:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, December 31, 2012

Blog bisnes kami : Mawaddah e-Store


Alhamdulillah
Ummi berjaya juga buat blog untuk bisnes baru ni.
Moga ada rezeki ummi di sini ^__^
Dengan segala hormatnya, kami menjemput semua Sahabat Mawaddah dan juga pengunjung Teratak Mawaddah singgah ke blog kami

Nikmati harga hebat yang pasti menjanjikan kepuasan untuk anda.
Ada CLEARANCE STOCK ya
Jemput singgah

* blog Me-S masih dalam penambahbaikan. Harap maklum


Friday, December 21, 2012

Berdua Tanpa Imam Kami

Assalamu'alaikum semua (^__^)

Di saat ummi menaip entry ini, ummi sedang meregangkan otot-otot dan rehat minda. Kenapa? Dua hari ini ummi menghadap laptop buat kerja opis yang mana due date nya adalah khamis depan. Nak tak nak, suka atau tidak ummi terpaksa bawa balik fail ke rumah. Memang penuh atas meja study kami ni hehe. Berselerak. Sedaya boleh ummi tak nak bawa balik kerja pejabat ke rumah. Tetapi, dek masa yang sangat suntuk, gagahkan diri juga lah bawa balik fail-fail tu ke rumah. 


Malam ini kali pertama ummi dan auni berdua di Teratak Mawaddah. Ini bermakna, kami berdua tidur tanpa abah di TM. Sedikit cuak di situ sebenarnya (v__v). Abah ada mukhayyam di Terengganu. Mula tu abah cadangkan ummi dan Auni tidur rumah tokmi. Tetapi ummi menolak atas alasan ummi nak siapkan juga kerja-kerja tu. Kalau di sana, mungkin sedikit payah ummi nak siapkan kerja huhu. Ini kerana adanya kanak-kanak ribena di rumah tokmi. Jadi, ummi lebih selesa dan senang siapakn kerja ofis di rumah (^__^)

Anakanda solehah pula, sangat baik hari ini. Alhamdulillah. Ummi suruh mandi, dia mandi. Ummi suapkan nasi, dia makan. Ummi solat, dia pun turut solat. Maghrib hari ini tidak pula dia duduk tengok tv hehe. Hari ini mahu baca buku kegemarannya : Anak Soleh Belajar Jawi. Siap zikir munajat bagai....moga istiqomah ye, sayangku.

Akhir-akhir ini, sakit ummi kembali menyerang. Hampir tiap-tiap malam menahan sakit. Gangguan yang datang tidak terduga. Mujur ada abah, yang saban malam menemani ummi melawan sakit. Alunan kalamullah menemani lena ummi. Terima kasih abang. Mohon doa sahabat semua ya, agar ummi kuat..kuat dan terus kuat.

Hingga jumpa lagi................



4th Anniversary @ Teratak Mawaddah

Sempena anniversary kali ini yang jatuh pada 20.12.2012, kami meraikan secara kecil-kecilan di Teratak Mawaddah. Hanya sebiji Rainbow Cake dan beberapa ketul Ayam Goreng Eddlle (^__^)

Rainbow Cake tu ummi tempah dengan sepupu kawan ummi. Memang sedap sangat, puas dapat makan hehe. RM60/1kg. Berbaloi beli. Anakanda solehah pun suka dengan rasanya. Ditambah pula kek tu berwarna-warni...

Doakan kami agar terus bercinta & berkeluarga hingga ke syurga...

Thursday, December 20, 2012

4 Tahun Melayari Bahtera Cinta


Abang, alhamdulillah...............
4 tahun melayari bahtera cinta
Dikurnia seorang puteri solehah
Semoga kekal hingga ke syurga

20.12.2008 - 20.12.2012

Saturday, December 15, 2012

Ukhuwwah Fillah abadi selamanya

Bersiaran dari rumah tokmi, Kubang Kerian

Apa khabar sahabat2 Mawaddah semua? Doa kami semoga semuanya dalam lindungan kasih-sayangNya selalu. Alhamdulillah kami di Teratak Mawaddah sihat-sihat...malah bertambah SIHAT terutamanya ummi hihi :p

Lama mencari rentak untuk jari jemari ni menari-nari di atas papan keyboard. Aduh, lamanya ya. Rentak sebelum ni sangatlah sumbing dek kerana loya-loya dan mabuk-mabuk melihat sawang yang penuh di TM ni haha. Ops, jangan salah faham. Loya-loya dan mabuk-mabuk ni takde kaitan dengan Auni nak dapat adik. Ummi ni asyik loya-mabuk-pening, tapi takde isi lagi. Belum sampai masanya. Doakanlah yang terbaik.

Ummi baru mula BW dalam sehari dua ni. Maklumlah, dah lama sangat tak menjenguk kalian. Tahniah untuk sahabat-sahabat yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Kak Aya dan Ummu Aufa (setakat ini). Ummi tumpang gembira bila dapat tahu mereka bakal menambah bilangan ahli keluarga. Seronoknya..........

Tahniah juga kepada Ummu Muhammad yang berjaya membina Raudhah At-Taqwa. Sangat teruja melihat keceriaan RAT, yang mana dah lama ummi idamkan nak taman seceria itu di bilik anakanda solehah. In shaa Allah anakanda solehah akan memiliki tamannya sendiri nanti. Sabar ye sayang :)

Auni pula semakin membesar dengan sihat. Alhamdulillah...petah berkata-kata. Malah dia juga seorang yang sangat caring seperti abahnya :) Kalau ummi sakit malam-malam, dia akan minta abah temankan ummi. Walhal dalam waktu yang sama sebelum tu dia minta abah tepuk-tepuk dia sebelum tidur. "Ummi sakit ke? Nak gi klinik?" "Ummi makan ubah dah? Nah, adik dah amik ubat ummi. Makan ye sayang". 

Countdown 20.12.2012.
Hari bahagia
Hari cinta
Hari di mana 2 hati bersimpul menjadi satu (^_^)

Hingga jumpa lagi...............



Friday, December 14, 2012

Anakku dah besar rupanya

Auni : ummi, adik nak sekolah macam ni
Ummi : adik nak sekolah ke?
Auni : Hoo lah. Adik nak sekolah macam Upin Ipin, yang macam ni
Ummi : Boleh sayang. Nanti adik boleh pergi sekolah
Auni : Nanti ummi jadi Cikgu Jasmin deh?
Ummi : Boleh, tapi kat rumah lah. Siang ummi kerja
Auni : Okey sayang......

********************************************
Si solehah nak ke sekolah rupanya. Tahun depan usia anakanda solehah 4 tahun. Abah plan nak hantar dia ke PASTI, tetapi ummi awal-awal lagi kata NO. Hehe, bukan apa. Auni ni masih belum lepas botol susu dan pampers huhu. Jujurnya, anak solehah ummi ni masih minum susu dalam botol. Adakala botol susu tu dibawanya sampai ke pasaraya. Pula tu, pampers masih pakai. Kadang-kadang ummi tak pakaikan pampers juga. Awal-awal tu dia memang beritahu kalau nak buang air besar/kecil. Tetapi tak tahan lama. Lepas tu dia akan minta ummi pakaikan pampers huhu. Mengamuk-ngamuk dia kalau ummi tak pakaikan pampers.


Nantilah ye nak. In syaa Allah ummi akan masukkan auni ke PASTI bila auni 5 tahun.

Countdown : 
20.12.2012


Friday, December 07, 2012

Selimut Cotton Murah - available

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat Mawaddah yang dirindui fillah =)
Ini ummi bawakan 6 helai selimut cotton yang masih ada dalam stok Me-S ya.
Berminat? Sila beritahu ummi ya

 SC005

 SC011
SOLD OUT

 SC015
SOLD OUT

 SC016

 SC017

SC021

Semuanya masih available.
Harga pula RM25/SEHELAI
Siapa Cepat Dia Dapat


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...