:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, May 08, 2015

Roti Berinti Daging

Alhamdulillah.
Asal cuti je rajin ke dapur. Asal ke dapur je rajin masak. Asal masak je rajin westernfood haha.Tapi cuti kali ni ummi buat Roti Berinti Daging ala kadar. Bahan-bahan tak cukup, ambil yang mana ada dalam peti sejuk je hehe. Roti ni dah banyak versi ummi buat sebenarnya. 

Boleh rujuk link ni juga untuk Roti Berinti Daging Ala Lasagna hehe : http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/09/roti-berinti-daging-alalasagna.html


Bahan-bahan inti : 
- 1/2 tiub daging kisar (nak guna ayam kisar pun boleh)
- 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
- 2 sudu besar sos prego
- 1 sudu besar sos cili
- sedikit serbuk oregano
- sedikit minyak zaitun
- garam dan serbuk perasa (ummi guna kohilal)

Cara-cara :
1- Tumis bawang besar dengan sedikit minyak zaitun sehingga layu. Ummi tambah 1 sudu butter.
2- Masukkan daging/ayam kisar. Masak hingga daging bertukar warna
3- Masukkan sos prego, sos cili, oregano dan perasakan dengan garam/serbuk perasa.
4- Ok siap :)


Step seterusnya untuk roti :
Kali ni ummi buat 1/2 daripada yang asal sebenarnya.
1- Pukul 3 biji telur dengan sedikit susu cair
2- Celupkan satu persatu roti ke dalam telur dan susun dalam loyang.
3- Tuang inti ke atas roti untuk lapisan pertama. Ratakan
4- Ulang lagi dengan celupkan roti ke dalam telur dan susun atas inti tadi.
5- Tuang inti untuk lapisan seterusnya dan ratakan.
6- Taburkan keju di atas inti tadi. Kali ni ummi guna keju Mozzarela :)
7- Kalau nak cantik, taburkan sedikit serbuk oregano atas keju tadi hehehe
8- Ummi masukkan loyang tadi ke dalam pemanggang ajaib dan masak hingga keju tadi bertukar warna keperangan.

 beli loyang ni di Salamku.
Memang muat bila masukkan dalam pemanggang ajaib (Generation 3)


Asyik makan je......bila ntah nak diet v__v 





Monday, February 16, 2015

Kembali bersiaran

Lama sungguh kami menyepi :( memang lama berbulan-bulan. Banyak entry yang ummi hutang dalam ni huhu. Okey, sebelum ummi coret lebih banyak kisah suka-duka dalam ni, moh layan 3 keping gambar ni :-

Shake N Take.
Memang +++ terbaik dan mudah nak buat jus.

Jemput/cucur bilis resepi mak yang super duper yummy!! Kalau makan ni confirm tak sedar mertua lalu kat belakang haha

Save Gaza. Save Palestine.
Dinner awal tahun 2015.

Semuanya akan kembali menemui anda hihi ;)

Saturday, August 09, 2014

Syawal 1435h

Assalamu'alaikum semuaaaa..... (^__^)
Ya Allah...bersawang sungguh Teratak Mawaddah ni.
Sawang. Suram. Habuk. Lemas.
Hehehe...

Maaf kepada pengunjung TM. Kami ahli TM agak sibuk sejak beberapa bulan ini. Sampaikan ummi nak update blog ni pun tak sempat. Memang banyak je cerita nak dikongsi. Baaaaanyak sampaikan sekarang ni pun tak tahu nak mula dari mana. Heh!

Okey, ummi kongsikan sedikit cerita Syawal 1435h kami baru-baru ini ya.


sebelum cuti raya baru ni, kami bergambar di opis ramai-ramai. Tapi tak semua staff ada dalam gambar masa ni hehe. Meriah, sebab dewan dihias bagai....

 Tahun ni kami beraya 1 & 2 Syawal di Shah Alam.
Tengok anakanda solehah posing bagai....

 kami masih 3 beranak Syawal 1435 ni hehehe...

Alhamdulillah. Syawal kali ini kami 8 beradik berjaya beraya bersama hehehe

Anak buah baru kami
Si kembar yang comelll
abang - Faydh Al-Harraz
adik - Faydha Az-Zahra

Okey, itu sahaja untuk kali ini.
Ummi tengah ambil masa nak cari gear sesuai sebelum mula menulis kembali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...