:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, June 09, 2012

Ziarah Mahabbah ke Teratak Mawaddah (3)

entry mengandungi 8 keping gambar

Alhamdulillah. Sempat juga berjumpa dengan atok dan nenek Shah Alam (^__^). Memang letih, balik kursus tak sempat nak rehat, terus keluar berjalan-jalan hehe. Abah pula sanggup ketepikan sekejap kertas peperiksaan anak-anak murid beliau semata-mata nak bawa keluarga Shah Alam berjalan-jalan. Jom intai ke mana kami pergi sehari suntuk Jumaat lepas (^__^)

Ekspo Pertanian yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV
Kami sampai kira-kira jam 10.00 pagi. Saje bawa mereka ke sini sambil intai-intai apa yang menarik di sini

Macam-macam ada. Gerai pameran dan gerai jualan yang sangat..................menarik!
Amboi atok babah, bergambar di sawah padi mana tu?

Kira-kira jam 11.30pagi, kami bertolak pula ke rumah tokmi. Atok dan nenek S.A dah datang sini, pastilah kena jumpa besan. Seronoklah auni tu....

Okey, lepas makan-makan di rumah tokmi, kami bergerak pula jumpa besan atok di Bachok. Ini rumah Acik Ayu lah! Kali ni anak-anak Kak Wanie ada kat rumah tu. 3 hero bertemu seorang heroin haha

Lepas solat Asar, kami makan angin di Pantai Irama. 
Suka...sebab ummi dapat naik kereta kuda :)
Ini pertama kali naik kereta kuda ni hehe. 

Auni asyik pandang kuda yang kat belakang sambil buat peace

Atok nak makan keropok lekor, malangnya dah habis. Jadi kami cuma makan udang, fishball, nugget dan ikan. Ditambah sekali air coconut shake. Seronok sangat....

Pagi tadi pula, atok, nenek dan ayah su bertolak balik ke Shah Alam.
InsyaAllah kita jumpa raya puasa nanti pula ye (^__^)


4 comments:

  1. bestnye kak ina..2 keluarge besar berkumpul! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...memang best :) tak terucap rasanya kegembiraan tu hihi

      Delete
  2. Seronok bila famili berkumpul dan jalan2

    ReplyDelete
  3. masih bekursus ke sis? besnya dpt tambah ilmu..xbestnye kena tinggal kesayangan2 hihi

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...