:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, April 19, 2013

Terkebil-kebil

Terkebil-kebil seorang diri...
Memikirkan nasib diri...
Esok masih belum pasti...
Apakah masih bernafas lagi?

*********************
Adoi lah, untung betul abah dan auni lena beradu. Ummi duk terkebil-kebil seorang diri. Jam sudah 2:19 pagi. Alkisahnya, ummi baru bangun tido. Hari ni ummi tidur lepas solat isya'. Letihnya seharian menghadap komputer di ofis. Alhamdulillah, hampir 70% kerja dah siap. Sabtu ni akan ke ofis lagi, nak siapkan kerja.

Masih terkebil-kebil. Mana taknya, tengok cermin.....erm, masih sama. Tengok penimbang, jarum tu duk kat angka 6 lagi. Bilalah nak turun ke angka 5? Hihi...oh ya. Ummi masih lagi dalam Ops Diet 'O'. Namun....adik2 ummi ada bagitahu ummi nampak slim sikit ♥ hihi.

Erm, terkebil-kebil lagi. Bilamana buka fb, penuh sepenuhnya sana sini duk berkempen. Parti A vs Parti B. Elok cara elok, yang tak elok? Harap biarlah kita berkempen pun dengan cara yang BERSIH. Haha, terkebil-kebil sekali lagi memikirkan ummi akan bermusafir seorang diri ke Shah Alam menjelang PRU 13 ni. Mujur naik flight hihi. Doakanlah ya...

Terkebil-kebil....
Jam berapa nak lelapkan mata ni....

Kubang kerian
2:33am....19.04.2013

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...