:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, December 21, 2012

Berdua Tanpa Imam Kami

Assalamu'alaikum semua (^__^)

Di saat ummi menaip entry ini, ummi sedang meregangkan otot-otot dan rehat minda. Kenapa? Dua hari ini ummi menghadap laptop buat kerja opis yang mana due date nya adalah khamis depan. Nak tak nak, suka atau tidak ummi terpaksa bawa balik fail ke rumah. Memang penuh atas meja study kami ni hehe. Berselerak. Sedaya boleh ummi tak nak bawa balik kerja pejabat ke rumah. Tetapi, dek masa yang sangat suntuk, gagahkan diri juga lah bawa balik fail-fail tu ke rumah. 


Malam ini kali pertama ummi dan auni berdua di Teratak Mawaddah. Ini bermakna, kami berdua tidur tanpa abah di TM. Sedikit cuak di situ sebenarnya (v__v). Abah ada mukhayyam di Terengganu. Mula tu abah cadangkan ummi dan Auni tidur rumah tokmi. Tetapi ummi menolak atas alasan ummi nak siapkan juga kerja-kerja tu. Kalau di sana, mungkin sedikit payah ummi nak siapkan kerja huhu. Ini kerana adanya kanak-kanak ribena di rumah tokmi. Jadi, ummi lebih selesa dan senang siapakn kerja ofis di rumah (^__^)

Anakanda solehah pula, sangat baik hari ini. Alhamdulillah. Ummi suruh mandi, dia mandi. Ummi suapkan nasi, dia makan. Ummi solat, dia pun turut solat. Maghrib hari ini tidak pula dia duduk tengok tv hehe. Hari ini mahu baca buku kegemarannya : Anak Soleh Belajar Jawi. Siap zikir munajat bagai....moga istiqomah ye, sayangku.

Akhir-akhir ini, sakit ummi kembali menyerang. Hampir tiap-tiap malam menahan sakit. Gangguan yang datang tidak terduga. Mujur ada abah, yang saban malam menemani ummi melawan sakit. Alunan kalamullah menemani lena ummi. Terima kasih abang. Mohon doa sahabat semua ya, agar ummi kuat..kuat dan terus kuat.

Hingga jumpa lagi................



3 comments:

  1. salam ukhuwah..syukran sudi singgah dan support blog saya..:)..nice blog..interesting entry..wpom pendek entry kat atas tp best..smg anakanda ummi mnjd ank yg solehah..in shaa Allah..:)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...