:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, March 28, 2011

- RFC Kubang Kerian -

Untuk kali ni jom tengok gambar2 kami makan-makan di RFC petang semalam (^_^)

dah lama tak makan RFC....alhamdulillah abah setuju makan di RFC petang tu

anak dara ni minum dulu..belum apa-apa lagi kena isi minyak ya

like father like daughter...

mulalah nak beraksi tu...enjin dah panas!!

kami pesan nasi tomato je...
untuk auni, kentang sahaja ya

ummi agak cengkung sebab 2 minggu sakit kuat...
(orang baru sembuh...mengidam nak makan RFC)

Saturday, March 19, 2011

- Kecemasan...kecemasan!! -



Tak kusangka ini yang terjadi...
Walhal bukan ini yang kupinta....
Tapi apakan daya...
Semuanya sudah ditakdirkan...
Aku terima dengan redha....

********************************
Skema je ayat2 atas tu... (^_^)

Pagi-pagi buta tadi (2.30 a.m = 19/03/2011) ummi dimasukkan ke Wad Kecemasan Hospital Pasir Mas. Kenapa dimasukkan? Sebab abah yang membawa (memasukkan) ummi ke sana. Alkisahnya, ummi sakit urat mata sebelah kiri seharian. Malam tadi paling sakit, ummi memang tak boleh tahan. Selalunya, kalau sakit tu ummi akan tutup mata ummi dengan kain tudung. Rasa lega juga. Tapi kali ni tak menjadi. Makin sakit yang teramat sakit. Sampaikan ummi rasa nak cabut biji mata ummi :(

Tengah-tengah sakit mata, perut ummi pula sakit. Aduhai, ujian sungguh. Ummi sampai muntah-muntah 5 kali malam tu. Gastrik ke? Memang sebelum ni ummi ada gastrik. Tapi rasanya, ummi makan ikut waktu. Paling kritikal, ummi sampai terbaring dalam bilik mandi tu huhu. Menangis? Memanglah ummi menangis tak malu...sebab sakit sangat tak boleh tahan.

Ummi siram kepala ummi dengan air. Last-last, abah suruh tukar baju. Abah bawa ke hospital. Ummi malas pada awalnya. Tapi dah abah desak, ummi ikutlah. Jam 2.20 pagi tu abah pecut kereta bawa ummi ke hospital. Sampai je hospital, naik kerusi roda terus duduk atas katil kat wad kecemasan tu. Perut dan mata masih sakit lagi. Nurse tanya itu ini, ummi jawab ala kadar je hehe. Then, bila doktor check, ummi cerita lah serba ringkas sakit ummi. Tapi ummi tak cerita pasal cyst tu sebab ummi rasa memang ummi sakit gastrik je. Doktor suruh nurse bagi ubat kat ummi. Camana? Kena cucuk lah...bukan makan pil ke panadol ke hehe.

Ummi rehat kat situ dalam 2 jam juga. Lega sikitlah perut ummi ni. Sakit mata pun dah kurang. Ummi ajak abah balik. Abah tak nak, sebab dia risau ummi tak baik lagi. Ummi suruh abah tanya doktor juga. Ummi tetap nak balik. Okey, doktor bagi balik. Aii, senangnya kan? Sebelum balik tu, doktor bagi ubat suruh makan. Dengan senang hatinya, ummi balik rumah terus tidur.

Itulah kisah pagi-pagi buta tadi (^_^). Tiba-tiba teringat masa ummi masuk wad dulu. Sadis sungguh lah huhu....

Friday, March 18, 2011

- Kembali Merindu -

Kami di Teratak Mawaddah kembali merindu...

Pada siapa?

Ayah Chik (^_^)

*



*




Jamuan Kesyukuran sempena bestday ummi + abah Februari lalu...

Auni malu2 nak bergambar dengan Ayah Chik nya...tengok tu, tutup muka.....

Ayah Chik yang sabar melayan kerenah 3 orang anak buahnya....

Last day, barulah si Auni nak bermanja-manja dan bermesra-mesra dengan Ayah Chik...

* Semoga Ayah Chik baik2 di Mesir tu ya...
** Salam rindu dari kami di Teratak Mawaddah....

Thursday, March 17, 2011

- Intelligence Ology -

Semalam kami ke pasar malam. Mula-mula ummi cadang nak belikan basikal roda tiga untuk Auni. Tapi, jalan sesak menghala ke Pasar Besar Pasir Mas la pula. Jadi ummi nak belikan permainan untuk Auni. Belek punya belek, kami berkenan dengan laptop kecil ni. Ummi panggil Laptop Belajar hehe.
Intelligence Ology.
RM 14 (harga yang dijual kat pasar tu ya....)
Dwibahasa - Arabic&English
Fungsi : Letter Mode, Word Mode, Spell Mode, Asking Mode, Song Mode dan ada juga doa-doa ringkas.
Saiz : ummi tak pasti berapa...tapi memang kecil dan sesui sangat dengan budak-budak....

Tak sabar nak buka......

*

*

Auni punya ada gambar tiger (^_^)
Comel kan, kecik aja

Memang sesuai dengan dia yang kecil dan comel tu.
(pasni boleh beli bag kecil nak masukkan lappy dia hehe...)

Dah ada laptop, pasni jangan "kacau" yang ummi punya ya dik :)

* senang sikit nak ajar auni eja dan sebut perkataan lepas ni.
** ada rezeki lebih nanti, boleh cari yang lebih banyak fungsi.....

Tuesday, March 15, 2011

- Ayam Bakar Perindu Sepi -

Kebelakangan ni ummi asyik tak berkesempatan nak update blog. Memang buka blog hari-hari, tapi memang tak sempat nak jalan-jalan ziarah Sahabat Mawaddah sangat. Kesibukan kembali melanda, ditambah dengan sekarang ni ummi tengah sakit tekak dan kepala. Malam ni gagahkan diri juga nak tulis sesuatu di sini.

Malam baru-baru ni (ummi tak ingat malam bila...) lepas balik dari Kubang Kerian ummi tak masak nasi pun. Cuma bakar ayam dan sosej, serta celur lobak merah, lada benggala dan kobis. Konon-konon nak buat ala weatern food lah..hehe. Tapi kobis bunga dan brokoli takde, itu yang ummi celur kobis je. Memang itu ajalah sayur yang ada dalam peti ais.

- terliur tak? -

Bahan2 :
- 2 ketul dada ayam (dikelar-kelar halus)
- 4 ketul sosej (dikelar-kelar halus)
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- 1/2 sudu lecil lada hitam
- 1/2 sudu kecil jintan manis
- 1/2 sudu kecil ketumbar
- 1 sudu kecil sos tiram
- 2 sudu kecil kicap cair
- 1 sudu kecil cili giling
- sedikit garam dan gula
- sedikit kunyit

Cara-caranya :
1- tumbuk halus bawang putih + halia + lada hitam + jintan manis + ketumbar
2- perapkan ayam dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi BERSAMA sos tiram + kicap cair + cili giling + garam + gula + kunyit. Ummi perap lebih kurang sejam je sebab nak cepat hehe.
3- Panaskan oven. Ummi panaskan 190 darjah celcius je.
4- Bakar dalam oven selama lebih kurang 1 jam = 190 darjah celcius. Mula-mula ummi guna suhu bawah, setengah jam kemudian ummi guna dua-dua bahagian.
5- Begitu juga dengan sosej, cuma ummi panggang sekejap je. lebih kurang 10 minit.

Sementara tu, celur sayur-sayur tadi dengan air yang ditambah sedikit garam :)

Selamat mencuba....resepi yang sungguh mudah. Abah siap pesan kat ummi : "Lain kali ina buat macam ni selalu...."

Sunday, March 13, 2011

- Mari Mengaji -

aa..wa..ma..

tengok tu kaki si comel ni...siap silang kaki tu...

Mari mengaji kawan2....

nak baca surah Yaasin pula....

boleh juga baca sambil buat gaya macam ni....

Puteri Solehah
Permata hati ummi + abah
Auni Nafeesa bt Mohd Fikry
(^_^)

Friday, March 11, 2011

- binatang kesayangan saya -

Ini binatang kesayangan saya

Saya mempunyai seekor binatang kesayangan. Namanya "Cik Kam". Cik Kam sangat comel sebab Cik Kam ada seekor anak. Anak Cik Kam sangat kecik dan sungguh comel sekali. Tiap-tiap petang saya akan main dengan Cik Kam di padang.

Saya suka usap Cik Kam tapi saya tak suka mandikan Cik Kam. Bau dia sangat busuk sebab tak mandi. Cik Kam takut air eh? Cik Kam pun suka dekatkan badan dekat badan saya. Tapi saya tak kisah sebab saya tahu ummi akan mandikan saya juga selepas itu.

Cik Kam ada banyak ahli keluarga. Ada ayah, emak, suami dan anak. Semuanya tinggal sekali dalam satu kandang. Baru-baru ini Cik Kam bunting. Dia akan melahirkan anak bila-bila masa sahaja. Mesti anak Cik Kam comel, kan?

Kalau dalam sehari saya tak jumpa Cik Kam, saya boleh naik angin. Ummi kalau nak diamkan saya, sebut je nama Cik Kam mesti saya diam atau tak menangis. Nampak, saya memang tak boleh hidup tanpa Cik Kam di sisi. Tapi, apa boleh buat. Cik Kam ada anak, mesti dia nak tidur dengan anak dia kan? Ummi pun ada anak, mesti ummi nak tidur dengan anaknya kan? Dan anak itu adalah saya. Maknanya saya kena tidur dengan ummi sebab saya anak ummi, bukan anak Cik Kam.

Sekian sahaja karangan pendek saya buat masa ini. Saya sayang Cik Kam...


* ditulis oleh ummi kerana anakanda Auni sedang nyenyak dibuai mimpi (^_^)
** untuk tatapan anakanda Auni Nafeesa. Ketahuilah nak, inilah binatang kesayanganmu sewaktu kecil.

Thursday, March 10, 2011

- Rahmat Ujian -

Album : Layar Keinsafan
Artis : Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabhalah menghadapiSegala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

***************************************************

* Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini (v_v)
** malam semalam ummi tak jadi pergi KBMC sebab abah call, doktor pakar bahagian saraf dan tulang tu pergi umrah. Balik sini 23hb nanti.


Wednesday, March 09, 2011

- undur seketika -

.: Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang ke-25 :.
09/03/1986 - 09/03/2011
Sobrie Shah bin Mohd Mohtar
(adik ummi)

*********************************************

Ummi berehat seketika dari menulis :
1- ummi kurang sihat
2- akan ke KBMC selepas Maghrib ni (insyaAllah...)

Mohon doakan kesihatan ummi dan ahli keluarga ummi...................................................

** terima kasih sudi ziarah kami di Teratak Mawaddah walaupun anda datang sini kami tak hidangkan apa2 sebagai santapan anda (^_^)

Friday, March 04, 2011

- senarai Sahabat Mawaddah -

InsyaAllah dalam waktu terdekat ni, ummi nak kemaskini senarai SAHABAT MAWADDAH (^_^)
Mesti ada yang tertanya-tanya, "kenapa saya dah jadi follower/Sahabat Mawaddah, tapi nama takde dalam list kan?
Maaf ya...ummi nak masukkan dalam senarai, tapi tak boleh buat sekaligus.
Masa yang ummi ada pun, kena dibahagi-bahagikan hehe.
Suami, anak, keluarga, kerja, riadhah, rehat dan sebagainya.
Masa untuk menulis memang sudah dibahagikan awal-awal.

InsyaAllah nanti ummi kemaskini.
Kalau anda rasa blog anda masih belum ada dalam senarai "KAWAN BARU", sila jangan malu-malu bagitahu ummi ya. Kadang-kadang ummi mungkin terlepas pandang @ memang ummi tak tahu nak letak address apa sebab kalian tak bagi alamat blog hehehe.


** senarai blog akan ummi tapis dulu...harap maklum ya.


Thursday, March 03, 2011

- Pada Syurga Di Wajahmu -

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang kusanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saat ku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana aqal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau kulupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tanganmu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku yang hanyut ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan kutahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tanganmu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti mengerti...


* mendalam lagu ni. Ummi sangat suka (^_^)

Tuesday, March 01, 2011

- kabur pandanganku -

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua.....

Hari ni ummi letih sikit. Seharian duduk depan komputer ofis, buat laporan. Kan ni awal bulan....memang ummi sibuk mengalahkan menteri lagaknya. Sampai berpinar-pinar rasanya. Mata ummi memang dah agak merah pula tu. Hari ni ummi tak pakai cermin mata masa kat ofis. Sebab apa? R.I.M.A.S = rimas (^_^) Rimas sebab kalau pakai cermin mata, nampak dengan jelas laporan yang bertimbun-timbun atas meja dan meja komputer huhu. Selain tu, cermin mata ummi ni dah senget-benget disebabkan ada sepasang jari comel yang selalu duk main-main cermin mata ummi huhu. Siapalah agaknya??

Ummi rasa power ummi dah naiklah. Sebabnya penglihatan ummi semakin kabur rasanya. Kalau dulu, duduk menaip di laptop tak pakai cermin mata pun masih okey lagi. Sekarang ni kena pakai cermin mata, kalau tak pun kena dekatkan sikit mata ni dekat screen laptop. *ummi rabun jauh ... Tengok jam besar kat dinding dalam jarak tak sampai 10 kaki pun tak jelas huhu.

Orang kata kena makan lobak merah untuk cerahkan penglihatan. Tak pun bangun awal pagi tu tengok rumput/daun2 atau apa2 yang berwarna hijau. Pasni bolehla buat carrot juice kan? Sedap sikit. Kalau ratah macam tu aja pun okey. Auni memang suka sangat ratah lobak merah ni :)

* jeles dengan orang tu...mata masih elok. Terang lagi bersuluh sekali lebih-lebih lagi tengok dalam jarak jauh huhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...