:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, October 09, 2010

- cepatlah sembuh -

auni demam
- usia 3 bulan -


Macam chipsmore : kejap ada, kejap takde (^_^)

Demam auni pun macam tu. Kejap ada, kejap takde. Malam-malam pun kerap bangun. Mujur malam tadi lena sikit tidonya. Agaknya kena tido ngan tokmi baru lena kan dik?

Ubat pun payah nak makan sekarang ni. Kejap nak makan, kejap tak nak. Kadang-kadang elok je dia telan ubat tu. Kadang-kadang pula diluahkan semula ubat demam tu hehe. Ikut sape agaknya ni....?

Cepatlah sembuh dik. Ummi nak main-main lagi dengan adik. Tak bestlah kalau adik selalu nangis2 ni huhuhu. Oh ya. Auni demam tu nak boleh berjalan lah ni. Dia dah tatih 1-2 langkah je. Tapi satu perkembangan yang bagus. Chaiyok---chaiyok!!

** tak sabar tunggu auni jalan berpimpin tangan ummi (^_^)

Friday, October 08, 2010

- Auni demam -

- sekadar gambar hiasan -

AUNI DEMAM LAGI.

Petang semalam memang dah rasa badan dia suam-suam masa ummi ambil di nurseri. Kebetulan, ubat demam dia tertinggal kat rumah Pasir Mas. Malam tadi dia dah mula menangis-nangis tak sedap badanlah tu.

Ummi dodikan, dia tak nak tidur. Abah dodoikan pun tak nak juga. Begitu juga bila Tokmi Auni dodoikan, tak nak juga. Tidur pun kejap-kejap je. Last2, dalam pukul 1.30 pagi kami pergi Klinik Penawar sebab kesian tengok dia menangis tak henti-henti. Mata pejam, tapi mulut berbunyi. Yang hairan bin peliknya, masuk kereta je Auni diam terus. Ummi bagi susu, dia tertidur dalam kereta (walhal dekat je klinik tu....)

Mujur tak ramai orang. Ada 2 orang pesakit je dalam klinik tu. Bila giliran Auni, muka dia cuak sikit masa doktor ambil suhu badan dia heheh. Mujur 28 darjah celcius, tak tinggi. Tapi memang ummi dah risau sebab dia menangis tak henti-henti. Paru-paru okey. Tiada demam denggi sebab kalau denggi, orang tu tak batuk dan selsema. Cuma demam je.

Balik klinik, terus bagi ubat batuk dan selsema je. Ubat demam (abtibiotik) ummi tak bagi dia makan. Mujur pagi ni demam dah kebah sket. Alhamdulillah...............

** pagi tadi dia tido pukul 4.30pagi.......


Thursday, October 07, 2010

- Diet oh diet -

Alhamdulillah...

Badan ummi rasa ringan je sekarang ni (^_^)

** semalam bila ummi cakap MENGIDAM, ramai pulak kawan ummi bagi mesej "Dah berapa bulan?"..."tahniahlah..."..."Jaga kandungan elok2 lah ye". Ops, ummi BELUM pregnant lagi ye (walaupun TERingin sangat nak pregnant sekarang ni). Ummi masih begini keadaannya. Dah tak nak beli pregnancy test lagi buat masa ni (bukan merajuk...).

Sambung...
Badan ummi rasa ringan sebabnya, ummi dah tak makan nasi malam2. Ummi makan nasi pukul 11 pagi. Ummi on diet sekarang ni.

Menu sarapan pagi :
- secawan Oligo / Kopi Radix
- 2 keping roti disapu mentega
- sepeket biskut Oat Crunch

Menu tengahari (11 pagi @ 12 tghr) :
- sesenduk nasi
- lauk ikan/ayam/daging (rebus/bakar/sup)
- sayur2an
- sebiji epal hijau/merah

Menu minum petang :
- secawan air teh herba
- sepeket biskut Oat Crunch

Menu makan malam :
- yogurt rendah lemak @ buah-buahan campuran (epal merah + hijau)
- secawan air Oligo / Kopi Radix
- kalau rasa lapar lagi...makan biskut lemak / kering

Begitulah kisahnya. Sebab tu ummi rasa badan ummi ringan sikit sekarang ni....baru seminggu ummi amalkan. Di samping tu ummi WAJIB minum 2 gelas air kosong bangun tidur, tengahari, petang dan malam.

Dan..............

Ummi makan Herba-herba HPA :
- Pelawas
- Herba Tuju Angin
- Stoma K
- Paramaria Plus

Juga Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs dan Yusmira tidak ketinggalan...........

Jom, amalkan cara pemakanan yang sihat!

** tengok berapa lam ummi boleh tahan dengan diet ni hehehe.

sopan sungguh anak ummi dan abah ni duduk (^_^)

Wednesday, October 06, 2010

- mengidam -

milik siapakah jari jemari yang comel ni?
- erat menggenggam jari abah....

Ummi tak pandai sangat BM ni...tapi aci tak kalau ummi pinjam perkataan MENGIDAM ni dalam ayat "Ummi MENGIDAM nak PREGNANT lagi?" (^_^)

Macam tak okey je kan? Ummi jeles lah dengan kawan-kawan ummi. Semua dah masuk anak ke-2. Asal mesej je : "Na, akak dah pregnant 2 bulan"..."Ina, tak lama lagi Razeen jadi abang"..."Ina, aku dah nak ada 2 anak. Auni bila nak dapat adik baru?"...huhuhu.

Of course ummi "tercuit hati" bila baca mesej2 diorang. Memang nak sangat tambah ahli keluarga lagi. Kalau ummi mengandung kali kedua ni, ummi nak baby boy lah pula. Biar jadi kawan abah hehehe.


Apa pun, Auni dah setahun 2 bulan (Oktober ni...). Bila dia dah setahun 4 bulan, mungkin ummi akan pertimbangkan untuk tambah bilangan ahli keluarga. Sebab, dulu kan ummi operate. Walaupun doktor nasihatkan tunggu anak (auni) berumur 2 tahun baru pregnant semula, tapi ummi tak boleh tunggu la (hehehe.....). Ummi nak cepat2...sebab ummi ada baca juga dalam majalah yang doktor kata paling2 pun, kena tunggu anak berumur 16 bulan baru boleh pregnant semula (lepas bersalin secara pembedahan lah).


Bolehlah Auni main2 ngan adik kan?

Auni boleh jadi kakak yang sangat baik dan penyayang :)

Camana ni? Ummi MENGIDAM nak pregnant. Huhuhu.......

Auni Nafeesa
- 1 bulan -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...