk Cik Ma :) Semoga bahagia sokmo di samping keluarga dan semoga sentiasa diberkati Allah.



(Cik Din & Cik Ma)
= romantik betul Cik Din & Cik Ma masa ni hehehe







(Mee Kampung Pek)

= memang sedap mee ni. Ummi Na makan banyak malam tu



Selepas kekenyangan menjamu selera, kami meneruskan perjalanan. Sempat lagi Cik Din mandi di masjid awal pagi tu. Tak silap Ummi Na, waktu tu pukul 3.00 pagi. Ummi Na memang letih pun, maklumlah perjalanan yang jauh ditambah pula dengan keadaan yang kurang sihat (baby dlm perut ni). Ummi Na rasa macam tidur atas bantal empuk kat bilik, sebabnya Ummi Na baring atas riba suami. Kesian Abah Yie, dia tak dapat tidur lena. Sempat lagi Cik Din bergurau "Cik Din tak marah, tidurlah. Takpe, sekarang dah ada lesen" hehehe.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Selangor jam 4.30 pagi. Waktu ni kami dah sampai di rumah Kak Long Asyraf. Sempatlah melelapkan mata sebelum bertolak ke PJ. Memang letih perjalanan...dari pukul 6.15 petang sehingga 4.30 pagi. Fuhh!

(Rumah Kak Long Asyraf)

Kami bertolak ke Petaling Jaya kira-kira jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah yang timbul semasa berurusan di sana. Setelah selesai urusan di PJ, kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Bolak-balik, nak naik bas atau teksi? Ummi Na memang dah letih waktu ni. Abah Yie cadangkan pulang ke Shah Alam menaiki komuter. Adui, Ummi Na dah tak larat pula nak naik bas ke stesen komuter :) Ummi Na pula mencadangkan menaiki teksi sahaja, cepat. Tapi ada syaratnya! Tambang mestilah tak lebih RM30 (Ummi Na tak tahu tambang sebenar berapa). Em, apa yang terjadi selepas itu??

ikuti sambungannya.................................

Thursday, May 14, 2009

- pengalaman berharga -

Aduh, sakit betul kepala Ummi Na ni. Dari kelmarin tak baik lagi. Mata kiri pula berdenyut tak henti-henti. Adakala terasa bagai nak tercabut biji mata Ummi Na ni...Ya Allah. Makan tak kenyang, tidur tak lena...mandi tak basah. Ops! silap :) Bila malam, mulalah pusing kanan, kiri, menelentang. Semua gaya ada. Ingatkan awal2 mengandung sahaja ada sedikit masalah. Ummi Na ingat lagi awal bulan April 2009 yang lalu. Tak pernah pun Ummi Na sangka akan masuk wad disebabkan alahan mengandung yang teruk. Masa tu, Allah sahaja yang tahu betapa deritanya Ummi Na...menanggung kesakitan. Memang tak boleh bangun langsung...hinggakan umi yang terpaksa mengambilkan Ummi Na wudhu' untuk solat. Makan? Memang tak lalu..sebabnya Ummi Na asyik muntah-muntah. Makan-muntah..minum-muntah. Hingga nak pitam rasanya. Serba tak kena. Agaknya dulu lagi teruk keadaan mak Ummi Na masa mengandungkan kami 8 beradik.



Duduk kat hospital pulak 3 hari. Selama 3 hari itu, 11 botol air telah dimasukkan ke dalam badan Ummi Na. Uii, perit juga duduk di hospital. Doktor kata badan Ummi Na kekurangan air..terlalu lemah, jadi kena tahan dalam wad. Mula-mula tu Ummi Na tak nak, tapi setelah mendengar penerangan doktor, umi dan Abah Yie...maka Ummi Na bersetuju duduk dalam wad.

Alhamdulillah, sejak keluar wad ni...selera makan Ummi Na semakin bertambah :) Sebelum masuk wad, banyak makan budu. Tapi sejak keluar wad, Ummi Na suka sangat makan tempoyak. Susu pula Ummi Na jarang sangat nak minum..ubat apatah lagi. Jarang makan...masih elok tersimpan kemas dalam bungkusannya :)

Masuk 5 bulan ni, perut Ummi Na semakin tidak berapa selesa. Tidur pun tak berapa lena...kerap sakit pinggang dan buang air kecil. Agaknya sebab baby semakin membesar. Baju kurung pun tak berapa muat...jadi Ummi Na bertukar kepada baju ibu mengandung dan jubah.

(gambar Ummi Na ketika di wad kecemasan sementara sebelum masuk wad sebenar)

Ya Allah, moga Engkau beri aku kekuatan dan kesabaran untuk menempuhi ujianMu...Terima kasih Ya Allah, kerana memberi peluang untuk aku bergelar seorang ibu. Memberi peluang untuk aku merasai pengalaman sepertimana ibuku dahulu...Moga zuriat yang aku kandung ini membesar dengan sihat dan sempurna di dalam rahimku. Semoga dia menjadi hambaMu yang akan mentaati segala perintahMu...menjadi anak yang soleh solehah, sebagai penyejuk mata penawar hati kami. Amin, Ya Rabbal Alammin


- keindahan bersahabat -


( kenangan jamuan Idulfitri 1429h)



(dari kiri Ustz Zaki, Ustz Md Diah,
Ustz Khairi, Ustz Munajat.
duduk dari kiri : Ustzh Jun, Ustzh Mazura
dan Ummi Na)







Tengah menaip memo di pejabat, tiba-tiba teringat sahabat-sahabat yang semakin jauh di mata, namun tetap dekat di hati. Terbayang wajah-wajah tenaga pengajar di KAFA Al-Muhtadin, Desa Kemuning..rindu ini semakin membara. Masih segar memori lalu...ketika sama-sama bergandingan, berganding bahu menabur jasa bakti mendidik anak-anak ini. Terlalu banyak memori yang sukar dilupakan. Pahit, manis, suka duka bergelar seorang pendidik tidak ternilai harganya. Walaupun penat, namun semuanya lenyap tatkala melihat dan menatap wajah-wajah yang sememangnya dahagakan ilmu..

Ustaz Zaki, Ustaz Khairi, Ustaz Md Diah, Ustazah Junaida, Ustazah Mazura...kalian tetap di hati. Termasuklah juga Ustaz Azmi, Ustazah Zaliza dan Ustaz Munajat..terima kasih kerana sentiasa memberi tunjuk ajar, juga nasihat serta kata-kata perangsang yang menguatkan semangat ina untuk mencurahkan jasa bakti kepada anak-anak ini.

Alhamdulillah, kami sempat berkunjung ke sekolah lama tempat Ummi Na menabur bakti sebagai seorang pendidik minggu lepas (07/05/2009). Sempatlah melepaskan rindu kepada Ustazah Jun dan Ustazah Mazura :) Cuma kami tidak berkesempatan menziarahi anak kedua Ustazah Mazura (Muhammad Hazim) yang lahir awal April lalu.

Kami sebenarnya mengejar masa juga. Petang itu juga kami akan pulang ke Tanjong Karang, menziarahi nenek Ummi Na. Jadi, hanya setengah jam kami sempat berborak bersama teman-teman seperjuangan Ummi Na ni.

Ummi Na bersama Ustazah Jun (baju hitam) dan Ustazah Mazura (baju biru)


- secebis do@ -



Ya Allah
Seandainya telah Kau catatkan..
Dia akan menjadi teman menapaki hidupku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Ambillah kebahagiaan tika dia ada di sisiku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Untuk melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..

Agar ku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan ya Allah yang tercinta..

Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMU..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui..

Segala yang terbaik buat hambaMU ini..
Ya Allah..Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku..

Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambaMU yang da’if ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian..

Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku adan dia dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..
Allahumma amin..


Tuesday, May 12, 2009

- SeL@m@t penGantin b@Ru -



* kami mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada sahabat-sahabat kami yang bakal meniti alam rumah tangga hujung bulan ini dan awal bulan depan :


1) RUSYDAN & SAHIZAWATI ( 30hb Mei 2009 )
2) TAUFIQ & DEKMA ( 13 Jun 2009 )
3) KAK ZUBAIDAH & ABD RAHIM ( 06 Jun 2009 )
4) HAFIZ BAD & NABILAH ( 31hb Mei 2009 )


Doakan moga kami dapat bersama-sama meraikan hari bahagia kalian semua. Terlalu banyak jemputan walimah musim cuti sekolah ni...belum lagi jemputan walimah YAN dan rakan-rakan sekerja kami yang lain. Nampaknya jadual cuti sekolah ni padat dengan jemputan walimah sahaja :)

* semoga dirahmati Allah selalu...layarilah alam rumahtangga ini dengan penuh kesabaran :)


> syair untuk ADAM & HAWA



Untuk Adam

Pernikahan atau perkahwinan,
menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah.
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah......



Pernikahan atau pun perkahwinan,
mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok,
berhatilah meluruskannya.


Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan ridha,
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamallauwajhah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh...


Untuk Hawa

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Membuka tabir rahsia.
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Ayub,
Ataupun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf,
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman,
Yang punya cita-cita membangun
keturunan yang soleh....

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajarkan kita kewajiban bersama.
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami menjadi nahkhoda kapal, kamu navigatornya.
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya.

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah,
Yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukanlah Hajar,
Yang begitu setia dalam sengsara.
Cuma wanita akhir zaman,
Yang berusaha menjadi solehah....

* Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat yang soleh solehah, sebagai penyejuk mata dan penawar hati kami...aaamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...