:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, September 14, 2012

Puding Pilihan Utama Anda?


Wah, hujung-hujung Syawal baru ni ramai mencari resepi puding ya? Mesti ramai buat open house kan? Hihi...Sepanjang minggu lepas, memang ramai yang mencari Puding Laici & Puding Mangga. Kalau anda ada resepi yang best-best, jom kongsi bersama ^__^

ummi kalau pergi open house pun memang suka dessert2 ni. Mesti dessert yang akan ummi ambil dulu hihi. Baru-baru ni ramai yang bawa puding dan Fruit Cocktail masa jamuan opis. Memang lah segar anak tekak ni.

Esok tarikh akhir 3rd Birthday Giveaway.

Jom sertai sebelum GA berakhir!!!

Minggu Menternak Lemak Dalam Badan

hasil lensa Samsung Galaxy Tab 2 7.0 
^__^

Ya, minggu ini minggu 'menternak' lemak dalam badan huwaaaa.

Ahad : Jamuan Raya Tingkat 2 (tingkat ummi)
Isnin : Majlis Perjumpaan Bulanan bersama PRJ (jamuan makan disediakan)
Selasa : Mesyuarat 2P (jamuan juga disediakan dan kumpulan ummi bertugas, jadi dapat nasi percuma)
Rabu : Jamuan Raya Tingkat 1
Khamis : Jamuan Raya Pejabat RISDA Negeri Kelatan

Waaaa.........lemak semakin membiak dengan pantasnya.

Rendang, Nasi Dagang, Sate, Roti Jala, Nasi Mandy, Puding Triffle, Bubur, Kek, Fruit Cocktail dan yang tak disebut namanya. Banyak......memang banyak. Pulak tu shake dan teh Herbalife amat kurang minum (v__v) Kalau coach ummi tahu, habislah huhu.

Oleh itu, pesanan ikhlas untuk semua pengunjung TM, makan biarlah berpada-pada. Ukur baju di badan sendiri ye (^__^) Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenang. Jaga-jaga dengan makanan berlemak dan berkolestrol tinggi. Sedap memang sedap, tapi sedap itulah adakala menjadi 'racun' bagi badan kita huhu......

p/s : habislah 5kg yang turun masa bulan puasa baru ni...sob..sob..sob.


Thursday, September 13, 2012

Hadiah Pemenang 3rd Birthday Giveaway

Alhamdulillah.

Seperti yang dijanjikan, berikut merupakan hadiah untuk 3 orang pemenang 3rd Birthday Giveaway yang akan berakhir pada 15.09.2012 ini.

 Pemenang Tempat Pertama
1 biji Fan Baby + 1 hadiah sampingan

 Pemenang Tempat Kedua
1 biji Fan Baby + 1 hadiah sampingan

Pemenang Tempat Ketiga
1 biji Fan Baby + 1 hadiah sampingan

Harap maklum!
Ummi memang sengaja letak hadiah tu sama semuanya, cuma warna sahaja yang berbeza.
Hadiah sampingan, insyaAllah akan diketahui pada hari pemenang akan diumumkan nanti.

Monday, September 10, 2012

Cerita Terkini di Teratak Mawaddah

2 minggu lepas, makan2 di Rasa Mas, KB Mall meraikan hari lahir anakanda solehah 
yang ke-3 tahun


Ya Allah..............!!

Minggu ini minggu yang sangat sibuk. Hari-hari jamuan makan di ofis ummi. (diet entah ke mana lah huhu). Esok pagi ada Mesyuarat Bulanan, lusa jamuan raya di tingkat 1 dan Khamis ni Jamuan Raya di Pejabat RISDA Negeri. Makan...makan...makan.

Sebelum Ramadhan turun 5kg, masa Syawal pula naik hampir 3kg huhuhu..

Mohon maaf kerana ummi suam-suam kuku sekarang ni. BW pun memang sangat kurang. Mempromosikan GA kami tu juga. Nampaknya sambutan kali ni kurang memberangsangkan :( Namun, ummi takkan sesekali membatalkan GA ni kalaupun penyertaan kurang. Ummi tak letak target pun penyertaan ni berapa orang jumlahnya hihi. Kalau cuma ada 5 penyertaan, ummi teruskan juga.

Ya, cuma tinggal 5 hari lagi untuk anda menyertai 3rd Birthday Giveaway kami (^__^)

Jom....jom....jom....

Auni pula asyik games....nasyid...games...nasyid huhu. Balik nurseri aja nak main games atau tengok video nasyid kesukaan dia tu. Baru-baru ni pun dia demam panas, tapi tak lama lah. Dalam 3-4 hari dah sembuh. Alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...