:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, April 29, 2013

Baarakallahu lakuma!

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

27 April 2013 adik ummi selamat diijabkabul bersama cinta hatinya dan cinta hati kami seisi keluarga =) Sebak, gembira, terharu, sedih semuanya bercampur menjadi satu. Inilah adik yang paling rapat dengan ummi. Kami memang berkongsi suka duka bersama. Agak sedih juga kerana tidak dapat bersama meraikan hari bahagia adik ummi huhu.

 wajah ceria dalam debaran menanti saat untuk lafaz sakinah (^__^)

 Syukur alhamdulillah....sah dengan sekali lafaz

kasihku amanahmu
semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga

Sobrie Shah bin Mohd Mohtar
&
Nor Badariah bt Ismail

ihsan foto : pakcik ummi =)


Saturday, April 27, 2013

Syukur alhamdulillah...25/04/2013

 adik baby bersama abi




\
Anak buah Ayah Ngah dan Mak Ngah yang terbaru
Subhanallah..comel sungguh (^__^)

* nama masih belum diumumkan lagi..tunggu hari ke-7 *


Saturday, April 20, 2013

Modest Culture : Sinonim Dengan Wanita Muslimah


"Modest Culture bukan hanya produk muslimah semata-mata, namun nama Modest Culture dipilih bersesuaian dengan konsep wanita timur yang cukup sinonim dengan wanita muslimah"

*************************************
Ummi pernah buat entry berkaitan Modest Culture (MC) sekitar bulan Mac yang lalu. Bagi anda yang belum pernah membacanya, boleh KLIK SINI untuk ketahui dengan lebih lanjut. Alhamdulillah, memang ramai yang teruja dengan koleksi MC ni kerana MC mendapat ranking paling tinggi setiap minggu di Teratak Mawaddah =p

Jika dalam entry sebelum ini ummi sertakan link FB Modest Culture, kali ini ummi sertakan pula laman web MC. Jom kita layari modestculture.com sekarang. Ummi telah singgah di laman web tersebut dan wow! Banyaknya koleksi/produk MC ni. Ada Modest Collection, Nursing Mothers, Prof Muhaya's Signature dan Tudung Bercorak. Bagi anda yang sememangnya minat dengan Prof Muhaya, inilah masanya untuk anda tampil bergaya penuh sopan dan menawan namun dalam masa yang sama sopan menutup aurat.  Jangan lupa singgah SINI untuk melihat video cara pemakaian MC ya.


* p/s : rambang mata.....hehe



Friday, April 19, 2013

Terkebil-kebil

Terkebil-kebil seorang diri...
Memikirkan nasib diri...
Esok masih belum pasti...
Apakah masih bernafas lagi?

*********************
Adoi lah, untung betul abah dan auni lena beradu. Ummi duk terkebil-kebil seorang diri. Jam sudah 2:19 pagi. Alkisahnya, ummi baru bangun tido. Hari ni ummi tidur lepas solat isya'. Letihnya seharian menghadap komputer di ofis. Alhamdulillah, hampir 70% kerja dah siap. Sabtu ni akan ke ofis lagi, nak siapkan kerja.

Masih terkebil-kebil. Mana taknya, tengok cermin.....erm, masih sama. Tengok penimbang, jarum tu duk kat angka 6 lagi. Bilalah nak turun ke angka 5? Hihi...oh ya. Ummi masih lagi dalam Ops Diet 'O'. Namun....adik2 ummi ada bagitahu ummi nampak slim sikit ♥ hihi.

Erm, terkebil-kebil lagi. Bilamana buka fb, penuh sepenuhnya sana sini duk berkempen. Parti A vs Parti B. Elok cara elok, yang tak elok? Harap biarlah kita berkempen pun dengan cara yang BERSIH. Haha, terkebil-kebil sekali lagi memikirkan ummi akan bermusafir seorang diri ke Shah Alam menjelang PRU 13 ni. Mujur naik flight hihi. Doakanlah ya...

Terkebil-kebil....
Jam berapa nak lelapkan mata ni....

Kubang kerian
2:33am....19.04.2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...