:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, April 04, 2011

- Aku dimadu? Oh, tidak! -

Poyo je tajuk atas tu kuikuikui... (^_^)

********************************
Sebelum ummi tulis sambungan "Selamat Tinggal Cikgu", mari kita lihat apa yang ummi masak semalam (^_^). Petang semalam, lepas balik kerja ummi terus perap ayam. Malas nak buat macam-macam lauk, ummi cuma panggang ayam. Abah dah tanak nasi sebelum tu. Jadi, kerja ummi lagi mudahlah :) Jom tengok apa bahan2 yang ada kat dapur ummi tu...

Ayam Madu Belahan Cintaku (^_^) - suka2 hati ummi letak nama ...

Nampak sedap...terliur nak buat lagi hehe...

Bahan2 :
- 2 ketul peha ayam (besar)
* kelar sedikit ayam tu...

Bahan A (Tumbuk lumat)
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- 1 sk lada hitam
- 1 sk jintan manis
- 1 sk ketumbar

Bahan B
- 2 sb madu
- 1 sb sos tiram
- 1 sb kicap cair
- sedikit garam/serbuk perasa

Bahan C (Rebus/celur)
- lobak merah potong ikut suka hati
- sayur kobis bunga/brokoli @ apa2 sayur yang sesuai...

Cara2 :
1- Basuh ayam dan toskan airnya
2- perap ayam dengan bahan A dan bahan B (kalau perap lama lagi bagus, tapi semalam ummi nak cepat, so kejap je perap dalam sejam lah)
3- Panggang atas pemanggang sampai masak. Bila nampak agak kering, lumur bahan perap tadi dan balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
4- Sementara tu, rebus atau celur sayur-sayuran tadi. Air rebusan tu jangan dibuang, boleh digunakan untuk membuat sos lada hitam pula.

Bahan2 untuk sos lada hitam (cara ummi)
- 2 ulas bawang putih
- 1 sk lada hitam
- 2 sb SOS lada hitam
- sedikit tepung gandum
- garam/gula
- sedikit minyak

Caranya :
1- Tumis bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk tadi dengan sedikit minyak atau planta
2- masukkan sedikit air dan sos lada hitam
3- bila air mendidih, masukkan pula tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air (untuk likatkan kuah)
4- perasakan dengan garam/gula ikut suka hati ya...
5- kacau hingga kuah nampak likat (bukan terlalu likat...)
6- bila dah masak, tuang atas ayam yang dipenuhi dengan sayur-sayuran tadi (^_^)

Ummi masak ni ikut suka ummi je sukatan bahan2 nya...terpulang pada selera masing-masing lah ya.


8 comments:

  1. nyum3!!! ^_^
    tibe2 rasa lapar yg trsangat nih...hihi.

    p/s: tajuk tu bhy tuh..hihik

    ReplyDelete
  2. try lah buat...memang sedap sgt2. ummi buat sekali, rasa nak buat lagi :)

    ReplyDelete
  3. as salam, pandai nyer ummi Na buat ayam madu tuee.. boleh tempah utk buat makan beradap..

    ReplyDelete
  4. menarik ni.. nak coba lah nanti..

    ReplyDelete
  5. mintak resepi! sedapnye.pandai la ummi na masak mcm2 ..=D

    ReplyDelete
  6. BSB - saya tak sepandai org lain kak...sekadar masak utk kenyangkan perut suami dan anak bolehlah :)

    kak yong - mmg menarik k.yong...try buat utk anak2 nanti hehe

    ummu aufa - akak masak biasa2 je hehe...tgh belajar lagi ni

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...