:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, June 25, 2012

Pantai Melawi - Full Version

macam tajuk drama je hehe

Minggu lepas kami ke Redzuan Beach Resort, Melawi Bachok. Abah ada program sekolah untuk budak-budak tingkatan 2. Kebetulan abah ditugaskan untuk menjadi fasi kat situ. Ummi apa lagi, sambil menyelam minum air lah (^__^) Kami bertolak sekitar pukul 7.45 pagi bersama auni dan Acik Najah.

( gambar-gambar di pantai ajalah yang ummi paparkan ye )

 Moksu Auni ada sekali, tapi sekejap aja di pantai tu....

 AUNI - Princess Solehah

 Acik Najah dan auni melihat segerombolan siput di gigi pantai

 "ummi, senam nak?"
wah2 anak ummi......

 ajar Kak Long Auni menulis di persisiran pantai

 Subhanallah.....indahnya ciptaan Allah.

 merenung masa depan ke Kak Long Auni?

 Fasilitator yang............

 ini aksi apa Kak Long Auni?

 abah dan anak dara....

Kak Long Auni tak mandi mana pun, dia agak takut-takut nak rendamkan badan dalam air tu hehe

* Pertama kali ke Pantai Melawi ni sebenarnya (^__^)

**********************************


Muhasabah Cinta



Sunday, June 24, 2012

Pantai Melawi


Subhanallah, anak ummi belajar berenang
Musykil juga bila dia berenang di gigi pantai hehe

Entry akan menyusul..............

Saturday, June 23, 2012

RINDU


Sangat rindu
dekat pantai ;p

ketika kalian singgah di teratak kami ni
....suka ummi nak maklumkan bahawa...
ketika ini kami mungkin berada di pantai yeay!!

6.50 a.m : sedang menaip entry ini...dan akan bertolak ke Bachok sekitar pukul 7.30 a.m hehe

Tuesday, June 19, 2012

Kak Long Auni


Auni kini mula membahasakan dirinya "Kak Long Auni".
No more 'adik' lagi ye, sayang.
Memang ramai yang tegur ummi sebab ummi membahasakan auni sebagai adik.
"Awak panggil dia adik, nanti tak adalah adik dah" - err, gitu ke??

Ummi dan abah mula memanggil auni : Kak Long Auni.
Nampaknya dia suka dan selesa.
Seolah2 faham bahasa tersirat ummi yang terlalu inginkan seorang teman untuk auni hehe

Apa pun, doakan kami sekeluarga.
Ummi juga sedang menjalani rawatan di Klinik Reza.

My Hero

 kenangan malam kenduri
20.12.2008


Monday, June 18, 2012

Asal Boleh

ye, asal boleh.


mengantuk sangat nampaknya anakanda solehah ni.

mata dah kuyu, ada hati nak tengok video nasid lagi...ish..ish..ish

tidur sambil berdiri?
asal boleh je bagi auni ni :)


Sunday, June 17, 2012

Kembali bersiaran setelah seminggu menyepi

mood : lepas rindu sebab dah lama tak buka blog


Hampir seminggu tak buka internet. Kalau buka pun melalui handphone di ofis, 
buka FB sebentar.
Hal ini berlaku kerana :

1- line internet di rumah yang sangat slow (v_v)
2- sibuk menolong abah menanda kertas peperiksaan anak-anak murid beliau 
3- Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan
4- kenduri sambut menantu di rumah tokmi (15.06.2012)

****************************************
Terima kasih kepada mereka yang meninggalkan jejak-jejak kasih di sini (err..ada ke?) hehe. InsyaAllah ummi akan BW perlahan-lahan memandangkan kesibukan yang luar biasa sepanjang bulan ini. Harap dapat memahami ya (^__^)


Monday, June 11, 2012

Jom sihat dengan Herbalife

baru dapat set ni petang tadi
Kawan lama ummi hantar di opis hehe
Terima kasih ieda (^__^)

* kita tunggu resultnya nanti

Saturday, June 09, 2012

Ziarah Mahabbah ke Teratak Mawaddah (3)

entry mengandungi 8 keping gambar

Alhamdulillah. Sempat juga berjumpa dengan atok dan nenek Shah Alam (^__^). Memang letih, balik kursus tak sempat nak rehat, terus keluar berjalan-jalan hehe. Abah pula sanggup ketepikan sekejap kertas peperiksaan anak-anak murid beliau semata-mata nak bawa keluarga Shah Alam berjalan-jalan. Jom intai ke mana kami pergi sehari suntuk Jumaat lepas (^__^)

Ekspo Pertanian yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV
Kami sampai kira-kira jam 10.00 pagi. Saje bawa mereka ke sini sambil intai-intai apa yang menarik di sini

Macam-macam ada. Gerai pameran dan gerai jualan yang sangat..................menarik!
Amboi atok babah, bergambar di sawah padi mana tu?

Kira-kira jam 11.30pagi, kami bertolak pula ke rumah tokmi. Atok dan nenek S.A dah datang sini, pastilah kena jumpa besan. Seronoklah auni tu....

Okey, lepas makan-makan di rumah tokmi, kami bergerak pula jumpa besan atok di Bachok. Ini rumah Acik Ayu lah! Kali ni anak-anak Kak Wanie ada kat rumah tu. 3 hero bertemu seorang heroin haha

Lepas solat Asar, kami makan angin di Pantai Irama. 
Suka...sebab ummi dapat naik kereta kuda :)
Ini pertama kali naik kereta kuda ni hehe. 

Auni asyik pandang kuda yang kat belakang sambil buat peace

Atok nak makan keropok lekor, malangnya dah habis. Jadi kami cuma makan udang, fishball, nugget dan ikan. Ditambah sekali air coconut shake. Seronok sangat....

Pagi tadi pula, atok, nenek dan ayah su bertolak balik ke Shah Alam.
InsyaAllah kita jumpa raya puasa nanti pula ye (^__^)


Wednesday, June 06, 2012

Microsoft Power Point 2007

Hari ke-3 berkursus di RISTEC, PD

Alhamdulillah. Hari ni dah hari ke-3 di sini. Maknanya, esok hari akhir ummi kat sini dan ummi dapat balik peluk cium anakanda solehah ummi dan ..... dah tentu abahnya ^__^ Tiba-tiba rasa macam tak nak balik sebab dah terkena angin pantai hehe. Malam tadi angin kuat sangat, rasa terlambung-lambung je.

Okey.
Hari ni seharian kami belajar Microsoft Power Point dalam kelas. Ummi suka sangat sebab dapat belajar banyak benda baru. Nak masukkan hyperlink bagai, nak masukkan background dengan cara yang mudah, masukkan animasi dan segalanya.

 edit gambar chenta hati ummi ni sikit....compile gambar banyak-banyak jadi 1 album.
Pasni makin banyaklah gambar2 yang ummi edit nak masuk album TM hehe

 Okey tak?

Ummi juga ada buat kuiz ^__^
3 soalan je pun hihi

Memang tak rugi lah datang kursus kali ni.
Lain kali nak datang sini kalau ada kursus...............sebab makanan sedap!


Wordless Wednesday - Edisi Suka Hati

wah, anak dara ni suka sampai gini sekali
Suka sangat sebab ada pak sedare dan mak sedare yang ramai kat rumah minggu ni
amboiiii..............


Tuesday, June 05, 2012

Ayam Goreng Berempah + Telur Mata Kerbau

bersiaran dari RISTEC, Port Dickson

Mujur di RISTEC ni ada Wifi, maka dapatlah ummi online yuhuu

Semalam pakcik ummi sekeluarga datang dari Selangor. Mereka akan duduk rumah ummi sampai Rabu ni. Jom kita intai apa yang ummi masak kelmarin (^__^)

Ayam Goreng Berempah

ummi potong isi ayam tu kecil-kecil, dan goreng dengan tepung yang ummi buat sendiri.
Mudah dan yang penting, soooodap!
KLIK SINI untuk tepung tu

Telur Mata Kerbau masak sambal

sebenarnya, taklah masak sambal mana. Sambal guna sos cili je.
Bawang besar + cili merah + sos cili + kicap + buah tomato
Itu sahaja. Garam gula secukup rasa jangan dilupa.

Rindu pula dengan anakanda solehah dan abah (v__v) sob..sob..sob

Saturday, June 02, 2012

keluarga bahagia...hingga ke syurga


1981 : emak + babah

1992 : emak + babah = 7 orang anak (ale, ummi/ina, osob, edil, eriz, dana, efiq)

1999 : emak + babah = 8 orang anak (adik lahir 7 tahun kemudian)

2008 : emak + babah = 8 orang anak + 1 orang menantu (abah/yie)

2009 : emak + babah = 8 orang anak + 1 orang menantu + 1 orang cucu (auni)

2011 : emak + babah = 8 orang anak + 2 orang menantu (tambah ayu) + 1 orang cucu

2012 : nantikan hingga hujung tahun apakah ada pertambahan ahli keluarga hehe


* insyaAllah atok dan nenek auni akan datang bermalam di teratak kami
 pada minggu hadapan

psst : insyaAllah TM akan menganjurkan satu giveaway/contest. Nantikan ya (^__^)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...