:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, August 26, 2013

Romantika Home Decor

"MACAM-MACAM, CANTIK-CANTIK, MURAH-MURAH"

Ya, benarlah slogan di atas. Slogan Romantika Home Decor. Dah lama ummi nak mencari barang-barang untuk hiasan rumah. Kebetulan kawan ofis ajak keluar mencari barang hiasan rumah tengahari tadi. Maka dibawanya ummi ke Romantika Home Decor yang terletak bertentangan Tesco Kota Bharu.

Ummi tak pernah ke sini pun dan sejujurnya tak 'terperasan' pun akan kewujudan RHD ni huhu. Nampak sangat tak ambil pusing walaupun dah beberapa kali lalu sekitar Tesco. Sekali masuk dalam tu, TERGAMAM TAK TERKATA. Macam-macam ada, cantik-cantik pula tu, dan harganya murah-murah! Alamak, dah rambang mata.

Dalam kepala ni cuma nak beli bunga dan lilin. Sebab bajet pun tak banyak mana. Ummi pada awalnya cuma nak meninjau-ninjau harga hehe. Di RHD ni semua barang hiasan rumah ada. Bunga, lampu, gelas, alas kaki, pasu, jam, lilin wangi, sarung bantal, alas meja, aksesori dapur dan macam-macam lagi. Semuanya konsep Inggeris.

 Tinjau sana, tinjau sini, naik atas dan pusing-pusing. Aish, memang rambang mata ni. Semua nak beli kalau boleh. Okey, bertenang ummi. Jangan ikut 'nafsu membeli' tu sangat. Beli mana yang perlu dulu ya. Akhirnya ummi ambil beberapa barang setelah ambil kira pandangan kawan ummi.

* almari kecil 2 tingkat beli di Perabot Sayang Pasir Mas
RM69.00


1- Pasu beserta bunga.
Harganya RM29.00 (Clearance Stock)

2- Piring hiasan bunga
Harganya RM7. Ummi beli 2, jadi harganya RM14.00

 3- Bunga dalam cawan comel
Harganya RM10.00

* piring belakang tu hadiah abah dan pewangi Glade tu beli di Mydin. Harap maklum

 Yang ini ummi letak atas rak buku.
Maaf, gambar penuh rak tidak diambil...

nampak tak pasu hujung tu ^__^

* ummi ada beli juga alas kaki berharga RM13.00 (tiada dalam gambar)

Alhamdulillah, abah bagi keizinan untuk beli bunga lagi. Kali ni nak letak di sudut tangga untuk ke tingkat atas.


Tuesday, August 20, 2013

Kenali A.B.C

Ini kisah bulan Ramadhan baru ni...

Masa bulan Ramadhan baru ni, setiap hari sekitar jam 4 petang anakanda solehah akan transit di ofis ummi. Nurseri yang Kak Long duduk akan tutup jam 4 petang bagi memberi laluan kepada semua pengasuh untuk pulang awal menyediakan juadah berbuka. Jadinya, bila si solehah ini dah berada di ofis ummi..faham-faham ajalah. "Ofis ini aku yang punya" - begitulah ibaratnya hehe.

Sejak dah kenal A.B.C ni, suka sangat nak menconteng di kertas. Jadi, hari tu ummi uji minda Kak Long menggunakan komputer. Aplikasi Microsoft Word menjadi pilihan. Teruja lah tu dapat menaip kan..?

Ummi sebut C, dia tekan C. Ummi sebut Y, dia tekan Y. Begitulah seterusnya.
Alhamdulillah, memang Kak Long kenal semua abjad ABC ni.

Seterusnya ummi ajar dia taip nama ummi, abah dan Kak Long.
A.U.N.I maka terkial-kial juga lah dia nak mencari tu hehe.
Akhirnya berjaya juga dia menaip nama kami bertiga =)
Tahniah Kak Long!

***********************************
Kak Long masih menghafaz Surah Ad-Dhuha.
Biasanya ummi akan putarkan surah2 yang sudah Kak Long hafaz ketika membuat aktiviti senyap. Sebelum tidur, ummi akan putarkan surah wajib iaitu Al-Baqoroh.

Saturday, August 17, 2013

Syawal 1434h - Edisi MHI 12/08/2013

Alkisah, pada hari Ahad 11/08/2013 kami sekeluarga pulang ke kampung sebelah ummi di Tanjong Karang. Tanjong Karang memang terkenal dengan sawah padi yang menghijau. Dalam kepala ummi ni memang dah nampak satu je - Outdoor Photoshoot di sawah - yeay!!

Dalam perjalanan tu, ummi sempat buka FB sekejap. Tergerak hati nak buka FB MHI.
"Rakan-rakan MHI yang mempunyai gambar-gambar menarik di hari raya untuk dikongsikan, sila hantar ke inbox kami untuk disiarkan esok pagi. Jangan lupa, sertakan ucapan raya anda sekali"

Teruja sekejap. Nak hantar lah gambar nanti.
Okey, dah terbayang gambar di sawah padi yang menghijau tu.
Petang sebelum sampai ke rumah nenek, kami semua sepakat bergambar di sawah padi.
Tetapi tidak semua adik-beradik ummi ada. Abang sulong beraya di rumah mertua dan adik lelaki ummi lagi seorang kerja. Dah kurang 3 orang di situ.


Malam tu berbincanglah kami adik-beradik, ipar-duai bersama emak dan abah. 
Mana satu gambar terbaik yang kita nak hantar ke MHI ni?
Abah ummi siap buat puisi bagai.
Abah pula mengarang pantun.
Ummi?
Ummi tulis ucapan ringkas aja hehe.

Dan...gambar di atas ini lah gambar yang kami sepakat nak hantar ke FB MHI TV3.
Abah ummi kata, rating gambar ni memang tinggi.
Berlatar belakang kan sawah padi yang menghijau, wajah-wajah ceria kami sekeluarga di tambah pula dengan ucapan yang kami hantar. (ada harapan untuk keluar dalam MHI esoknya haha)

Seawal jam 7 pagi semua duduk berkumpul di depan tv.
Sambil sediakan sarapan, ada yang masih belum memberus gigi, ada yang sedang mandi...namun semuanya nak tunggu muka masing-masing keluar tv (amboiiii...).
Akhirnya, lebih kurang jam 7.45 pagi, keluarlah gambar dan ucapan raya kami di MHI 12/08/2013 (^__^)


(Buktinya...hihi)


kami bertiga - tema pink tahun ini


 babah dan emak yang ceria dengan kehadiran cucu dan menantu baru tahun ini

masih bujang =)

Anda boleh layari tonton.com.my ya untuk lihat siaran ulangan MHI 12/08/2013 tu hehe. Cari di Channel - TV3 - MHI 2013 - bertarikh 12 Ogos 2013 (episod 157) kalau tak silap.

Wednesday, August 14, 2013

Wordless Wednesday - Outdoor Photoshoot


Tarikh : 12/08/2013
Lokasi : Tanjong Karang

Cerita akan menyusul kemudian....


Wednesday, August 07, 2013

Baik, ummi!


Alhamdulillah. Tahun depan anakanda solehah dah 5 tahun usianya. Ummi dan abah bercadang nak hantar Dr. Auni ke PASTI berdekatan sekolah abah. Mudah untuk abah hantar dan ambil Dr. Auni. Melihat perkembangan bakal doktor dan hafizah ini, syukur alhamdulillah...hanya itu yang mampu ummi katakan.

Biasanya kalau ummi bawa Kak Long ke ofis, memang ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik suka berborak dengan Kak Long. Ramai yang tidak percaya dan terkejut bila ummi beritahu Kak Long baru 4 tahun usianya. Kata mereka Kak Long peramah =)

Di sekolah, ummi dikhabarkan oleh pengasuh bahawa Auni memang aktif. Semua aktiviti dia turut serta. Alhamdulillah, Kak Long boleh bercerita dan boleh jawab bila diasak dengan soalan. Cuma, Kak Long agak pemalu orangnya. Jika pengasuh meminta Kak Long menyanyikan lagu nasyid, terus dia diam sambil senyum malu. Mulut terus senyap. Nampaknya ummi kena galakkan lagi Kak Long supaya berani berucap depan orang ramai.

Sekarang ni, kalau ummi meminta dia buat sesuatu seperti menyusun barang-barang mainan, jawapan yang keluar dari mulutnya ialah "baik ummi".

"Kak Long, tolong simpan barang mainan lepas main ya"
"Baik, ummi"
"Kak Long, tolong ambilkan air masak"
"Baik, ummi"
"Kak Long, tolong masukkan kain kotor dalam bakul"
"Baik, ummi"
"Kak Long, tolong kejutkan ummi kalau dah azan ya"
"Baik, ummi"

Alhamdulillah. 
Memang sejuk hati ummi. Nak "marah" pun tak jadi kalau ini jawapan yang keluar dari mulutnya. Moga-moga Kak Long istiqomah rajin menolong ummi ya sayang.

Setiap hari, menjadi satu kemestian ummi memeluk anakanda solehah. Andai ummi terlupa, Kak Long ingatkan ummi. "Ummi, kita belum peluk lagi hari ni. Meh lah kita peluk sama-sama". Memang sungguh-sungguh dia peluk ummi.

Jom kawan-kawan, kita peluk anak dan pasangan kita setiap hari kerana ada auranya yang tersendiri di samping pelukan dapat mengeratkan lagi kasih-sayang antara kita dengan anak dan pasangan. =)


Tuesday, August 06, 2013

Salam Syawal 1434h


Berlalu Ramadhan Fajar Syawal menjelma
M,uslimin muslimat menyambut hari raya
Diucapkan Selamat Hari Raya

.: Salam Syawal ikhlas daripada kami :.
Abah Yie, Ummu Auni & Auni Nafeesa Al-hafizah

Friday, August 02, 2013

Baju Raya

Dr. Auni Nafeesa Al-hafizah (aameeennn) kesayangan ummi & abah.


Beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Berakhirnya Ramadhan, Syawal pula menjelma. Ya, bagi kanak-kanak seusia 4 tahun..apabila datangnya Syawal dalam fikiran mereka "baju raya dan duit raya". Kak Long juga tidak ketinggalan =) 


warna apa?

tunggu.......................




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...