:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, April 04, 2012

Wordless Wednesday - Anak Bapak

Rata-rata mengatakan puteri solehah ni ikut muka abah
ummi pasrah...sob..sob...
tapi, mata auni tetap ikut ummi (^__^)

Tuesday, April 03, 2012

Semerah Cinta Sardin & Sebersih Kuning Telur

tajuk diberi oleh abah hihihi

Balik kerja tadi, sempatlah ummi memasak untuk makan petang. Masak ala kadar sebab air di sinki dapur takde. Lauk pun cuma sardin dan telur.

Semerah Cinta Sardin
Merah ke? hehe

Bahan-bahan :
- 1 tin sardin besar
- 1/2 labu bawang besar & 3 ulas bawang putih
- sedikit halia
- 1/2 sk lada hitam (ditumbuk)
- 2 sb sos cili
- sedikit kicap
- 1 keping asam keping
- 1 biji tomato (potong 4)

Cara memasak :
1- Tumis bawang putih dan halia yang diketuk
2- Masukkan bawang merah dan tumis hingga kekuningan.
3- Masukkan lada hitam dan sos cili
4- Masukkan sardin, buah tomato, asam keping dan sedikit kicap.
5- Kalau nak kuah, masukkan sedikit air.
6- Masak hingga sardin tu masaklah hehe....sebelum tu perasakan dengan garam gula secukup rasa ye.

Sebersih Kuning Telur
 Bersih dikaitkan dengan kuning?

Bahan-bahan :
- 3 biji telur
- hirisan bawang besar
- 2 sk serbuk perasa Kohilal
- sedikit mayonis
- secubit garam

Cara memasak versi ummi :
1- Satukan semua bahan dan pukul telur 
2- Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng telur
3- Goreng telur dengan api sederhana hingga masak.

Sangat mudah dan jimat masa hehe

Monday, April 02, 2012

Deko-Deko : Edisi 2 Ruang Tamu


Ya, saya seorang yang sangat kurang kreatif bab-bab menghias rumah ni :)
Orang kata tangan tak seni.
Tapi, saya sangat suka melihat hasil tangan yang tak seberapa ni apabila selesai mengemas dan menghias rumah :p

 Ini ruang tamu utama teratak kami.
Tiada pasu bunga, apatah lagi sofa...jauh sekali. Kami sepakat meletakkan meja jepun dan rak buku bagi menghiasi ruang tamu agar tidak terlalu kosong.
* rak buku belum penuh lagi kerana masih memilih buku-buku yang sesuai untuk diletakkan di sini

 Pandangan dari sliding door utama.
Alas meja dan rak buku tu kami beli di Mydin. Rak buku berharga +- RM120 manakala alas meja +- RM15.00

 Ini pula ruang tamu kedua kami. Asalnya meja jepun tu ummi letak di sini, namun ummi dah pindahkan di ruang tamu utama. Biasanya anak dara ummi akan tidur di sini sebelum ummi angkut masuk bilik hehe.

 Tikar buluh bercorak bunga sahaja yang menghiasi ruang ini. Bolehlah bersantai-santai seisi keluarga. Ruang ini juga dikhususkan untuk tetamu perempuan


Langsir sebelah kiri merupakan langsir bilik tuisyen @ bilik belajar. Langsir jarang di belakang tu pula ruang untuk ke dapur manakala tangga yang kelihatan di sebelah kiri adalah tangga untuk ke bahagian atas. 

* insyaAllah ummi akan update bilik Puteri Solehah pula bila ada masa nanti hehe.

~ nak mencari bunga untuk digubah bagi menaikkan seri Teratak Mawaddah (^__^)

Sunday, April 01, 2012

Deko-deko : Edisi Ruang Tamu Utama

 Hai anak dara
Engkau mengapa
Duduk seorang saja?

Lama dah entry ni sebenarnya. Tapi baru berkesempatan nak publish. Minggu lepas kami sekeluarga mendeko ruang tamu utama. Seperti dalam gambar di atas, inilah ruang tamu utama kami. Masa ni tengah memasang rak buku untuk memisahkan ruang tamu utama dan ruang tamu kedua.

 jam dinding warna keemasan tu hadiah dari sekolah lama abah sebelum berpindah tahunu lepas. Memang sesuai dan masuk dengan warna tema teratak kami hehe. Oh ya, warna tema teratak kami kuning keemasan. Tapi ummi gabungkan juga dengan warna coklat tua.

Menghadap sliding door utama. Langsir sebelah kanan ni adalah langsir pintu bilik tuisyen merangkap bilik belajar (^__^) Masih kosong lagi dinding ruang tamu ni. Beli bingkai gambar dah, tapi belum sempat nak paku dinding tu.

Hasilnya?

v

v

v

v

v

v

Maaf deh, belum sempat tangkap gambar ruang tamu terbaru hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...